Setiap wanita pastinya mahu tampil cantik dan menarik untuk lebih berkeyakinan tika berhadapan dengan orang ramai.
Bukan sahaja penampilan dari segi berpakaian tetapi juga ada yang sanggup menggunakan keadah teknologi tertentu untuk tampil cantik.
Misalnya suntikan filler untuk hilangkan kedutan di wajah serta penyambungan bulu mata (eyelash extension) serta sulam bedak.
Namun ramai wanita yang melakukan kaedah cantik ini dengan mengenepikan sama sekali soal agama dalam penggunaannya.
Gambar sekadar hiasan.
Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial Facebook bagaimana dia menggunakan eyelash extension ini untuk tampil cantik.
Walau bagaimanapun keinginan itu terpaksa dilupakan apabila mendapat pandangan dari pengalaman seorang rakannya yang sering terbabit memandikan jenazah wanita.
1-185
“Saya tanya dia, ada tak jenazah yang meninggal dengan cantik siap sulam bedak, eyelash extension, warnakan rambut dan sebagainya? Dia jawab ‘memang ada’.
Ads
“Jadi saya tanya ‘akak buat macam mana?’ Mengejutkan, dia beritahu, dia dan kawan-kawannya tak cukur rambut, tak cabut kuku, tak cabut atau gunting bulu matanya yang disambungkan, atau tonyoh pipi yang sulam dengan blusher tu.
“Dia biar sahaja kerana dia memang tak boleh padamkan dan tak boleh buat apa pun, walaupun sewaktu mandi tidak kena air dan tidak sah mandinya. Mayat pun rasa sakit,” tulis pelayar itu.
Tambah pelayar itu lagi, rakannya itu hanya mampu berdoa agar Allah mengampunkan dosa dirinya dan si mati.
“Seram saya dengar. Memang tak berani nak warnakan rambut dan sebagainya,” tulisnya lagi.
Ads
Sementara itu menerusi komen yang lain, seorang wanita turut membuat perkongsian mengenai pengalamannya yang menghentikan perkhidmatan memasangkan eyelash extension gara-gara satu tragedi yang benar-benar membuatkannya insaf.
Menurut wanita ini, dia pernah mengambil kursus dan membuka perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pemasangan eyelash extension.
Jenazah yang pakai filler rupa dia Nauzubillah… Jadi tolong sangat-sangat yang pakai, sila remove.
Gambar sekadar hiasan.
Sungguhpun agak ragu-ragu, wanita itu bagaimanapun berkata dia tidak mempedulikan keadaan tersebut, sehinggalah berlaku satu peristiwa yang akhirnya mengubah keputusannya itu.
“Belum sampai tiga pelanggan, aku dah dapat petunjuk di mana arwak makcik suami aku meninggal secara tiba-tiba kerana serangan jantung. Kebetulan dia baru sahaja buat eyelash extension.
Ads
“Saudara mara sebelah suami tahu aku buat perkhidmatan eyelash extension, dan aku dipanggil untuk remove eyelash jenazah. Ya Allah, dah ditolak permintaan itu tapi semua orang merayu dekat aku.
“Menggigil tangan aku remove eyelash jenazah. Dan bermula saat itu, aku berhenti buat service tu lagi. Allah dah beri petunjuk kepada aku,” tulisnya.
Dalam pada itu, seorang pelayar, Xinger Yan yang pernah mempunyai pengalaman memandikan jenazah wanita turut berkongsi kisah di mana dia dan rakan-rakannya berdepan dengan tugas berat sekiranya diminta memandikan jenazah wanita sedemikian.
“Jenazah yang pakai filler rupa dia Nauzubillah… Jadi tolong sangat-sangat yang pakai, sila remove… yang itu pemandi jenazah tak dapat tolong. Apabila badan dah kaku, filler bentuknya berketul-ketul… cacat jenazah.
“Cuma nasihat saya, elakkanlah tabarruj (mencantikkan diri). Anda bayangkan apabila darah berhenti, bukan semudah ABC nak tonyoh buang semua. Berpeluh nak bersihkan foundation, eyeshadow dan celak. Sedih tengok terasa perit sangat kena tonyoh kuat-kuat tapi apakan daya,” ujarnya.
