Halal bagi suami isteri nak bermanja di tempat tertutup, tapi haram bila ditayang-tayang secara terbuka kepada umum. Atas niat apa sekalipun, matlamat tidak menghalalkan cara.
Apa lagi tidak merasa bersalah dengan keterlanjuran perbuatan sebaliknya merasa bangga kerana bilangan pengikut semakin bertambah setelah video intim tersebut dimuatnaik di media sosial.
Sebenarnya, pasangan suami dan isteri bebas melakukan apa saja selagi tidak bertentangan dengan agama. Namun haram bila perbuatan tersebut dibuat secara terbuka dan ditayang kepada publik.
Ikuti teguran PU Syed ekoran viral sebuah video intim pasangan selebriti beberapa hari ini. Semoga teguran ini membuka mata kita semua.
Artikel Berkaitan:
Suami Isteri Nak Bermanja
Ada artis dengan bangga menyatakan followersnya bertambah setelah video intimnya dengan suami menjadi viral?
Pasangan suami dan isteri boleh melakukan apa sahaja, melainkan sesuatu perbuatan yang dilarang Allah, namun perbuatan merakam aksi intim bersama pasangan dan dikongsikan dengan bangganya kepada netizen itu adalah satu pelanggaran kepada hukum! Ianya boleh disebut juga sebagai mujaharah dengan maksiat.
Di Tempat Tertutup Memang Halal
Perbuatan mujaharah dengan maksiat iaitu melakukan maksiat secara terang-terangan adalah di antara dosa besar yang dicegah dalam agama.
Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ
Maksudnya:
Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin. Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam.
Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya:
‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.
Riwayat Imam Al-Bukhari (606)
Tapi Haram
Golongan al-mujaahiruun ini terbahagi kepada dua bahagian seperti berikut:
Pertama: Seseorang itu melakukan maksiat dan dia melakukannya secara terbuka.
Ini adalah mereka yang melakukan maksiat secara terang-terangan di hadapan orang ramai dan mereka melihat ke arahnya, maka dalam kes ini dia dianggap melakukan kezaliman ke atas dirinya sendiri atas maksiat yang dilakukan.
Begitu juga dia melakukan dosa ke atas orang lain kerana menjadi faktor orang lain turut mengikut maksiat yang dia lakukan.
Kedua: Seseorang yang melakukan dosa secara sembunyi. Kemudian dia pergi menceritakan dosa yang telah dilakukan kepada orang lain.
Bila Ditayang-Tayang Secara Terbuka
Buat artis tersebut, tidak perlu berbangga bertambahnya followers kerana ianya bukan indikator bahawa perbuatan kamu itu bagus dan baik kepada masyarakat.
Bahkan kamu telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat dan ini adalah sebesar-besar musibah kepada umat.
Tak cukupkah lagi maksiat sentuh-menyentuh dalam lakonan kononnya dengan izin suami itu. Kini kamu tambah lagi dengan perbuatan menyalahi adat dan agama pula.
Baca Di Sini:
Haram Lakukan Hubungan Intim Selepas Lafaz Cerai, Walaupun Belum Disahkan Di Mahkamah!
Tiga Waktu Terbaik Lakukan Hubungan Intim Menurut Islam, Surah An-Nur Ayat 58 Ceritakan Rahsia Ini
Kashoorga: Semoga Allah melindungi kita semua daripada berbuat kemungkaran.
Sumber: PU Syed
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI