Gugurkan kandungan bawah 4 bulan dengan sengaja akibat penyakit, apa hukumnya? Sudah tentu keputusan yang diambil adalah menyelamatkan nyawa ibu yang sedang hamil.
Jika ditanya, sudah tentu sang ibu tak mahu menggugurkan kandungan tetapi apakan daya jika itu saja pilihan yang dirinya ada. Ibu mana yang ter gamak mengambil nyawa bayinya yang belum sempat menjengah dunia. Allahuakbar!
Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menjelaskan apakah hukumnya menggugurkan kandungan dengan sengaja.
Artikel Berkaitan
Bolehkah menggugurkan kandungan akibat penyakit yang saya alami. Saya dimaklumkan oleh rakan bahawa berbuat demikian adalah haram. Boleh ustaz bantu saya?
Jawapan:
Perlu diingatkan hukum menggugurkan kandungan terbahagi kepada beberapa keadaan.
Haram dan berdosa menggugurkan kandungan dengan sengaja tanpa sebarang sebab dibenarkan syarak. Lebih-lebih lagi apabila umur kandungan telah melebihi empat bulan.
Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Janganlah kamu membunuh anak kamu hanya kerana takut miskin. Sesungguhnya kami yang memberikan rezeki kepada anak itu dan termasuklah kamu juga. Ingatlah perbuatan membunuh mereka itu adalah satu jenayah yang sangat besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
Menggugurkan kandungan dibenarkan jika perbuatan itu menepati syarat iaitu kandungan memudaratkan ibu kerana penyakit yang dialaminya, mendapat nasihat daripada pakar sakit puan diiktiraf oleh kerajaan dan kandungan bukan akibat zina atau suka-suka.
Baca Di Sini
Umur kandungan mestilah tidak melebihi empat bulan. Jika umur melebihi empat bulan maka ulama bersepakat mengharamkan perbuatan itu kecuali dalam keadaan darurat sangat seperti ia akan mengancam nyawa ibu pada saat-saat akhir kandungan.
Oleh itu, jangan sesekali kita cuba menggugurkan kandungan tanpa sebarang sebab yang munasabah atau yang dibenarkan oleh syariat.
Kashoorga : Jika pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dikurniakan rezeki tetapi belum bersedia menerima kehadiran anak, jangan ambil jalan mudah dengan gugurkan kandungan.
Sumber : Berita Harian
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.