Rakaman video seorang imam di Bali, Indonesia, khusyuk memimpin solat sambil menahan dinding ketika gegaran gempa bumi yang berlaku di Lombok  menjadi tular di laman sosial. Dalam rakaman video menggunakan telefon bimbit itu kelihatan seorang imam menahan dinding supaya tidak rebah ketika masjid bergegar dan meneruskan solat bersama jemaah lain.

Berikutan tularnya video tersebut, ada yang mempersoalkan sama ada wajarkah solat diteruskan ketika gempa bumi itu berlaku atau menghentikan solat bagi menyelamatkan diri.

Berikut ulasan ulama Indonesia dan penjelasan tentang tindakan yang harus diambil umat Islam yang sedang solat ketika berlaku kecemasan termasuk gempa bumi.

Wakil Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia (MUI), Zainut Tauhid Sa’adi berkata, ketika seorang umat Islam sudah memulakan solat dengan takbiratul ihram, dia tidak boleh atau haram hukumnya memberhentikan solat kecuali ada halangan yang membolehkannya membatalkan solat.

Bagaimana apabila seseorang sedang solat dan gempa melanda? Haruskah dia memberhentikan solat dan menyelamatkan diri?

IKLAN

Atau haruskah dia tetap meneruskan solat meskipun membahayakan diri sendiri? Jawapannya, orang itu wajib memberhentikan solat supaya selamat daripada bahaya.

“Sebahagian besar ulama memfatwakan wajib membatalkan solat pada keadaan tertentu, seperti menolong yang sedang kena musibah, menyelamatkan orang lemas, gempa bumi, memadamkan api atau menyelamatkan anak kecil atau orang buta yang dalam bahaya.”

https://www.instagram.com/p/BmHgqz8nCBu/?utm_source=ig_web_copy_link

IKLAN

Menurut Zainut, berdasarkan pendapat sebahagian besar ulama berlandaskan sunnah Nabi Muhammad SAW, tiga perkara membolehkan seseorang memberhentikan solatnya:

1. Kebimbangan terhadap keselamatan diri sendiri, misalnya ada serangan manusia atau binatang atau gempa atau bencana lain.

IKLAN

2. Kebimbangan terhadap keselamatan harta, misalnya ada orang mahu mencuri.

3. Menyelamatkan orang lain yang perlukan pertolongan segera, misalnya doktor diminta melakukan tindakan darurat terhadap pesakit.

“Pada prinsipnya tidak boleh membatalkan solat, kecuali uzur syarii, iaitu berkaitan keselamatan diri, harta atau orang lain dan berkait kekhusyukan solat seperti membatalkan solat kerana perlu membuang air (besar atau kecil),” kata Zainut.

Sumber: Harian Metro

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI