Apabila disebut timun ramai beranggapan sayuran ini hanya dihidangkan sebagai pelengkap ulam-ulaman, acar atau dijadikan penambah dalam masakan. Rasanya yang segar dan mengandungi banyak air bukan saja sesuai diolah sebagai makanan dan minuman tetapi juga memberikan manfaat daripada segi kesihatan dan kecantikan.
Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh tengku ajar cara buat face mist sendiri.
Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag.
Perah lemon sikit utk muka sunburn dan jerawat.
Ads
1)Bahan: timun sebatang.
Potong-potong. Rebuskan dgn air sikit. Jangan lama sangat. Sbb timun ketegori sayur. Rebus lama nanti vitamin die hilang. Agak lembut sikit blh terus angkat. Sejukkan sekejap.
2) Blend timun tadi dgn sedikit air rebusan. Agak2 je. Jangan banyak sgt.
Ads
3. Siapa ade jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus utk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
4) Masukkn dalam botol spray. Botol ni tengku beli dekat mr diy. Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan.
Ads
5. Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar je kering macam tu.
Bulan puasa nanti sesuailah untuk semburkan pada wajah. Sejuk dan segar je bila kena pada kulit wajah.
Aku jawab, “Allah masih nak rahsiakan jodoh saya.”
“Umur dah meningkat tu…”
Aku jawab, “Allah masih rahsiakan jodoh saya.”
“Bila boleh makan nasi minyak ni?”
“Hanya Allah yang tahu…”
Tatkala sering kali ditanya dengan pertanyaan jodoh seringkali bungkam dengan jawapan yang ingin diberikan. Pertanyaan demi pertanyaan ditanya oleh orang sekeliling. Pertanyaan oleh keluarga sendiri. Pertanyaan oleh jiran. Pertanyaan oleh sahabat-sahabat zaman sekolah dan juga rakan sekerja.
Terasa rimas dengan pertanyaan itu. Mungkin mereka sangat prihatin. Terima kasih atas keprihatinan itu tetapi tentang jodoh itu adalah rahsia Allah.
Selagi kun fayakun DIA tidak menyapa, aku hanya mampu usaha dan berdoa kepada-Nya seterusnya tawakal…
Allah ada sebut dalam Surah Ar Rum (30): 21
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia Menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.”
Ada yang bercinta bertahun-tahun, selalu keluar bersama tetapi akhirnya berpisah. Ada pula yang baru kenal sebulan dua, bersua muka sekali dua bersama mahramnya dan akhirnya bersama.
Aturan hidup kita, tiada siapa yang berani kata pasti kerana hanya Allah sebaik-baik perancang kepada hamba-Nya.
Boleh jadi yang digenggam kemas-kemas saat ini, itu yang akan dilepas selama-lamanya nanti. Ada juga yang berpisah setelah lama bercinta kerana baru sedar cara mereka ‘salah’.
Masing-masing mencari diri dengan bertaubat pada-Nya dan akhirnya Allah pertemukan mereka kembali. Rahsia jodoh itu unik kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai suami sedar bahawa mereka merupakan ketua keluarga dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memenuhi keperluan dan kehendak isteri dan anak-anak. Namun, masih ada juga yang tertanya-tanya bolehkah dan apakah hukum jika suami mengambil duit isteri tanpa pengetahuan?
Harta isteri adalah milik penuh isteri. Walaupun dalam bab memberi sedekah, isteri tidak perlu meminta izin suami untuk melakukannya menurut jumhur ulama’. Isteri boleh membelanjakan hartanya mengikut kehendaknya asalkan perbelanjaan itu tidak membawa kepada dosa-dosa seperti pembaziran, maksiat dan sebagainya.
Namun jika perbelanjaan isteri boleh membawa kepada kemurkaan Allah, maka suami boleh menghalangnya. Ini atas dasar kewajipan seorang suami untuk mencegah isteri dan keluarga daripada dimasukkan ke dalam neraka, bukan atas dasar harta itu miliknya.
Firman ALLAH SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang diperintah.” (Surah at-tahrim:6)
Suami boleh mengambil harta isterinya hanya dengan keizinan dan kerelaan si isteri. Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak halal harta seorang Muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya.” (Riwayat Imam ad-Daruqutni)
Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada mengatakan bahawa, “Para ulama’ telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya.” (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seperti biasa, sambutan tahun baharu akan disertai azam yang baharu. Maka ramailah yang menanam azam dengan harapan untuk direalisasikan sepanjang tahun itu. Walau apa pun azam anda, marilah kita memastikan ia selari dengan semangat untuk memajukan diri.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Melalui kajian oleh majalah TIME, usia paling bahagia adalah 33 tahun kerana ramai yang memiliki tujuan hidup yang lebih jelas. Namun untuk berjaya kita perlu berusaha sejak dari awal lagi.
