Esok bermulalah ibadah puasa kepada seluruh umat Islam. Dan ramadan kali ini pastinya berbeza kerana kita sambut secara sederhana saja dengan hanya duduk di rumah.
Jadi pastinya kita punya banyak masa untuk menyediakan resipi buat berbuka bersama ahli keluarga.
Apa kata untuk hari pertama esok, kita sajikan sajian simple, Mi Udang Kuah Pekat yang confirm
sedap dan boleh buat pinggan licin.Dengan rasa kuah yang manis dan pekat mampu membuka selera anda setelah seharian berpuasa.
Malah cara pembuatan juga ringkas dan tidak perlu bahan yang banyak. Kebannyakan mudah didapati di kedai berhampiran.
Bahan-Bahan:
Udang secukupnya
Kepala udang direbus untuk jadikan stok
Sebiji kentang
Sebiji keledek sederhana besar
Garam
Gula
Mi kuning secukupnya
Segenggam cili kering
3 ulas bawang putih
2 inci halia
7 biji bawang merah
1 sudu besar pes tomyam
2 peket udang kering
• daun bawang
• bawang goreng
• cili merah dan hijau
• telur ayam rebus
• limau nipis / kasturi
1. Rebus kepala udang. Dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang. Ketepikan.
2. Rebus kentang dan keledek. Kisar halus dan ketepikan.
3. Kisar semua Bahan Kisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan stok udang. Masak lagi sehingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Masuk keledek dan kentang yang sudah dikisar tadi.
7. Tambah air jika perlu. Bila dah didih baru masukkan udang. Biarkan mendidih dan matikan api.
1. Letakkan mi yang sudah dicelur ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan kuah.
3. Hiaskan dengan Bahan Hiasan.
4. Sedia dinikmati.
Selamat mencuba.
Kredit Resipi: Siti Aisyah dari Telegram KakiMakan