Hadiah Atau Beli Barang Untuk Mak Ayah, Haram Ambil Balik Bila Mereka Meninggal

Share

Sewaktu ibu ayah masih banyak hadiah yang diberi oleh anak-anak untuk orang tua, dari kereta, peralatan rumah sampailah emas perhiasan. Namun apabila keduanya meninggal dunia masing-masing mengambil semula hadiah yang diberi.

Ramai ingat tak mengapa ambil semula barangan ini tapi kalau mengikut hukum, ia jatuh haram!

Perkara ini yang dijelaskan oleh Ustaz Ahmad Nassri Ibrahim, yang mempunyai latar kepakaran dalam perancangan harta dan pengurusan : Faraid, Wasiat dan Hibah. Yang mana syarikat amanah wasiyyah shoppe berhad adalah pakar dalam pengurusan harta pusaka.

Haram ambil semula barang, selepas mak ayah meninggal

Periuk letrik, peti ais, dapur, almari dan lain-lain perabot kita beli dan bagi kepada orang tua (ibu bapa). 
Bila mereka meninggal dunia kita ambil balik pemberian sebab kita kata itu semua kita yang belikan untuk ibu.

HARAM tu tuan-tuan. Barang – barang tu dah jadi pusaka!

Tidak boleh ambil sebelum mendapat keizinan semua waris. Jangan suka-suka kita main ambil balik sebab ada hak waris lain dalam harta pusaka tu. Barang yang dah bagi kat orang bukan milik kita lagi. Lain keadaannya kalau kita hanya bagi orang tua pinjam.

Jika was-was dan bimbang termakan harta batil dari harta pusaka, lebih baik kita rujuk kepada yang pakar.

Antara persoalan yang dijawab ustaz tentang perkara inj

Soalan : Sebelum meninggal, ibu saya pesan pulangkan barang kemas yang anak-anak belikan kepada pemberinya. Saya serahkan barang tersebut kepada pemberi, itu dibolehkan ke?

Jawapan : Barang kemas itu pusaka ibu, pesanan ibu itu terpakai jika semua waris setuju. Jika ada seorang bantah kena faraid.

Soalan : Contoh barang yang dibeli oleh kakak. Benda masih berhutang, beli nama mak, bukan nama kakak. Bila mak meninggal, barang jadi pusaka, kakak dah tak mahu bayar duit ansuran sebab barang dia tak boleh ambil kat dia sebab kata jadi pusaka. Persoalannya hutang mak tu, siapa yang kena sambung bayar sebab barang nama mak. Dah kalau orang yang dok bayar tak boleh ambil barang tu. Sebab dah jadi pusaka dah tentu dia berat nak sambung bayar ansuran bulanan. Contoh macam TV, perabot, barang elektrik.

Jawapan : Ini kena bincang dengan pemberi hutang, check perjanjian jual beli. Barang hutang ini tak sempurna milik. Kalau hutang itu boleh ambil alih bolehlah ambil barang tu contoh mesin Cooway, tukar nama dan sambung bayar.

Fitnah dan bahaya harta pusaka sangat dahsyat

Kenapa Islam suruh sangat rancang harta dan urus pusaka dengan betul. Kerana FITNAH dan BAHAYA pusaka sangat dahsyat.

Tiga kesan pusaka tak diurus dengan baik dari sudut hukum ialah:

1. Termakan harta anak yatim.
Pemegang amanah kepada harta anak-anak yatim tidak faham amanah dan terpedaya dengan harta.
2. Termakan harta orang lain secara batil.


Ada waris yang dinafikan hak oleh waris lain.
3. Menzalimi si pemilik harta.
Ada hak si mati belum ditunaikan waris seperti upah haji, hutang dan sebagainya.

Kesemuanya adalah besar dosanya kepada waris dan terlampau besar jika ada waris anak yatim yang diabaikan.

Tolong ambil tahu perancangan harta. Kira faraid keluarga sendiri biar waris jelas apa hak mereka. Perkara-perkara asas yang waris kena tahu jika kita meninggal dunia. Jangan tinggalkan pesanan tanpa dokumen atau pesanan yang tidak boleh dilaksanakan seperti wasiat kepada waris sendiri.

Sumber/Foto : Ahmad Nassri Ibrahim

 

Published by
Team Kashoorga