“Ustazah, boleh ke pergi kenduri, rumah terbuka atau sebarang majlis orang lain tanpa dijemput? Sebab dia pun jiran saya jugak.”
Mungkin ada yang pernah ke majlis sebegini meskipun asalnya tidak mendapat jemputan dari tuan rumah. Tapi sebenarnya kita patut mengelak daripada pergi ke majlis yang tidak dijemput kerana hukumnya Haram.
Perkara ini dijelaskan oleh Ustazah Asma’ Harun dalam satu hantaran di akaun Facebook milik beliau.
Hukum asal hadir majlis kahwin
Hukum asal menghadiri majlis perkahwinan sekiranya dijemput secara khusus adalah WAJIB menurut majoriti ulama dalam mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali. Ia berdasarkan dengan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا
Maksudnya: Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia. (HR Muslim, hadis sahih)
Ads
Menurut Imam Nawawi hadis di atas menunjukkan perintah untuk menghadiri satu majlis apabila ianya dijemput. Tetapi adakah kewajipan itu adalah perintah WAJIB atau SUNAT?
Menurut pandangan yang paling sahih dalam mazhab kami adalah FARDHU AIN bagi sesiapa yang dijemput secara khusus dan gugur kewajiban tersebut jika ada keuzuran dan kemaslahatan.
Hukum hadir ke majlis tanpa dijemput
Disebutkan dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah para ulama empat mazhab telah bersepakat bahawa HARAM bagi seseorang untuk hadir ke majlis kenduri tanpa dijemput, atau yang tidak diketahui sama ada tuan rumah redha atau tidak.
Ads
Dia dihukum fasiq dari sudut penyaksian dan menjatuhkan maruah jika terus-menerus melakukan perbuatan tersebut, kerana ia termasuk dalam kategori memakan makanan yang haram.
Hal ini bertepatan dengan hadis daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
وَمَنْ دَخَلَ عَلَى غَيْرِ دَعْوَةٍ دَخَلَ سَارِقًا وَخَرَجَ مُغِيرًا
Maksudnya: “Sesiapa yang pergi ke suatu majlis tanpa jemputan, dia hadir sebagai seorang pencuri dan keluar sebagai seorang perompak.” (HR Abu Daud, hadis dhaif)
Disebutkan dalam kitab Mishkat Masabih, tetamu yang tidak dijemput tidak dibenarkan untuk hadir melainkan dengan izin tuan rumah, dan tidak dibenarkan bagi tetamu untuk mengundang seseorang tanpa izin tuan rumah.
Ads
Tetamu wajar meminta izin terlebih dahulu, dan tidak digalakkan bagi tuan rumah untuk tidak menolaknya kecuali jika kehadirannya akan menimbulkan gangguan kepada orang yang hadir. Jika tuan rumah menolak, ia harus dilakukan dengan lemah lembut.
Menurut al-’Aini, orang yang hadir ke majlis kenduri perkahwinan tanpa dijemput dianggap sebagai al-tufaili (الطُّفَيْلِي), iaitu mereka yang datang ke majlis atau perkumpulan manusia tanpa mereka menjemputnya.
Wallahu A’lam.
RUMUSAN
1. Islam sangat menggalakkan umatnya untuk memuliakan tetamu dan ia adalah sifat orang beriman.
2. Menghadiri satu majlis apabila ia dijemput merupakan FARDHU AIN, namun gugur KEWAJIBAN tersebut jika ada keuzuran dan kemaslahatan.
3. HARAM bagi seseorang untuk menghadiri ke majlis kenduri tanpa dijemput.
4. Tetamu tidak dibenarkan mengundang individu lain untuk hadir bersama dalam satu majlis melainkan dengan keizinan Tuan rumah.
Saat ingin berpindah ke rumah baru tentunya hati berbunga bahagia. Walau bagaimanapun berpindah ke rumah baru sama ada rumah sewa atau pun rumah sendiri, mencuci rumah sahaja tidak cukup. Ada beberapa amalan yang harus dilakukan sebelum melangkah masuk ke rumah baru tersebut.
Sama ada rumah sewa yang sudah lama ditinggalkan kosong atau rumah baru siap, beberapa amalan ini wajar dilakukan.
AZAN
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
MEMBACA SURAH AL-BAQARAH
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
PAGAR RUMAH SECARA ISLAM
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
IKUT PANDUAN BERIKUT:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah. Mulakan dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam…
Sumber: Koleksi Kata-kata Ustaz Kazim Elias
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Waktu nak gunalah, barang hilang.’ Amalkan doa ini, jangan biarkan waktu solat teringat-ingat di mana kita letak barang yang hilang tersebut. Sebelum solat, puas mencari tak jumpa, time solatlah nak ingat segalanya.
Hilang barang sememangnya buat hari gundah dan tak tenteram, apatah lagi barang yang mempunyai ‘sentimental value’ atau dihadiahkan insan istimewa.
Di sini Ustazah Asma’ Harun kongsikan doa yang boleh kita amalkan apabila menemui jalan buntu bila barang yang dicari tak jumpa.
Kita mesti gelisah ketika ada barang hilang, lagi-lagi barang yang disayangi seperti haiwan peliharaan, barang berharga, barang keperluan, dan lain-lain.
Kerap kali barang itu hilang saat kita benar-benar perlukan, kemudian waktu sedang solatlah asyik teringat mungkin ia di sekian-sekian tempat.
Amalkan Doa Ini
Sebenarnya dalam Islam alim ulama ada mengajarkan satu doa khusus jika ada kehilangan barang.
Antara doa yang boleh dipanjatkan agar Allah menemukan kita dengan barang yang hilang adalah seperti yang disebutkan dalam kitab Maslakul Akhyar fil Ad‘iyah wal Azkar, menurut Sayyid Utsman bin Abdullah:
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang mengumpulkan sekalian orang di hari yang tiada syaknya lagi padanya. Kumpulkanlah antara aku dan barangku yang hilang, kumpulkan dengan kebajikan dan ‘afiyah.”
Jangan Biarkan Waktu Solat Teringat-Ingat
Selain itu boleh berdoa banyakkan menyebut nama Allah ya Wajid yang Maha Menemukan agar Allah memberi kemudahan untuk menemukan barang yang hilang.
Semoga kita dapat beramal dengan doa ini dan menjadi insan yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah SWT.
Penyanyi Aizat Amdan dan Nabila Razali telah meluangkan masa melawat 30 orang pesakit kanak-kanak di wad kanak-kanak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sama ada Aizat mahupun Nabila, masing-masing gembira diberi peluang untuk meraikan kanak-kanak ini yang nyata teruja dengan kehadiran dua penyanyi kesayangan ramai ini.
Program Remaja X Media Hiburan Make A Wish Raya ini adalah anjuran majalah Remaja dan Media Hiburan serta mendapat tajaan daripada pihak Int3tree. Aizat dan Nabila telah menyampaikan cenderahati dan duit raya kepada 30 orang pesakit kanak-kanak di wad ini. Jelas terpancar keceriaan pada wajah mereka.
Sekurang-kurangnya kehadiran Aizat dan Nabila dapat menceriakan anak-anak ini.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebelum keluar rumah atau pergi bekerja selain solekan wajib mengenakan semburan wanigan yang memang terserlah baunya.Meski Islam melarang wanita memakai wanigan yang harum semerbak...