SOALAN: Saya akan bernikah dengan seorang lelaki pada hujung tahun ini. Namun saya tidak mampu untuk melakukan kenduri. Apakah hukumnya seseorang yang bernikah tanpa membuat sebarang kenduri?
JAWAPAN: Berkahwin merupakan sesuatu yang harus. Mengisytiharkan perkahwinan pula adalah sunat bagi mengelakkan prasangka buruk masyarakat. Melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka atau fitnah adalah berdosa. Justeru jika suami isteri yang tidak mengisytiharkan perkahwinan mereka tinggal serumah, tentulah perbuatan ini dipandang serong. Ia dikira berdosa kerana menyebabkan timbulnya fitnah.
Ada beberapa cara untuk mengumumkan perkahwinan mengikut keselesaan masing-masing.
Ads
Antaranya:
1. Melalui medium media sosial seperti Facebook dan juga Instagram.
2. Melalui jamuan makan kecil.
3. Memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan melalui ziarah menziarahi.
Ads
Namun adalah lebih bermakna jika diadakan kenduri. Perlu diingatkan bahawa kenduri tidaklah semestinya besar. Apa yang penting ia mencapai hasrat perisytiharan sesebuah perkahwinan. Ijab kabul hanya dengan “Aku Terima Nikahnya…”
Ads
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan memang ada suami yang berkira dengan isteri. Dia merasakan tidak perlu memberi wang lebih kepada isteri terutama bagi isteri yang ada duit sendiri kerana isterinya bekerja.
Justeru wang gajinya tidak banyak yang diberikan kepada isteri melainkan untuk membeli barang keperluan dapur. Ingat ya wahai suami, jika anda tidak kedekut kepada isteri maka rezeki anda akan jadi lebih murah.
Sebagai seorang suami, anda perlu menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin kepada isteri. Perkara yang selalu ditekankan ialah mengenai nafkah.
Tidak kiralah sama ada sikit atau banyak, setiap hari anda perlu beri nafkah kepada isteri semampu yang anda boleh. Lazimnya seorang suami akan memberi sejumlah wang misalnya RM500 sebulan kepada isteri.
Suami perlu ingat, wang itu ialah nafkah peribadi untuk kegunaan isteri. Wang itu bukanlah untuk membeli makanan bagi kegunaan seisi keluarga. Ingin diingatkan di sini, seorang suami usahlah kedekut terhadap isteri. Jangan berkira untuk membahagiakan isteri.
Jika isteri suka memasak, belikanlah dia peralatan memasak yang terkini bagi memudahkan dia ‘bersilat’ di dapur. Tak perlulah dia bersusah payah menggunakan kudrat untuk memasak.
Jika dia suka menanam pokok bunga, belikanlah dia benih pokok bunga yang cantik-cantik supaya dia gembira. Tak perlulah dia menebalkan muka meminta benih anak pokok di rumah jiran. Itu sebahagiaan contoh sahaja.
RAIKAN ISTERI
Meraikan isteri bukanlah sekadar pada hari istimewa seperti hari jadi. Sebaliknya raikan isteri pada setiap masa. Misalnya jadilah pendengar yang baik kepada setiap apa yang isteri katakan.
Jangan kedekut untuk jadi pendengar yang baik kepada isteri. Hanya dengan mendengar kata-kata isteri sudah cukup membuat isteri gembira.
BELANJA ISTERI
Sesekali apabila anda ada wang lebih, belikanlah isteri sesuatu yang baru. Lagi-lagi jika isteri anda surirumah. Lihatlah bila kali terakhir dia beli baju baru. Lihatlah bila kali terakhir dia beli kasut baru.
Ada kala isteri tidak suka meminta-minta. Nak beli baju atau kasut baru, isteri tiada gaji sendiri. Nak beli berkira-kira mana nak beli keperluan keluarga. Justeru jika ada wang lebih, belikanlah.
HARGAI ISTERI
Menghargai isteri bukanlah hanya dengan wang ringgit. Melayani isteri dengan baik juga dilihat sebagai penghargaan. Jangan kedekut untuk hargai isteri.
