Sebagai hambaNya kita hanya mampu merancang dan Tuhan juga yang menentukan. Siapa sangka niat remaja lelaki ini untuk menjadi Imam bagi menyempurnakan solat hajat untuk calon yang mengambil peperiksaan SPM dan PT3 lalu tidak kesampaian.
Dia dijemput oleh Tuhan dalam satu kemalangan langgar lari semasa dalam perjalanan balik daripada menggunting rambut.
Arwah Muhammad Syah Luqman Sharir telah meninggal dunia sehari sebelum majlis graduasi yang sepatutnya diraikan bersama teman-temannya yang lain.
Dan bagi menghargai persahabatan yang terjalin erat, sekumpulan pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Medini Nusajaya telah muat naik sebuah video di Youtube memaparkan tribute khas buat rakan kesayangan mereka ini.
Majls yang sepatutnya diraikan penuh kegembiraan tetapi akhirnya bertukar menjadi satu momen yang begitu menyentuh hati.
Klip video ditayangkan di skrin memaparkan foto kenangan bersama arwah sepanjang persahabatan mereka terjalin hingga mengundang sebak rakan-rakan lain.
Malah bagi menghormati pemergian arwah segala persembahan yang dirancang telah dibatalkan dan digantikan dengan nyanyian lagu ‘Hanya Rindu’ dari Andmesh Kamaleng.
Bukan sahaja rakan arwah yang dilihat mengeluarkan air mata, tetapi juga para guru serta ibu bapa yang hadir ke majlis graduasi ini berasa sedih dengan kehilangan arwah.
Malah rata-rata dalam ruangan komen, arwah disifatkan sebagai seorang rakan dunia akhirat yang baik. Malah ada menyifatkan persahabatan dibina berdasarkan kasih sayang bukan sebab lain.
SUMBER: YOUTUBE LINA AMYN