Guna Online Saja Untuk Mohon Bayaran ‘One-Off’ Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Golongan M40 & B40

Share

Hujung Mac lalu kerajaan ada mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN iaitu bantuan secara ‘one-off’ kepada penerima yang layak.

Bukan itu saja, Kementerian Kewangan juga telah mengumumkan beberapa informasi berkaitan Bantuan Prihatin Nasional dan siapa yang layak memohonnya.

Pembayaran BPN ini akan dibuat secara 2 fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020 dan tertakluk pada kelayakan ini.

Dan bagi mereka yang belum mendaftar, permohonan baru boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDN pada klik pautannya. Untuk makluman semua permohonan boleh dibuat secara online sahaja.

Kaedah Pembayaran:

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya:

  1. Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  2. Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
  3. Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

  1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
  2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
  3. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Tempoh Membuat Semakan:

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

  1. Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
  2. Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan Status Boleh Dibuat Di Portal Rasmi Berikut:

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  2. Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
  3. Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

KENYATAAN RASMI MOF:

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon ini:
03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman