‘Guna influencer atau ustaz famous kaut untung atas angin.’ Waspada sindiket badal haji di Mekah kerana mereka aktif mengaut keuntungan hingga meminggirkan dosa dan pahala.
Sebenarnya perkara ini telah lama berlaku, namun rakyat Malaysia mudah terpengaruh dengan kata-kata agensi yang menganjurkan badal haji ini saban tahun.
Lelaki ini, Afiz Ayub, sekali lagi mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan golongan yang mengambil kesempatan ini dan menggunakan agama untuk menjana keuntungan.
Artikel Berkaitan:
Pakej Umrah Naik Harga, Travel Agency Diminta Cari Kaedah Terbaik Tidak Bebankan Jemaah
Ikuti perkongsiannya:
Insyallah setiap tahun saya akan ingatkan dan berikan kesedaran kepada para waris yang ingin menunaikan Badal Haji untuk keluarga mereka.
Start bulan Disember 2022, semakin banyak yang kita saksikan tawaran demi tawaran dari agensi yang tidak bertanggungjawab menggunakan influencer atau ustaz famous untuk mengaut keuntungan atas angin bedal haji ini.
Siapakah dalang di sebalik project bedal haji ini? Mereka adalah daripada rakyat Indonesia yang menetap secara haram di sana. Sangat kaya dan tahun lepas sahaja mengaut keuntungan berjuta dari rakyat Malaysia.
Beliau ada memuat naik video viral di TikTok menunjukkan berapa banyak duit beliau hasil dari penipuan bedal haji ini. Sebagai contoh sekarang, team mereka amat giat menghantar iklan di WhatApps kepada tour leader, para mutawif dan kenalan yang ke umrah untuk mengaut keuntungan.
Bayangkan harga yang di tawarkan kepada kami hanya RM 1,000 sahaja dan bayangkan saya jual RM3,500. Siap ada free gift lagi tau. Ini kalau saya jual murah, kalau saya jual RM15,000?
Bedal Haji ini dah berleluasa terlalu lama dengan pembohongan demi pembohongan. Modus operandi yang sama dan mereka mensasarkan influncer dan para orang alim agar modus operandi mereka tidak di expose.
Bayangkan ada member saya dapat RM1.3 juta hasil dari kutipan bedal haji tahun ini.
Jangan risau kita dah report dan account pun sudah kene freeze.
Saya pasti ramai yang sudah buat dan jujur saya katakan yang ambil job bedal haji itu adalah dari 3 golongan,
Golongan 1 – tidak membuat kajian tentang badal haji terkini.
Golongan 2 – mereka yang depan nampak syurga tapi belakang bedal duit orang walaupun mereka tahu ini satu penipuan. Tapi duit punya pasal apa salahnyakan. Hujung-hujung boleh taubat.
Golongan 3 – golongan yang celaka menggunakan ejen- ejen yang tidak tahu apa-apa, lagi-lagi orang surau masjid. Kita ini kan tergetar lutut kalau di offer manisan.
Kenapa bedal haji ini tipu?
1. Pihak Saudi mewajibkan setiap jemaah haji ada visa dan tasreeh yang sah. Siapakah keutamaan golongan itu??
– Rakyat tempatan yang belum pernah menunaikan haji atau 5 tahun sekali. Tasreeh mereka bermula SAR6,000. (Jangan pula korang pepandai kata orang saudi nak tolong. Mereka pun kaya tak ada masa nak tolong korang) Jika mereka ada pembantu rumah, mereka wajib taja visa mereka.
– Jemaah haji bagi setiap negara. Bermula dari SAR10,000 pada setiap orang menggunakan visa haji yang sah.
– Pemegang Iqama bagi orang luar yang berkerja atau belajar di sana. Tasreeh mereka juga bermula dari SAR6,000.
Pada setiap tahun, pihak saudi telah meningkatkan kawalan demi kawalan bagi membendung kemasukan haji secara haram.
Menurut pihak saudi lagi, mereka yang hadir menunaikan haji tanpa ada visa & tasreeh yang sah (umpama sembahyang tiada wuduk) mereka akan dikenakan tindakan,
1. Di denda SAR10,000.
2. Penjara 15 hari untuk kes pertama.
3. Dihantar pulang selepas tamat tempoh penjara serta merta.
4. Di ban kemasukan saudi selama 10 tahun. Setiap cap jari di ambil.
5. Jika di tangkap kali kedua di denda SAR50,00 dan penjara 6 bulan.
6. Selepas di ban, jika kalian masuk dari pintu penerbangan lain di Saudi, kalian akan ditangkap dan d hantar pulang serta merta. Itu pun kalau dihantar pulang, kalau tetiba hilang dari radar agak-agak macam mana?
Begitulah rancaknya peraturan-peraturan di sana. Seperti biasa rakyat Malaysia penuh dengan licik selit menyelit. Nak ibadah dengan Allah atau nak dapat pengalaman? Ini dua benda yang berbeza.
Allah akan berikan peluang untuk mereka menunaikan ibadah dengan sangat sempurna apabila Allah membuka pintu ibadah untuk dirinya. Selagi kita tak dapat ibadah secara sempurna, percayalah Allah masih tutup pintu ibadah dalam hidup kita.
Jadi bagaimana kita nak halang mereka yang beriya menjual ibadah tipu ini?
1. Jika ternampak di ruang sosial media, tekan button report
2. Jika nampak Agensi yang berlesen jual, kalian boleh report di KDNKK untuk diambil tindakan.
3. Jika jualan dari para ustaz, imam atau mana-mana jualan persendirian, nasihat cara baik bahawa wakil jualan itu ditipu.
Nasihat cara berhemah dan tunjuk fact di mana-mana pautan internet. Google tunjukkan fakta sebenar. Mereka mungkin akan marah tapi marah kejap saja dan selebihnya ego.
4. Sharekan sebanyak mungkin artikel mengenai penipuan dan awereness bedal haji ini.
5. Share posting saya.
Semoga sedikit coretan saya memberikan manfaat kepada kalian semua.
Baca Di Sini:
Impian Wanita Ini Buat Umrah Akhirnya Tercapai, Sedekah RM14 Tapi ‘Dibalas Tunai RM14,290
Kashoorga: Semoga kita tidak menjadi mangsa kepada penipuan badal haji.
Sumber: Afiz Ayub
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.