Jika sudah hilang adab beginilah jadinya, semua dianggap seperti gurauan dengan kawan-kawan. Islam menggariskan pemimpin perlu dihormati. Ini sesuai dengan firman Allah S.W.T:
يأيهاالذينءامنواأطيعواالله وأطيعواالرسول وأولى الامرمنكم
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu” (surah An-Nisa ayat 59)
Berdasarkan ayat di atas, seruan taat kepada pemimpn adalah selepas taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Taat dalam konteks ini adalah untuk kesejahtaraan bersama dalam sebuah masyarakat.
Bagaimana pun, ada kala manusia hilang sifat jati diri. Tidak suka terus membuat tindakan menghina orang lain berikutan iman di hati sudah menipis.
Terbaru dalam laporan Sinar Harian, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah murka terhadap beberapa hantaran gambar di media sosial yang menghina wajah suami baginda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda menerusi laman Instagram ‘airtangan_tunkuaziah’ memuat naik tiga tangkapan layar gambar Al-Sultan Abdullah yang telah disunting pemilik akaun ‘bukan_bangjago’ dan menggesa individu yang tidak bertanggungjawab itu dikenakan tindakan.
Bagaimanapun Tunku Azizah sempat berseloroh kepada Al-Sultan Abdullah bahawa foto itu kelihatan ‘comel dan seksi’.
“Jika kamu tak boleh kalahkan mereka, sertai mereka. Beta tunjukkan hantaran kepada suami dan beritahu baginda kelihatan comel dan seksi.
“Gara-gara orang tiada kerja, buat cari dosa sahaja. Kepada ALLAH berserah. Sila ambil tindakan,” ciap Tunku Azizah di Instagram baginda pada Khamis.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Instagram baginda mahu agar tindakan tegas dikenakan ke atas pengendali akaun palsu itu.
“Saya mohon pelaku-pelaku ini dilucutkan kerakyatan. Kita mesti lakukan sesuatu.
“Tangkap dan hukum. Tidak hormat langsung.
“Allahuakbar. Kami sayang raja dan permaisuri kami. Bagaimanapun, Tunku sangat positif. Moga ALLAH sentiasa melindungi. Amin,” ciap beberapa netizen di Instagram. Kredit Gambar : NSTP