Greenland Tempoh Puasa Paling Lama, 21 Jam 42 Minit, New Zealand Tempoh Puasa Paling Pendek, 11 Jam 10 Minit

Share

Kajian dilakukan portal beli belah dalam talian, CupoNation mendapati tempoh berpuasa paling lama di dunia adalah di Greenland. Data dikeluarkan kelmarin menunjukkan waktu puasa terpanjang adalah 21 jam 42 minit di wilayah autonomi Denmark itu yang terletak antara Atlantik Utara dan Lautan Artik.

Penduduk Islam di negara pulau itu hanya mempunyai tempoh 2 jam 18 minit untuk berbuka dan kembali berpuasa. Hari pertama berpuasa di negara itu adalah selama 19 jam 35 minit dan hari terakhir adalah selama 21 jam 42 minit.

Selain itu, negara yang mempunyai tempoh berpuasa paling lama adalah Iceland iaitu selama 19 jam 33 minit pada hari pertama dan 21 jam 39 minit pada hari terakhir.

Ia kemudiannya disusuli dengan Finland yang mempunyai tempoh berpuasa selama 18 jam 54 minit pada hari pertama dan 20 jam 21 minit pada hari terakhir Ramadan.

Waktu berpuasa di Estonia adalah antara 18 dan 20 jam manakala tempoh berpuasa di Sweden adalah antara 18 dan 19 jam 52 minit.

Selain itu, tempoh berpuasa di Latvia adalah antara 18 dan 19 jam 41 minit.

Tempoh berpuasa paling pendek di dunia pula adalah di New Zealand iaitu selama 11 jam 10 minit. – Tempo.co

Sumber kredit: Sinar Harian

VIDEO KASHOORGA:

Published by
wan erni