Kehadiran anak dianggap sebagai penyeri dalam kehidupan berumahtangga. Lebih-lebih lagi jika baru berkahwin sudah disahkan hamil.
Pastinya berita itu akan menggembirakan pasangan dan juga seisi keluarga. Namun begitu, bagaimana pula perasaan bagi yang belum lagi dikurnia anak.
Pastinya pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan untu menimang cahaya mata.
Gambar sekadar hiasan.
Pelbagai cara dilakukan sama ada kaedah tradisional atau rawatan moden. Salah satu perkongsian di laman sosial tiga tahun dulu oleh seorang pengguna Facebook Nurul Balqis yang menggunakan petua tertentu sehingga disahkan hamil setelah dua tahun berkahwin.
Ayuh, ikuti perkongsian ini dan boleh dijadikan panduan bagi pasangan yang masih belum mempunyai anak walaupun setelah lama berkahwin.
PETUA YANG QIS AMALKAN SEHINGGA BERJAYA HAMIL.
Selamat petang semua. Qis ada janji ngan korang untuk share petua dan cara yang Qis amalkan sehingga berjaya dapatkan zuriat setelah 2tahun mendirikan rumah tangga. Harini Qis akan kongsikan petua yang Qis amalkan.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t setelah 2 tahun Qis dan suami usaha untuk mendapatkan zuriat, akhirnya kami berjaya. Tempoh 2tahun mungkin sekejap bagi mereka yang ambil masa lebih lama dari kami. Tapi bagi kami, dua tahun tu tempoh yang lama untuk menunggu kehadiran roh dalam rahim ini.
Jom baca perkongsian Qis, InshaAllah dengan izin Allah s.w.t awak semua yang masih tertunggu-tunggu juga akan berjaya. Yang penting kita percaya dengan rezeki-Nya. InshaAllah. Qis berani kongsi, kerana petua ni betul-betul berjaya dan sesuai dengan mereka yang mempunyai masalah sama seperti Qis.
Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada korang yang senasib seperti kami untuk teruskan berjuang tanpa mengalah. Chewahh. Hehe
Selepas setahun kami berkahwin, Qis dan suami membuat keputusan untuk berusaha mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara kami lakukan, makan suplemen, pergi mengurut dengan 3orang bidan, makan acid folic, ubat moden, ubat tradisional semua kami dah ambil. Namun, tetap juga tak berjaya. Masalah Qis tetap tak berubah. Setahun hanya dua kali dapat merasa datangnya darah haid. Akhirnya, kami pergi ke klinik untuk berjumpa doktor dan mendapatkan nasihat dari yang pakar. Kata-kata doktor amat menyedihkan dan menghampakan kami. Doktor ada bagitahu, masalah macam Qis ni memang susah nak dapatkan zuriat kalau tak dirawat.
Pada tahun kedua, kami menerima berita gembira. Kawan baik Qis, yang senasib dengan Qis memberitahu yang dia dah berjaya hamil hanya sebulan mengamalkan minum air rebusan buah zuriat. Dan dia suggestkan kat Qis untuk usaha benda yang sama. Kebetulan pula, kawan Qis ada pergi ke Mekah dan sudi carikan Qis buah zuriat dekat sana. Alhamdulillah.
Apa buah zuriat ni? Apa kelebihannya? Ada juga yang panggil buah zuriat ni, buah Adam dan Hawa. Buah ni, pokoknya dekat Mekah dan Madinah (tanah arab) sangat banyak. Kelebihan buah zuriat ni pula:-
-Merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita.
-Menambah kepekatan air mani lelaki, menguatkan dinding rahim wanita. Sangat sesuai untuk wanita yang pernah keguguran, mandul, dan tidak pernah mempunyai zuriat lagi.
-Mengaktifkan sel darah yang baru, muda dan hormon yang subur tanpa menjejaskan sel-sel lama.
Ads
Alhamdulillah, dengan izinNya setalah sebulan Qis amalkan minum air rebusan buah zuriat ni, Qis juga telah berjaya hamil pada bulan seterusnya. Bagaimana cara nak amalkan, cara nak rebus, cara nak kopek buah yang terlalu keras ni. Qis ada terangkan dekat setiap gambar dekat bawah ni
Semoga pasangan yang senasib dengan kami juga berjaya merasa saat-saat yang dinantikan ini. Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa doakan kami. Sekarang kandungan Qis dan cecah 4bulan. Doakan kandungan Qis sihat dan selamat sehingga dia keluar ye
Cuma pesan Qis satu je, Jangan mudah mengalah & teruskan usaha. Allah menduga hambanya kerana Allah tahu hambanya kuat menghadapi dugaan itu.
Kawan-kawan boleh la share petua ni, agar ramai yang senasib dengan Qis dan kita sama-sama merasakan peluang ini. Qis doakan korang juga dapat merasakan saat-saat indah ini
Qis izinkan awak semua share post ni. Terima kasih
Beginila rupa buah zuriat sebelum dibuang kulitnya. Ya Allah kulitnya, tersangatlah keras dan memerlukan kesabaran untuk mengambil isinya kat dalam. Siapa yang kena buat semua ni? Mestila suami kita. Hehe *mesti guna 2biji ye.