Tidak dinafikan sejak PKP lalu semakin ramai yang melakukan hobi menanam pokok, sama ada pokok hiasan atau buahan.
Tidak salah berbudi pada ranah, kerana hasilnya yang menanti boleh membuat anda tersenyum sampai telinga.
Namun sebelum melakukan aktiviti menanam pokok itu, apa kata kita berdoa dulu agar tumbuhan yang tumbuh nanti hidup subur berkat tangan anda yang menanamnya.
Seperti perkongsian di laman sosial Facebook Muhammad Daniyall, memberitahu sepotong doa yang diajar ketika menanam pokok.
Ayatnya sangat pendek dan boleh diamalkan bila-bila masa ketika minat menanam pokok semakin membara dalam diri.
Semoga tanaman berkenaan akah hidup subur dan mengeluarkan hasil yang barokah dengan izinNya. Juga diingatkan untuk banyakkan berselawat ketika bercucuk tanam ini.
Nak share satu amalan doa sebelum tanam pokok. Iaitu doa tanam pokok yang diajarkan oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Salleh Sik.
Moga-moga tanaman yang kita tanam akan hidup subur dan mengeluarkan hasil yang barokah dengan izin Allah SWT. Baca 3 kali doanya sebelum tanam pokok:
سُبْحَانَ الوَارِثُ البَاعِثُ
“Maha Suci Allah yg Maha Mewariskan lagi Maha Membangkitkan.”
Dan juga banyakkan selawat ketika bertanam
Pokok kurma ajwa berusia 2 tahun lebih dan pokok buah zaitun
Kashoorga: Untuk menyediakan pelbagai barangan berkebun, klik di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kecantikan seseorang wanita itu adalah suatu yang subjektif. Ada yang mengatakan mereka berkulit putih kelihatan lebih menarik dan sesuai untuk dijadikan calon isteri. Bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai lesung pipit.
Wanita mempunyai lesung pipit ini dikatakan sebagai satu kecacatan. Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipi yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang dicemburui ramai.
Namun apa yang dipanggil kecacatan inilah sebenarnya daya tarikan utama gadis berlesung pipit. Lebih menarik jika mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipi.
Disenaraikan tarikan gadis berlesung pipit yang boleh dijadikan calon isteri idaman. Pastinya gadis berlesung pipit menjadi buruan kerana memiliki keistimewaan tersendiri.
Ramai Yang Tertarik
Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati, lesung pipit merupakan ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi. Tak perlu risau ketika bergambar, lesung pipit anda tu buatkan anda jadi perhatian dalam ramai-ramai orang.
Nampak Lebih Muda
Orang yang ada lesung pipit nampak macam ‘baby face’. Ini disahkan oleh para saintis bahawa antara kelebihan lesung pipit ialah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.
Terpancar Aura Keceriaan
Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan.
Puas Dengan Kehidupannya
Perempuan yang memiliki lesung pipi cenderung hidup lebih bahagia. Perempuan ini akan mencintai dan menghargai pasangan.
Jadi Isteri Yang Baik
Mereka juga lebih mencintai dan hormat kepada pasangan. Keindahan lesung pipi yang dimiliki menjadi salah satu daya tariknya.
Adanya lesung pipi juga menandakan bahwa seorang perempuan tersebut kuat, sehingga kehidupannya cintanya pun menjadi magnet karena sering kali meninggalkan pengalaman yang menarik.
Perempuan Yang Menyenangkan Untuk Jadi Pasangan
Perempuan ini cenderung periang, maka sangat menyenangkan untuk dicintai. Sebab, mereka umumnya lebih hangat sehingga dapat memiliki hubungan baik dengan semua orang. Untuk itu sangat menguntungkan jika memiliki lesung pipi.
BerFikir Tentang Keturunan
Jika salah satu keluarga memiliki lesung pipi, maka anda memiliki gen 25 sampai 50 peluang untuk keturunan atau anak anda mempunyai lesung pipi.
