‘Hafizah Al-Quran Dalam Tempoh 7 Bulan.’ Ustazah Asma’ Harun Sebak Raikan Kejayaan Anak Tersayang

Share

‘Hafizah Al-Quran dalam tempoh 7 bulan.’ Ustazah Asma’ Harun sebak dengan kejayaan anak tersayang. Ternyata untuk bergelar seorang hafizah atau penghafaz Al-Quran bukanlah sesuatu yang mudah.

Bukan saja perlu berkorban masa dan tenaga, tekad yang kuat juga menjadi pendorong untuk seseorang itu bergelar hafizah. Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun sendiri akui apa yang dilalui anaknya bukan suatu perjalanan yang mudah.

Artikel Berkaitan:

‘Sudahlah Menghafal Al-Quran, Tulisan Pun Cantik.’ Bakal Doktor Al-Hafizah Terima 2 Anugerah JAKIM

Hafizah Al-Quran

Luahnya,

Sebak dan sayu hati umi abi saat maisarah peluk penuh kesyukuran..
SubhanAllah, Alhamdulillah.

Kami panjatkan kembali rasa syukur ini kepada Allah SWT kerana memberi kami ruang dan peluang untuk merasai nikmat bahagia saat Anakanda tercinta, Tengku Maisarah yang telahpun Khatam hafalan AlQuran 30 juzuknya, Masyallah.

Dalam Tempoh 7 Bulan

Sungguh, Umi dan Abi menjadi saksikan atas kesungguhanmu, dengan air mata dan tekad yang kuat. Kami tidak pernah memaksa atau meminta ia diselesaikan dalam tempoh masa secepat ini (7 bulan 10 hari).

Namun setiap kali bertemu baik di asrama mahupun ketika menghantarnya pulang, Maisarah tidak pernah terlupa untuk meminta doa dan nyatakan impiannya untuk Khatam.

Sungguh, Khatam Al-Quran ini bukanlah pengakhiran, tapi ia adalah permulaan bagi sebuah perjuangan dalam memahami, menghayati, beramal serta menyebarkan ilmu-ilmu dari kalam Allah SWT.


Ustazah Asma’ Harun Sebak

Setinggi penghargaan dan terima kasih buat semua termasuk para guru dan pihak AKMAL, juga kalian yang selama ini turut mendoakan. Mudah-mudahan.. kemanisan yang kami rasai saat ini akan turut dirasai oleh semua ibu bapa di luar sana.

Selepas lima tahun melebarkan perjuangan dan amanah murni melahirkan Hafiz 30 Juzuk Al-Quran dan Syahadah, Akademi Al Quran Amalilllah atau AKMAL menambah lagi lima cawangan baharu tidak lama lagi.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan akademi itu sebanyak 10 dan secara tuntasnya memperbanyakkan lagi ruang dan peluang melahirkan ‘fast track’ tahfiz dalam tempoh kurang setahun.

Baca Di Sini:

‘Pernah Tular Dibaham Kera.’ Wanita Ini Berjaya Genggam Ijazah Perubatan Al-Azhar, Sekarang Bergelar Doktor Al-Hafizah

Raikan Kejayaan Anak Tersayang

Sehingga kini akademi terbabit yang beribu pejabat di Marang, Terengganu turut memiliki cawangan di Bukit Beruntung, Batu Pahat, Shah Alam dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Pengerusi AKMAL, Senator Tuan Haji Hussin Ismail, pihaknya terus berdaya saing dan optimis menerusi penambahan lima lagi cawangan baharu.


“Lima cawangan baharu yang akan dibuka ialah di Seremban (Negeri Sembilan), Sungai Petani (Kedah), Kuala Kangsar (Perak), Kelantan dan Kuantan (Pahang).

“Usaha kita untuk terus melebar dan mengembangkan pengaruh AKMAL takkan pernah berhenti. Semua ini jihad dan harap ia dipermudahkan sentiasa,” katanya ketika berlangsungnya acara Majlis Haflah Takrimiyah Graduasi AKMAL 4.0 tanggal 5 Jun lalu di Pusat Konvesyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Pengerusi AKMAL, Senator Tuan Haji Hussin Ismail.

Majlis Haflah Takrimiyah Graduasi 4.0

Majlis yang dihadiri 2000 tetamu itu turut dirasmikan oleh Mantan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Tan Sri Dato Seri Abdul Hadi Awang mantan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan diserikan kehadiran barisan Exco Agama Kerajaan Negeri Terengganu.

“Majlis Haflah Takrimiyah Graduasi 4.0 ini menyaksikan 140 orang pelajar tamat pengajian dengan cemerlang termasuk sembilan daripadanya bergelar Syahadah.

“Kita turut bangga salah seorang pelajar yang diraikan iaitu Tengku Maisarah yang juga anakanda kepada pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun dan suami, Ustaz Tengku Fadzli.

“Puteri ketiganya itu menjadi Hafizah Al-Quran dalam tempoh tujuh bulan di AKMAL. Kejayaannya dan semua amat membanggakan kami dan tentunya keluarga mereka,” katanya.

Hussin dalam pada itu turut mempelawa lebih ramai lagi anak muda untuk menyertai AKMAL.


‘Terus Beramal Dengan Al-Quran’ – Hadi Awang.

Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya di Facebook rasmi menyingkap semula ucapan yang diberikan ketika majlis berlangsung.

“Dalam ucapan, saya menyebut Al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada seluruh manusia. Al-Quran menerangkan semua ilmu yang ada dalam kehidupan manusia sama ada ilmu wahyu atau ilmu dunia.

“Apa yang penting ialah kita mesti memahami bagaimana menjadi al-Quran sebagai petunjuk dalam kehidupan manusia.

“Menjadi kewajipan untuk mendalami ilmu selepas daripada kejayaan untuk menghafal Al-Quran dan disambung pengajian ilmu itu dalam pelbagai bidang.


“Pelajar yang menghafal Al-Quran didapati lebih mudah untuk memahami ilmu lain tidak kira dalam mana-mana lapangan. Atas dasar tersebut, kita mesti terus beramal dengan Al-Quran. Barangsiapa yang beramal dengan ilmu yang Tuhan berikan kepadanya, Tuhan tambahkan lagi ilmunya,” kongsinya lagi.


Kashoorga: Tahniah Ustazah Asma’ dan suami atas kejayaan anakandanya.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat