Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Allah akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.
Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
Contohnya, ada orang memberi sumbangan atau infaknya untuk pembinaan sebuah masjid. Walaupun nilai yang dilaburkan untuk tujuan itu hanya sebiji batu bata, tetapi Allah SWT akan membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga pada hari akhirat kelak atas kejujuran serta keikhlasannya.
Apabila seseorang mendapat nikmat sedekah, dia tidak kisah lagi berapa wang yang dikeluarkan. Ibnu Abbas apabila membicarakan mengenai sifat dermawan, beliau tidak sebut nama-nama sahabat yang mahsyur seperti Uthman bin ‘Affan, Abdul Rahman bin ‘Auf atau Abu Bakar As-Siddiq, sebaliknya menyebut Rasulullah SAW.
NABI MUHAMMAD SAW INDIVIDU PALING DERMAWAN
Ads
Para sahabat Rasulullah SAW menyatakan, baginda adalah individu paling dermawan berbanding sahabat lain. Rasulullah SAW apabila bersedekah baginda akan memberikan apa sahaja termasuk pada tubuh badannya.
Contohnya, apabila Rasulullah SAW memakai ridak baru lalu ada orang yang tegur, maka nabi akan ambil dan meletakkan ridak itu di atas bahu orang yang bertanya berkenaan.
Para sahabat sangat mengerti perihal itu. Apabila nabi memakai apa sekalipun mereka tidak akan bertanya, puji atau tegur di hadapannya kerana pasti baginda akan memberikan barang itu.
Ads
Malah, dalam satu hadis Riwayat Abu Hurairah dinyatakan bagi seorang Muslim yang mantap amalan sedekahnya akan mendapat sanjungan di bumi serta didoakan para malaikat.
DIDOAKAN MALAIKAT DENGAN KEMUSNAHAN
Manakala bagi yang kedekut dan kikir, mereka didoakan malaikat dengan kemusnahan. Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ads
Justeru, setiap Mukmin perlu yakin amalan bersedekah memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa sekiranya ia sentiasa diamalkan dalam hidup mereka.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34)
Setiap Mukmin juga perlu sentiasa ingat, sedekah paling besar pahalanya adalah apabila dia berada dalam keadaan sihat dan berasa sayang terhadap hartanya, maka pada waktu itu jangan bertangguh lagi untuk bersedekah.
Sumber kredit: Harian Metro
https://www.youtube.com/watch?v=faZnS8NXT3E&t=40s
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebagai wanita yang masih mencari pilihan hati, memang perlu berhati-hati dalam mencari pasangan hidup.
Janganlah disebabkan tidak mahu title ‘single’ menyebabkan seseorang itu begitu terdesak mencari pilihan.
Tidak menjadi kesalahan seseorang wanita itu cerewet dalam bab mencari calon suami idaman. Ini kerana bagi mengelakkan tersalah pilih dan menyesal di kemudian hari nanti.
Maklumlah kita mahu sehidup semati dengannya hingga ke akhir hayat. Jadi perlu mencari yang bersesuaian dan kena fikir mengenai agamanya tetapi juga akhlaknya.
Seperti pesanan Firdaus Wong di laman sosial Facebook yang memberi ingatan bagi mereka yang mahu mencari calon suami.
“Sedikit pesanan untuk wanita di luar yang sebelum berkahwin. Anda bukan sahaja sedang mencari seorang suami tetapi anda juga sedang memilih bakal ayah kepada anak-anak anda!
“Bila Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam kata kahwini seseorang kerana agamanya, ianya juga meliputi akhlak!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pernah gempar tahun lalu apabila pelakon berbakat ini mengambil keputusan untuk ‘membuang’ tudungnya disebabkan beberapa masalah terutama kerana enggan berpura-pura.
Namun hidayah Allah itu tidak pernah salah, apabila sekali lagi Fatiya Latiff diberi peluang untuk dibukakan hati kembali berhijab Ramadan lalu.
Dalam artikel di Harian Metro, Fatiya memberitahu setelah melakukan perbincangan hati ke hati dengan ibungan serta ahli keluara, membukatkan tekad untuk bertudung semula selepas lebih setahun menanggalkannya.
“Kata ummi (ibu), sampai bila saya asyik nak pakai dan buka tudung. Kita kena ada pendirian dalam hidup. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pula buat saya banyak luangkan masa dengan keluarga dan ada hikmahnya hingga saya buat keputusan ini.
“Sebelum ini pun saya tercari-cari pendirian sendiri. Apabila selalu bergaul dengan keluarga seperti solat Tarawih bersama, sedikit demi sedikit hidayah kembali datang,” katanya.
Fathia berkata, perasaannya berbeza sewaktu tidak bertudung di mana dia akan berasa takut, cuak dan gemuruh kerana dipandang orang.
“Rasanya saya terlalu ego waktu buat keputusan tanggalkan tudung dulu. Tanpa tudung, perasaan saya tak tenteram dan aman. Sekarang saya keluar pun rasa lega.
“Saya juga pernah mengikuti kelas pembinaan jati diri di sebuah lokasi atas permintaan keluarga. Memang pembelajaran yang diterapkan agak ‘azab’ dan tak ubah seperti PKP,” katanya.
Kini, Fathia juga mengehadkan pergerakannya dan hanya keluar rumah atas urusan penting.
“Saya tak terikut-ikut perangai macam dulu. Takkanlah pada usia begini nak terikut-ikut lagi. Saya juga sebenarnya tiada kawan rapat, tapi artis senior seperti Che Ta memang banyak bagi sokongan moral terhadap saya.
“Saya sekarang terapkan prinsip sebagai orang Islam memang kena pakai tudung. Tak pakai tudung itu salah. Mesti kena faham itu dan saya akan kuatkan diri,” katanya.
Mengulas sekiranya imej ini dikatakan sebagai strateginya yang menjual tudung, Fathia berkata, kata-kata ini sering didengarinya.
“Yang sebenarnya ketika jual tudung sebelum ini pun saya memang tak bertudung. Saya setuju perniagaan ini antara faktor yang buka hati saya kembali bertudung.
“Sampai bila nak macam dulu sahaja. Dulu saya terburu-buru buat keputusan tanggalkan tudung. Saya nak lawan benda yang betul. Saya akhirnya sedar saya wanita Islam, kena pakai tudung. Saya terfikir pada usia sekarang kenapa nak lawan cakap keluarga. Dulu lainlah kerana mungkin saya masih muda,” katanya.
Meninjau di laman Instagramnya, tiada lagi gambar pelakon ini tidak bertudung. Dia sudah membuang semua fotonya yang tidak berhijab beberapa tahun lalu. Kita doakan semoga Fatiya kekal dan istiqamah dengan penghijrahan kali kedua ini.
Lumrah hidup berumahtangga menghadapi ujian dan dugaan. Dalam hidup berumah tangga, salah satu kuncinya adalah saling memenuhi hak dan menunaikan kewajipan masing-masing.
Ketentuan itu berlaku untuk kedua pasangan, bukan hanya suami kepada isteri, tetapi juga sebaliknya, isteri kepada suami.
Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman?
1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Tuhan. Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.
2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.
3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.
Semoga Tuhan menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman.
Sungguh, Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini.
Moga Tuhan terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.
Hujung minggu mungkin ada dalam kalangan kita yang mendapat jemputan majlis perkahwinan. Tapi bagaimana pula jika kita mengambil keputusan untuk tidak menghadirinya kerana berasa...