Jadi, peluang memiliki anak yang lucu dan manis berlesung pipi lebih besar.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Semalam Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel Datuk Ahmad Ruzman dalam temubual di Astro Awani memaklumkan pihak Arab Saudi sudah mengeluarkan peraturan baru bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah.
Bersesuaian dengan pandemic COVID-19 yang masih belum reda, bagi memastikan wabak ini tidak menular maka peraturan lebih ketat diperkenalkan. Berikut adalah penyataan ringkas video temuramah untuk jadi panduan kita bersama bagi yang ingin mengerjakan umrah.
Di Malaysia:-
1. Perlu mendapat kebenaran keluar negara oleh kerajaan.
2. Melakukan ujian status covid-19 PCR test dengan keputusan negatif dalam tempoh 72jam sebelum berangkat menaiki pesawat. Surat pemakluman keputusan tersebut hendaklah dibawa bersama pasport ketika check-in di Malaysia dan setiba di Saudi.
3. Usia yang dibenarkan (buat masa ini) 18-60 tahun.
4. Setibanya di airport Madinah para jemaah perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dahulu sebelum terus ke kaunter emigrasi.
5. 50% sahaja jemaah menaiki setiap bas iaitu 25 orang termasuk mutawwif jika bas 50 seater.
6. Para jemaah perlu install aplikasi (Tawakkalna) lebih kurang MySejahtera untuk trace lokasi, perlu aktif sebelum 8 jam setelah mendarat.
Di Madinah:-
7. Para jemaah hendaklah duduk sebilik 2 orang sahaja.
8. Para jemaah perlu kuarantin di bilik hotel selama 3 hari sebelum dibenar keluar bilik melaksanakan ibadah. Makanan akan dihantar ke bilik.
9. Selepas 48 jam kuarantin di bilik para jemaah akan menjalani ujian covid-19 oleh pihak kesihatan saudi dan keputusan akan keluar selepas 24 jam.
10. Para jemaah perlu booking di suatu aplikasi untuk solat di raudhah. Tidak perlu booking slot utk solat 5 waktu.
11. Para jemaah tidak dibenarkan turun daripada bas ketika menziarahi tempat-tempat ziarah, termasuk masjid Quba'. (buat masa ini & akan berubah mengikut situasi kemudian hari)
12. Pihak agensi/syarikat travel perlu booking slot untuk melaksanakn umrah samada jam 4 petang, 8 malam atau 12 tengahmalam sebelum para jemaah bertolak ke Mekah.
13. Para jemaah berniat ihram di hotel di Madinah sebelum bergerak ke Mekah, para jemaah tidak dibenarkan turun solat sunat di Masjid Bir Ali. (buat masa ini)
Di Makkah:-
14. Setelah tiba di Mekah para jemaah dan mutawwif akan bergerak ke Masjidil Haram 1 jam sebelum masa yang telah ditempah untuk melaksanakan umrah semasa di Madinah yang dibuat oleh pihak travel agensi.
15. Para jemaah akan diketuai oleh seorang pembimbing khas daripada pihak masjidil haram semasa melaksanakan umrah.
16. Jemaah yang menggunakan kerusi roda perlu bimbingan pendorong yang khas bersama jemaah.
17. Para jemaah perlu mematuhi SOP semasa mengerjakan umrah iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak 1 meter dan sentiasa sanitasi.
18. Kos mengerjakan umrah mungkin meningkat daripada biasa disebabkan SOP norma baharu terkesan pada aspek pengangkutan dan hospitaliti.
Nota: Para jemaah mungkin akan masuk ke Madinah dahulu memandangkan perlu kuarantin 3 hari selepas masuk ke Saudi. Jika masuk ke Mekah dahulu jemaah perlu berlama dalam ihram dan menjaga pantang larang 13.
Semoga kita semua dijemput lagi ke Haramain dalam susah atau pun senang. Yang penting niat dan kesungguhan kita insyaAllah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Qada solat tarawih boleh atau tidak? Mungkin ramai kalangan kita yang bekerja pada waktu malam termasuklah pada bulan Ramadan hingga menyebabkan kekangan masa untuk...