Siapa tak kenal surah Al-Fatihah. Mustahil kita tidak pernah membaca surah Al Fatihah. Dalam solat, surah ini wajib dibaca dan amalan kita bertambah berkat lagi apabila ia kerap dibaca saban waktu.

Di dalam Al-Quran, surah Al-Fatihah merupakan surah pertama yang kita akan baca. Al-Fatihah yang terdiri daripada 7 ayat ini, bermaksud pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kitab suci Al-Quran.

Ia turut dikenali sebagai Ummul Kitab; induk kepada semua isi al-Quran. Begitu hebat kedudukan surah ini.

Namun begitu, tahukah kita bahawa surah ini juga mempunyai keistimewaan lain yang cukup hebat? Dengan membaca surah ini sebanyak 41 kali dan disusuli dengan hajat yang terbuku dihati, InsyaAllah permintaan itu akan mendapat perhatian Allah SWT!

Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Ummul Kitan ini merupakan surah yang pertama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Quran.

Artikel lain berkaitan:Lepas Bangun Pagi Sedekahkan Surah Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri. Manfaatnya Rezeki Yang Datang Mengalir Laju!

Artikel lain berkaitan: Boleh Check, Betulkan Balik Apa Yang Kurang Altimet Lancar Aplikasi Kempen Fasih Al-Fatihah, Moga Bermanfaat

IKLAN

Cara Membaca Al-Fatihah Saat Mohon Hajat

Andai kita punya hajat, disarankan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib.
Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca Al-Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas.

Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. InsyaAllah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.

Gigih Baca Al-Fatihah 41 kali, InsyaAllah Segala Hajat Dimakbulkan Ilahi!

Hebatnya Fadilat Baca Ummul Kitab

1. Apabila kita membaca surah ini dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari dan selama tujuh hari kemudian ditiupkan pada air suci lalu diminum. Kita akan memperoleh ilmu serta hati akan dibersihkan daripada fikiran yang rosak.

IKLAN

2. Siapa saja yang mempunyai nazar (keinginan) dan memohon kepada Allah SWT, dan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh selama 40 hari lamanya, kemudian memohon kepada Allah. Insya Allah akan dikabulkan oleh Allah SWT.

3. Andai kita membaca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sebanyak 3 kali serta Muawwidzatain, Insya Allah kita akan selamat dari segala hal melainkan meninggal dunia.

4. Mengamalkan surah ini bersama Bismillah di antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh dalam keadaan istiqamah, Insya Allah, doa kita akan dikabulkan.

IKLAN

Begitu juga, jika kita mempunyai hutang maka kita mampu membayarnya, jika kita sakit maka akan diberi kesembuhan, jika kita punya anak maka jadi anak yang soleh dan solehah dengan izin Allah SWT.

5. Siapa saja yang mengamalkan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setelah solat fardhu 5 waktu, Insya Allah akan diluaskan rezekinya, dimudahkan urusan dunianya, diberikan kebahagiaan untuk dirinya serta keluarganya, diberikan akhlak yang baik dan lain-lain oleh Allah SWT.

6. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah swt bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan.

Gigih Baca Al-Fatihah 41 kali, InsyaAllah Segala Hajat Dimakbulkan Ilahi!

Selesai membaca Al Fatihah bacalah doa ini

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, sehingga Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmat, karunia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak berkah tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, berikan apa yang ku hajati”

Sumber artikel: ohcewek.blogspot.com

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI