
SOALAN: Saya akan bernikah dengan seorang lelaki pada hujung tahun ini. Namun saya tidak mampu untuk melakukan kenduri. Apakah hukumnya seseorang yang bernikah tanpa membuat sebarang kenduri?
JAWAPAN: Berkahwin merupakan sesuatu yang harus. Mengisytiharkan perkahwinan pula adalah sunat bagi mengelakkan prasangka buruk masyarakat. Melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka atau fitnah adalah berdosa. Justeru jika suami isteri yang tidak mengisytiharkan perkahwinan mereka tinggal serumah, tentulah perbuatan ini dipandang serong. Ia dikira berdosa kerana menyebabkan timbulnya fitnah.
Ada beberapa cara untuk mengumumkan perkahwinan mengikut keselesaan masing-masing.
Antaranya:
1. Melalui medium media sosial seperti Facebook dan juga Instagram.
2. Melalui jamuan makan kecil.
3. Memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan melalui ziarah menziarahi.
Namun adalah lebih bermakna jika diadakan kenduri. Perlu diingatkan bahawa kenduri tidaklah semestinya besar. Apa yang penting ia mencapai hasrat perisytiharan sesebuah perkahwinan. Ijab kabul hanya dengan “Aku Terima Nikahnya…”

VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Setahun Pemergian Siti Sarah. ‘Shuib Mengingati Arwah Tanpa Gagal, Setiap Hari.’

Isi Kandungan
ToggleSetahun pemergian Siti Sarah. ‘Shuib mengingati arwah tanpa gagal, setiap hari.’ Benarlah rindu yang paling sakit, adalah rindu pada yang tiada. Begitulah yang dilalui oleh pelawak popular, Shuib Sepahtu, 38, selepas kematian isterinya.
Kehilangan Siti Sarah bukan hanya dirasai oleh suami, anak-anak dan keluarganya, malah seluruh negara turut dilanda pilu dengan kehilangannya.
Artikel Berkaitan: Dikebumi Sebelah Pasangan, Shuib Akui Tak Berpeluang Kerana Ruang Kubur Sarah Penuh
Setahun Pemergian Siti Sarah
Setahun pemergian Siti Sarah, Shuib berhasrat untuk mengubah suai kediaman yang didiami sejak empat tahun lalu tetapi terpaksa dibatalkan selepas didatangi mimpi isterinya. Allahyarham Siti Sarah Raissuddin seakan tidak bersetuju dengan keputusannya
Jelas Shuib, dia berhasrat mengubah suai kediaman bagi memberi suasana baharu selepas enam bulan pemergian penyanyi lagu Kesetiaan itu akibat pandemik COVID-19, tahun lalu.
Malah, kata Shuib, dia juga sudah berbincang dengan pereka dalaman untuk majlis tahlil setahun pemergian arwah isteri yang tercinta itu.
Shuib Mengingati Arwah
“Namun, saya lupakan hasrat ubah suai kediaman, bulan lalu selepas didatangi mimpi sedih seolah-olah arwah tidak merestui keputusan ini.
“Saya bermimpi masuk ke kediaman baharu dan tercari-cari arwah, namun, dia tiada. Ketika itu, barulah saya sedar arwah sudah meninggal dunia,” katanya.
Tambah anggota kumpulan Sepahtu itu, dia masih menyimpan barangan peribadi milik arwah untuk dijadikan kenangan, termasuk baju terakhir dipakai sebelum dibawa ke hospital, setahun lalu.
“Baju terakhir dipakai arwah masih saya simpan dengan elok. Itulah yang menjadi pengubat rindu saya pada arwah,” katanya.
Tanpa Gagal
Malah jelas Shuib, mengenangkan arwah adalah perasaan terlalu mahal harganya.
“Sepanjang 38 tahun hidup, belum pernah saya mengingati sesuatu, setiap hari seperti saya mengingati arwah yang menjadi korban COVID-19 pada 9 Ogos, tahun lalu.
“Saya tak tahu bagaimana nak menterjemahkan perasaan ini. Sudah tentu, saya masih sedih atas kehilangan arwah, lebih lagi, apabila tiba tarikh penting seperti hari ini.
“Perasaan kehilangan kian terasa. Saya sudah banyak kali ulang ayat ini iaitu saya mengingati arwah tanpa gagal, setiap hari. Bagi saya, mengingati arwah adalah perkara sangat manis.
“Saya juga tertanya-tanya apakah semua ini. Dan jarang berlaku pada seseorang, tetapi saya percaya mengingati arwah cukup mahal nilainya,” katanya yang ditemui pada majlis tahlil sempena setahun pemergian arwah Siti Sarah di kediamannya.
Baca Di Sini :
Setiap Hari
Tambah Shuib lagi, dia tetap merasakan arwah masih hidup biarpun sudah setahun pemergiannya. Lebih lagi, jika melihat video yang dimuat naik dalam Instagram (IG) arwah.
“Contohnya, admin IG memuat naik video arwah memakai telekung, baru-baru ini. Ketika melihatkan video ini, saya sangat terkejut kerana seolah-olah arwah sendiri memuat naik video ini.
“Namun, akhirnya saya tersedar arwah sudah tidak ada, tetapi videonya seolah-olah masih hidup.