Nampak macam senangkan? Suami qis siap guna tukul dan ulu lesung lagi. Habis berpeluh satu badan nak siapkan ni. Hehe.
Ads
Mula-mula buang dulu lapisan pertama. Kopek kulitnya yang paling luar.
Sehingga keluar tempurungnya. Tempurung buah zuriat ni, sangat keras tau. Tempurungnya sama dangan tempurung kelapa, tapi ni lagi keras dari tempurung kelapa.
Setelah itu, pecahkan tempurungnya. Ambil isi dalam sahaja.
Tadaaaa ni la isi buah zuriat tu.
Ads
Kemudian belah dua macam ni.
Selepas tu, belah lagi kecil-kecil macam ni.
Masukkan tiga cawan air dan rebus sehingga airnya jadi kekuningan macam air teh seperti dalam gambar kat atas tu
Rebus sampai agak-agak kita akan dapat dua cawan air.
Buah tu jangan buang, kita simpan je dalam periuk tu dan guna lagi untuk esok dan esok dan esok sampailah air die dah jernih. Nanti baru ganti dengan buah yang baru. Tapi qis dapat guna dua biji ni sehingga sebulan tau
Haaa dah siap, dah boleh minum. Waktu bila kita patut minum. Sebenarnya tak kisah pon waktu bila-bila. Yang penting mesti konsisten minum setiap hari pada waktu yang sama.
Suami isteri dua-dua kena minum. Macam Qis, qis minum selepas isyak tiap-tiap malam sehingga sebulan.
Satu lagi sebelom qis terlupa, minum pada hari pertama period ye.
Alhamdulillah, hanya sebulan sahaja. Ada juga pasangan yang amalkan ni sampai 2bulan dan 3bulan. Atas rezeki masing-masing
Sumber gambar dari Encik google, Qis tak sempat nak snap pic sendiri. Hehe. Semoga bermanfaat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Dia habiskan seumur hidup untuk kami.’ Anak buat kejutan jadi juruterbang bawa ibu tunaikan haji. Bahagia seorang ibu apabila anak yang dibesarkan berjaya.
Begitulah kasih ibu, tidak pernah berkira dalam membesarkan anak-anak asalkan suatu hari anaknya menjadi insan yang berjaya.
Ternyata penat lelahnya selama ini terbalas bila sang anak membuat kejutan apabila menjadi juruterbang dan membawa dia ke Tanah Suci.
“Dia menghabiskan seumur hidupnya untuk kami dan ini adalah antara impiannya untuk terbang bersama saya pada suatu hari nanti,” kata seorang juruterbang, Abdallah Bahey, 31, apabila videonya tular di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian videonya, Abdallah dilihat membuat kejutan dengan menyambut ketibaan ibunya di dalam pesawat yang dipandunya menuju ke Makkah untuk menunaikan haji.
Menurut Abdallah, dia bersama rakan-rakannya mengatur kejutan berkenaan tanpa memberitahu ibunya sebelum dia keluar bekerja pada pagi itu.
Momen itu paling tepat dan penuh bermakna apabila hasrat untuk melakukan perkara itu kerana sebelum ini hanya bertugas sebagai pembantu juruterbang di EgyptAir.
“Seperti biasa saya memakai pakaian seragam kerja dan pada hari itu meninggalkan rumah bersama-sama ibu ke lapangan terbang untuk ke Tanah Suci.
“Saya tidak menyatakan perkara sebenar, hanya cakap akan menghantar ibu di lapangan terbang kerana perlu menyertai kru penerbangan EgyptAir ke Kuwait.
Anak Buat Kejutan Jadi Juruterbang
“Bagaimanapun, sebaik saja ibu melihat saya menyambutnya di pintu pesawat, dia kelihatan terkejut seolah-olah tidak menyangka saya berada dalam kapal terbang yang sama,” katanya.
Abdallah yang sebelum ini bertugas sebagai pembantu juruterbang membuat kejutan kepada ibunya bahawa dia kini sudah menjadi juruterbang sepenuhnya dan menerbangkan pesawat itu menuju ke Tanah Suci.
“Inilah impian pertama saya iaitu untuk menjadi juruterbang dan berjaya tercapai dalam tempoh 10 tahun, keduanya ialah ingin membawa ibu menunaikan haji,” katanya.
Bawa Ibu Tunaikan Haji
Abdallah ialah tamat pengajian di Kolej Penerbangan pada tahun 2012 dan menyertai EgyptAir pada 2022.
Sementara itu, ibunya, Amal Shawky, 57, kelihatan tergamam seketika sebaik melihat Abdallah menyambut di pintu masuk kapal terbang berkenaan.
Kedua-dua beranak itu kelihatan berpelukan dan ibunya menitiskan air mata yang disifatkan air mata kegembiraan. – AGENSI
Alangkah bertuah seseorang itu jika dikejutkan oleh Allah di tengah malam daripada tidur yang lena.
Jangan marah jika dikejutkan kerana ada hikmah tertentu yang Allah berikan. Dan salah satunya adalah supaya mengingatiNya dengan mengerjakan solat sunat Tahajud.
