Hanya Buat Akad Nikah Tanpa Majlis Kenduri, Apakah Hukumnya?

Share

SOALAN: Saya akan bernikah dengan seorang lelaki pada hujung tahun ini. Namun saya tidak mampu untuk melakukan kenduri. Apakah hukumnya seseorang yang bernikah tanpa membuat sebarang kenduri?

JAWAPAN:

Berkahwin merupakan sesuatu yang harus. Mengisytiharkan perkahwinan pula adalah sunat bagi mengelakkan prasangka buruk masyarakat. Melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka atau fitnah adalah berdosa.

Justeru jika suami isteri yang tidak mengisytiharkan perkahwinan mereka tinggal serumah, tentulah perbuatan ini dipandang serong. Ia dikira berdosa kerana menyebabkan timbulnya fitnah.

Ada beberapa cara untuk mengumumkan perkahwinan mengikut keselesaan masing-masing.

Antaranya:

1. Melalui medium media sosial seperti Facebook dan juga Instagram.
2. Melalui jamuan makan kecil.
3. Memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan melalui ziarah menziarahi.

Namun adalah lebih bermakna jika diadakan kenduri. Perlu diingatkan bahawa kenduri tidaklah semestinya besar.

Apa yang penting ia mencapai hasrat perisytiharan sesebuah perkahwinan. Ijab kabul hanya dengan “Aku Terima Nikahnya…”

 

Published by
Siti Zurina