“Sebelum ini, arwah selalu merajuk jika saya tidak lihat IG Story. Arwah selalu anggap, saya hanya melihat IG Story orang lain, tetapi tidak tengok IG Story miliknya.
“Namun, kini semua hanya tinggal kenangan,” kata Shuib.
Emosi Anak Terkawal
Berkongsi mengenai anak-anak, kata Shuib, emosi empat permata hatinya, Uwais Alqarmi, 11; Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 1, masih terkawal.
“Alhamdulillah, anak-anak sihat dan emosi juga terkawal. Semua semakin pandai dan senang dijaga.
“Ayash semakin sihat. Kini, Mama menjaganya di kampung halaman saya di Johor. Selang dua atau tiga minggu, saya akan menghantar orang untuk mengambil Mama dan Ayash.
“Mujurlah teknologi semakin canggih, jadi saya senang berhubung dengan Mama, setiap hari untuk mengetahui keadaan Ayash,” katanya.
Terdahulu arwah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas tiga hari melahirkan anak bongsu, Ayash.
Sumber : Berita Harian Online
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kenduri Kahwin Yang Bagaimanakah Mendapat Berkat Dan Dirahmati Allah

Majlis perkahwinan yang dirahmati ialah yang dilakukan mengikut kesanggupan dan kemampuan masing-masing. Majlis kahwin atau walimah ini diadakan sempena kesyukuran dan rasa gembira atas berlangsungnya perkahwinan itu.
Majlis ini hendaklah dijalankan dalam keadaan yang mendatangkan rahmat dan berkat daripada Allah. Antara perkara yang mendatangkan keberkatan dalam sesuatu majlis itu ialah:
*Tiada percampuran antara lelaki dengan wanita yang boleh mendatangkan fitnah.
*Kenduri yang diadakan jangan sampai membazir. Memadailah dengan apa yang termampu.
*Jangan hanya menjemput orang berada dan melupakan yang miskin.
Sabda Rasulullah SAW:
“Seburuk-buruk makanan ialah makanan kenduri kahwin yang diundang orang kaya dan dibiarkan orang-orang miskin.”-Riwayat al-Bukhari

*Selain itu tuan rumah hendaklah memastikan tetamu yang hadir tidak meninggalkan solat hanya kerana menghadiri majlis perkahwinan.
*Jangan pula majlis perkahwinan itu dicemari dengan perkara-perkara maksiat seperti tari menari yang diiringi muzik kononnya untuk meraikan pengantin.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Elak Berdebar Ketika Akad Nikah, Boleh Cuba 10 Tip Ini Kalau Tak Nak Ulang Banyak Kali