Berikan sedikit masa dan tenaga anda untuknya. Sesekali masakkan isteri juadah kegemarannya. Sesekali tolong isteri buat kerja rumah hingga siap. Lihatlah betapa gembiranya isteri anda. Tidak percaya? Cuba buat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan cinta pandang pertama itu memang sangat indah. Saat sah ikatan suami isteri, mahu saja kita terus mengikat janji untuk sehidup semati till jannah. Namun soal rezeki, jodoh dan maut itu di tangan Tuhan.
Siapalah kita mahu menolak qadak dan qadar yang telah ditentulan olehNya. Kita mengharapkan pasangan kita ini kekal hingga ke akhir hayat, tetapi perlu menerima hakikat jika salah seorang pergi dulu.
Walau bagaimanapun, tidak salah untuk mencari cinta baru bagi peneman di hati tua. Seperti perkongsian seorang jurugambar ini Nash Nasrul melalui laman sosial Facebook di mana dia memberitahu salah seorang kliennya adalah pasangan warga emas.
Dan yang sweetnya, apabila ditanya kenapa mahu berkahwin lagi dalam usia begini, jawapannya buat kita mahu senyum sampai telinga.
Hari ini dalam sejarah. Pengantin lelaki(D) 74 tahun Pengantin perempuan(J) 67 tahun
Bile ditanye mengapa nk kawin, Jawap pengantin lelaki “saya duduk seorang,lama dah…kena ada peneman utk habiskan sisa hidup saya….ceria,bahagiakan saya hingga saya menhembuskan nafas yang terakhir”
Aku nk menitik air mata bile dengar seorang lelaki yg berpangkat atok ckp camtu…kite ni manusia fitrahnye berpasang pasangan…setiap ape yg terjadi ade sbb dan hikmahnye…semoga panjang umor dan jodoh saya doakan kepade pengantin hari ini..amin
Memilih seseorang untuk menjadi pendamping yang sesuai dengan kriteria peribadi masing-masing memang tidak mudah. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menentukan siapa orang yang tepat menemani sepanjang hidupnya kelak.
Namun memilih pasangan merupakan urusan perasaan, sehingga ketika bertemu dengan calon yang sesuai maka seseorang akan mengabaikan hal-hal yang seharusnya menjadi kriteria wajib.
Padahal kriteria ini dapat menentukan baik tidaknya kelangsungan serta keharmonian keluarga yang bakal ‘dibentuk’ kelak.
Dikatakan di sini bahawa seorang lelaki muslim dalam memilih seorang wanita yang baik untuk dijadikan isterinya akan ada 4 faktor yang harus diperhatikan iaitu agama, keturunan, harta, dan kecantikan. Dan ketahuilah bahawa Rasulullah SAW mengharuskan kita untuk memilih agama dan kualitinya terlebih dahulu, baru tiga faktor yang lain menyusul.
Rasulullah SAW bersabda “Wanita itu dinikahi kerana empat faktor iaitu agama keturunan, harta dan kecantikannya. Pilihlah wanita yang baik agamanya. Jika tidak, nescaya engkau akan menjadi orang yang rugi” (HR Bukhari dan Muslim).
DAHULUKAN AGAMA
Hadis ini mengisyaratkan bagaimana memilih jodoh yang baik. Meski Nabi Muhammad SAW mendahulukan harta, nasab, dan kecantikan namun junjungan alam ini dalam akhir hadisnya mengatakan bahawa sebaiknya ‘memenangkan’ mereka yang baik agamanya. Hal ini menandakan bahawa sebenarnya agama merupakan kriteria paling utama
Begitu juga dengan pihak wanita. Wanita dalam menerima pinangan lelaki atau memilih calon pemimpin keluarganya kelak juga harus memperhatikan hal diatas. Ketaqwaan calon suami yang ingin menikahinya harus menjadi pilihan utama.
Dan tentunya sebenarnya seseorang yang datang kepadamu untuk menikahi kamu atau seseorang yang akan kau nikahi merupakan cerminan daripada kamu itu sendiri.
Jadi jika kamu ingin mendapatkan seseorang yang lebih baik daripada seseorang yang telah datang kepadamu, kamu perlu berikhtiar dengan mengubah setiap akhlak untuk lebih baik dan berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan pasangan yang baik agamanya. Yang sanggup membimbing kita kepada syurga Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Batalkan solat kerana anak menangis. Situasi ini mungkin pernah berlaku kalangan ibu yang mempunyai anak kecil.Tapi perlu diketahui bahawa adalah haram membatalkan solat fardu...