Namun ada antara kita yag tidak tahu cara terbaik untuk mengerjakan Solat Tahajjud ini. Dalam perkongsian di laman sosial Facebook Majlis Ilmu memberitahu cara untuk melakukan Solat Tahajjud ini.
Ada cara tertentu dan paling penting jangan buat laju-laku dan diakhiri dengan melakukan solat witir.
Boleh juga dapatkan barangan keperluan solat di sini
Gambar sekadar hiasan.
MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD
1. Waktu ikutlah kesesuaian kita. Jika ingin menunaikannya sekitar 4.00 pagi pun boleh dan waktunya hinggalah sebelum subuh.
2. Niat di dalam hati “aku melakukan solat sunat tahajud kerana ALLAH” .
3. Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam .Terpulang kepada kemampuan masing-masing sama ada nak buat 2, 4, 6 atau 8 atau semampunya. Untuk permulaan 2 rakaat sudah memadai.
4. Tidak terkhusus dengan mana-mana surah, ikut hafalan masing-masing. Kalau tak mampu baca quran dan surah yg hanya mampu dihafal itu cuma surah Al-Ikhlas , “Qulhuallah hu ahad…” maka silakan baca surah yg sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.
5.Jadi lamakan sujud dan mintak doa kepada Allah apa saja yang kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dalam bahasa apa yang kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu.
6.Jangan solat laju-laju dan yang penting buat setenang-tenangnya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dengan istighfar dan mana-mana zikir yg kita hafal.
7.Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belum dibuat selepas isyak. Kalau sudah solat witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas tahajud. Semoga memberi manfaat. Aaminn SENANGKAN…?
Kredit Kuliah Studios
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sudah beberapa hari pelakon Ashraf Sinclair pergi menemui Illahi akibat sakit jantung.
Dia telah meninggalkan cinta hatinya, isteri tersayang Bunga Citra Lestari dan anak tunggal mereka, Noah Sinclair.
Sehingga hari ini masih ramai yang bercerita kisah cinta pasangan ini yang dianggap sangat bahagia dan romantik hingga maut yang memisahkan.
Pasangan bahagia.
Pasangan ini mula mendirikan rumahtangga pada 8 November 2008 dan sejak itu bunga-bunga cinta melakari hidup pasangan ini.
Ternyata perkahwinan yang dibina atas dasar cinta sama cinta gara-gara Ashraf tersilap memanggil nama Bunga dalam satu show dilayari dengan penuh bahagia tanpa ada sebarang kontroversi selama 11 tahun hidup bersama.
Hal ini diakui sendiri oleh Bunga yang menurutnya kehidupan rumahtangga sama sahaja seperti pasangan suami isteri lain.
11 tahun hidup bersama.
“Kami sama-sama berjuang seperti pasangan suami isteri yang lain. Kami juga pasti pernah bermasalah dan kami juga ada detik-detik gembira,” ujar Bunga ketika ditanya wartawan tahun lepas.
Malah dia juga turut mendedahkan salah satu tip supaya rumahtangga dibina menjadi lebih harmoni seperti dirinya dan arwah.
“Dari awal prinsip saya dan Ashraf adalah pada dasarnya iaitu kami haru saling jujur dengan satu sama lain, adakah kami masih ingin berjuang bersama-sama atau tidak. Kalau tidak tak mengapa, kami boleh jadi kawan.
Dalam pada itu, Bunga turut memberitau bahawa perasaan saling mencintai itu adalah salah satu asas rumahtangga dibina.
“Kami juga ada berjanji untuk janga pernah bertahan dalam hubungan just because of anak. Jadi kami perlu saling cinta mencintai. takkan ada masalah untuk seorang anak jika ibu bapanya bercerai, kami masih boleh membahagiakan anak, tapi mungkin dengan cara yang berbeza, mungkin tidak perfect.
Saat diijabkabulkan.
Dalam pada itu, dalam bicaranya juga Bunga tidak dapat membayangkan kehidupannya tanpa suami tercinta itu nanti.
“Sehingga hari ini saya tidak dapat membayangkan hidup saya tanpa Ashraf. Jadi mudah-mudahan kami berdua terus diberi kekuatan untuk boleh terus mencintai antara satu sama lain sampai bila-bila.
Walaupun kenangan cinta mereka kini hanya tinggal kenangan, tetapi kisah cinta pasangan ini sangat berinspirasi untuk kita jadikan panduan dalam melayari kehidupan berumahtangga.
Malah lagu nyanyian Bunga Citra Lestari berjudul Wanita Terbahagia yang dikhaskan buat suaminya itu turut menggambarkan betapa sempurnanya kehidupan mereka sekeluarga.
Dan kini lagu yang berirama rancak itu juga dikatakan kini menjadi lagu paling sedih menurut netizen.
Hanya maut memisahkan cinta sejati mereka.
Memang benar kita perlu saling percaya dan saling cintai mencintai pasangan kita agar kehangatan kasih sayang terus membara hingga ke akhir hayat.
Namun siapa kita menolak takdir Tuhan, kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan juga yang menentukan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...