Berikut 11 perkara yang perlu dilakukan sebelum usia beralih ke angka 30 tahun. Membuat persediaan awal itu lebih baik untuk masa depan yang lebih cerah dan terjamin.
1. BERHENTI MEMBANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN
Percayalah bahawa mereka yang bahagia telah lama berhenti membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing. Mungkin segala kebaikan yang kita curahkan dan keikhlasan ketika bekerja akan Allah balas dengan rezeki yang murah pada masa akan datang.
2. KUMPUL DUIT & RANCANG KEWANGAN
Ketepikan sebahagian pendapatan untuk simpanan peribadi untuk kegunaan bila ‘sesak’ nanti. Simpanan amat penting bagi seseorang terutamanya jika berlaku kecemasan. Kumpullah duit dari usia muda supaya kita dapat membuat persiapan membina hidup sendiri.
3. BUANG KISAH LALU YANG NEGATIF
Jangan biarkan kisah silam menghantui hidup anda. Mulakan hidup baru. Buang diari yang penuh dengan keluhan dan curahan hati yang memalukan. Buang barang-barang yang mengingatkan anda tentang kisah silam yang negatif pada diri anda.
4. MENGEMBARA & LIBATKAN DIRI DALAM KERJA AMAL
Kata pepatah, jauh perjalann, luas pandangan. Ambil peluang untuk mengembara ke tempat orang. Banyak perkara yang kita boleh pelajari. Selain dapat menenangkan minda, bercuti juga dapat menjadikan kita orang yang mudah menyesuaikan diri. Jangan lupa ambil pelung untuk melibatkan diri dengan kerja amal atau ‘volunteering’. Ia dapat memberi peluang untuk refleksi diri dengan meningkatkan keinsafan diri.
5. JAGA KESIHATAN
Tidak selamanya kita akan muda. Oleh itu jadilah seorang dewasa yang sihat dan cergas dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Jaga kesihatan dan luangkan masa untuk beriadah agar tubuh kekal sihat dan bertenaga.
6. MULAKAN HOBI BERFAEDAH
Gunakan masa terluang dengan melakukan aktiviti berfaedah. Jika sebelum ini kekangan masa menghalang anda untuk belajar kemahiran baru, nah inilah waktu yang sesuai untuk anda melakukannya. Usia bukanlah penghalang untuk belajar benda-benda baru.
7. BERHENTI JADI PLEASER
Tidak perlu ‘terlalu’ menjaga perasaan seseorang semata-mata kerana ‘kasihan’ atau ‘tak sampai hati’. Belajar untuk katakan tidak sekali-sekala, dan ketahuilah anda berhak untuk melakukannya. Cari ruang untuk dapatkan ‘me time’ kerana anda akan berasa lebih efisyen, cergas, dan berkeyakinan.
8. BEBAS DARI RAKAN ‘TOKSIK’
Di ambang usia 30an, jumlah kawan baik anda mungkin akan berkurangan kerana masa yang terhad, terutamanya mereka yang telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak. Oleh itu, buatlah pilihan bijak ketika memilih kawan dan elakkan persahabatan yang tiada nilainya buat kita. Pilihlah kawan terbaik untuk berikan nasihat buat kita, yang sentiasa ada waktu kita kesusahan.
9. BIJAK URUSKAN RUANG PERIBADI
Ruang peribadi tidak boleh bersepah lagi jika sudah bergelar dewasa, tidak kiralah sama ada anda seorang lelaki ataupun perempuan. Jadikan rumah sebagai ruang untuk mendapatkan kedamaian. Bagi yang dah berkahwin dan ada anak, jangan jadikan alasan untuk mempunyai rumah bersepah setiap masa.
10. TAHU POTENSI DIRI
Berikan ruang pada diri sendiri untuk belajar dari kesilapan. Belajar untuk katakan tidak pada tugasan yang tidak relevan atau yang melebihi kemampuan kita. Jangan sombong untuk minta pertolongan dan tunjuk ajar.
11. PENTINGKAN RESTU IBU BAPA
Tidak kira sudah berapa pun umur kita, sebagai anak, restu ibu bapa sangat penting bagi mencapai keberkatan dalam hidup. Doa ibu bapa adalah antara faktor seseorang dapat berjaya dan rasa sangat bahagia walau apapun kesusahan menimpa mereka.
Paling utama untuk berjaya, fokus pada apa yang ingin kita lakukan. Dengan cara itu baharulah kita dapat mencapai apa yang kita inginkan.
Sumber kredit: Siraplimau.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Qada solat tarawih boleh atau tidak? Mungkin ramai kalangan kita yang bekerja pada waktu malam termasuklah pada bulan Ramadan hingga menyebabkan kekangan masa untuk...