Pengalaman kali pertama duduk di atas tilam kecil untuk akad nikah memang dikatakan sebagai momen mendebarkan jiwa. Berdebar menghadap Tok Kadi dan wali pengantin perempuan satu hal.
Tambah berdebar apabila ramainya manusia yang duduk menyaksikan momen akad nikah itu. Semua mata bertumpu pada anda sebagai pengantin lelaki.
Degupan jantung jadi laju. Dahi berpeluh. Kalau tak kena gaya, berkali-kali lafaz akad nikah disuruh ulang supaya sebutannya jelas.
Justeru untuk menghilangkan kegugupan, boleh cuba tip ini:
1) Banyakkan Latihan
Lafaz akad nikah sudah diketahui apa yang bakal disebut nanti. Jadi cuba buat latihan dengan orang terdekat misalnya adik atau abang. Ulang berkali-kali sehingga anda fasih akan susunan ayatnya.
2) Buat Persedian Rapi
Sebelum bersalam dan goncang tangan untuk lafaz akad nikah, selalunya jurunikah akan meminta pengantin memberikan dokumen kebenaran nikah termasuklah kad pengenalan. Siap-siapkan segala dokumen yang diperlukan dengan rapi dan letak di tempat yang mudah untuk anda ambil. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menambah kegugupan anda. Kalau takde penyakit cepat gugup tak apa juga.
3) Betulkan Mind Set
Apabila rasa gugup datang, memang boleh berpeluh dibuatnya. Sediakan tuala kecil untuk mengelap peluh. Positifkan pemikiran dan diri anda. Anggap ini hanya satu hal yang simple sahaja. Bukannya susah. Kalau anda fikir ianya mudah, maka mudahlah jadinya. Betulkan mind set anda.
4) Tenang
Jangan kelam-kabut. Sila tenangkan diri anda. Jika perlu, sediakan sebotol air mineral untuk anda teguk sesekali sementara menunggu jurunikah dan memulakan proses akad nikah.
5) Jaga Pernafasan
Perasaan gemuruh sangat berkait rapat dengan cara anda bernafas. Darah gemuruh menyebabkan nafas menjadi pendek-pendek dan laju. Rileks bro. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan perlahan-lahan. Ini membantu melegakan perasaan.
6) Pakai singlet atau kemeja-T nipis di dalam
Baju pengantin selalunya dibuat daripada fabrik yang tidak serap peluh. Justeru usah lupa menyarung singlet atau kemeja-T nipis di dalam baju pengantin untuk menyerap peluh. Pakaian selesa membantu anda lebih tenang.

7) Jangan Banyak Bergerak
Sebagai pengantin lelaki yang bakal diberi 100 peratus tumpuan ketika akad nikah nanti, memang gemuruh tak dapat dielakkan. Tolong jangan banyak bergerak. Anda ada ramai saudara mara yang boleh membantu melancarkan majlis. Tolong beri tumpuan pada proses akad nikah. Jangan bergerak ke sana sini. Duduk setempat dan fokus. Insya-Allah gemuruh hilang.
8) Semangat!
Walaupun gugup dan gemuruh, semangat perlu ada. Jangan sesekali menjadi begitu takut sehingga menjejaskan emosi. Hei, tak seronok ke nak jadi suami? Jadi, tolong semangat ya.
9) Minum air secukupnya
Air mineral perlu jadi teman baik anda ketika ini. Teguk sesekali jika terasa tekak kering kerana perasaan gugup itu datang.
10) Pastikan Cukup Tidur
Pastikan anda dapat rehat sepenuhnya pada hari sebelum majlis pernikahan. Tidur yang cukup membantu tubuh mendapat stamina dan emosi lebih stabil. Jadi, mudahlah untuk anda melawan rasa gugup pada majlis akad nikah nanti.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI