Siapa tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah yang ‘datang’ dengan ‘pakej dakwah’ yang lembut dan berhemah ketika menyampaikan sesi dakwahnya. Pendekatan dakwah Ustaz Ebit Lew menjadikan ramai orang terbuka hati untuk menerima dakwah yang cuba disampaikannya.
Menjadikan sosial media seperti Instagram miliknya sebagai medium untuk menyampaikan dakwah secara ‘halus,’ nyata usaha dan pendekatannya telah berjaya ‘mencuri’ hati golongan sasaran setiap kali Ustaz Ebit Lew turun padang untuk menjalankan ‘street dakwah.’
Antara yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew ialah usahanya mendekati golongan LGBT. Tidak menggunakan cara langsung atau ‘straight forward,’ Ustaz Ebit Lew lebih memilih untuk menerapkan pendekatan cara ‘halus’ bagi menarik golongan ini dalam usaha mendekati golongan ini secara ‘berhemah’ dalam usaha menyampaikan dakwahnya.
Ustaz Ebit Lew percaya bahawa hanya dengan cara ‘halus’ itu dia mampu mendekati golongan ini agar mereka mahu menerima dakwah yang cuba disampaikannya.
Kerap berkongsi aktiviti dakwah di laman Instagram miliknya, usaha murni Ustaz Ebit Lew ini amatlah dipuji.
“Maknyah..malam tadi dapat jumpa ramai maknyah..mereka semua baik dengar nasihat. Masa mula cerita pasal mak.ayah masing-masing sebak. Jika duduk dekat situ nampak mata mereka semua bergenang walau berbual santai.
“Kita semua sama-sama dahagakan kebaikan dan dekat diri pada Allah.Saya percaya kebesaran Allah itu ubat bagi segala hati..Doakan saya yang belum tahu nasib akhir saya nanti..Doakan nanti teringin nak bawa mereka semua 3 hari belajar santai iman amal dan muhasabah diri. Pohon doa semua yer..semoga jadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew
Rata-rata netizen memuji usaha Ustaz Ebit Lew mendekati golongan ini kerana percaya hanya dengan cara inilah moga mereka diberikan hidayah untuk kembali ke pangkal jalan.
SEMOGA TERDETIK KESEDARAN DALAM DIRI MEREKA…ALHAMDULILLAH SEMOGA SEMUANYA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH
SEBENARNYA GOLONGAN-GOLONGAN SEPERTI MEREKA INI PERLU DIBERIKAN PERHATIAN….
SALUTE TO USTAZ EBIT LEW…JARANG SEKALI PENDAKWAH YANG MAHU BERDAKWAH PADA GOLONGAN INI….