Berzikir merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah. Hal ini kerana zikir tidak terbatas pada ruang dan waktu kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa pun. Jika mahu rezeki murah dan lancar maka berzikirlah.

Ketahuilah bahawa zikir juga merupakan medium untuk kita mengingati Allah setiap masa. Lebih afdhal jika zikir itu difahami maksudnya. Zikir yang terbaik adalah yang mengagungkan Allah seperti Asmaul Husna. Ada 99 nama yang dimiliki Allah yang mengagungkan dan memberi kebesaran namaNya.

Salah satu Asmaul Husna yang boleh diamalkan adalah Ya Fattah Ya Razzaq.

Al Fattah

Erti dari Asmaul Husna ini adalah pembuka. Jika diamalkan secara rutin boleh membuka rezeki, membuka jodoh, membuka jalan usaha, membuka fikiran yang tertutup, membuka langit, membuka ampunan. Apa sahaja yang terasa tertutup dan kita ingin membukanya dengan izin Allah maka zikir mengulang-ulang nama Allah Ya Fattah boleh dilakukan.

Bagi yang belum bertemu jodoh, boleh amalkan zikir ini agar segera dipertemukan jodoh. Zikir ini juga sesuai untuk diamalkan oleh pasangan suami isteri yang ingin memiliki zuriat. Mereka yang dalam proses mencari pekerjaan juga boleh mengamalkan doa ini.

IKLAN

Zikir ini juga sesuai untuk diamalkan oleh mereka yang ingin bertaubat di atas dosa-dosa yang dilakukan, memohon agar pintu keampunan Allah dibukakan untuknya. Jika ada masalah, boleh amalkan zikir ini agar diberikan petunjuka jalan penyelesaian. Dan bagi yang sedang sakit, boleh amalkan zikir ini untuk memperoleh kesembuhan.

Ar Razzaq

Ya Razzaq adalah Maha Pemberi rezeki. Jika diamalkan secara rutin maka rezeki In sha Allah akan terus mengalir dan datang dari tempat yang tak disangka-sangka, dibebaskan dari masalah kewangan dan sebagainya.

IKLAN

Ibu bapa juga boleh mengamalkan zikir ini untuk mendidik anak-anak agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Zikir ini juga sesuai diamalkan oleh suami isteri untuk kerukunan rumah tangga.

Bagi yang sedang berusaha dan ingin usahanya terus membawa rezeki, amalan zikir ini boleh diamalkan.

Buat mereka yang berhajat naik haji dan umrah, jadikan bacaan zikir ini sebagai rutin agar dimudahkan rezeki menuju ke sana.

IKLAN

CARA MENGAMALKAN ZIKIR YA FATTAH YA RAZZAQ

Ramai yang menyarankan agar membacanya sebanyak 111 kali setiap hari, 99 kali, 66 kali ataupun 33 kali. Jika mampu boleh baca hingga 300 atau 1000 kali. Semakin banyak jumlahnya semakin baik. Zikir ini boleh diamalkan di mana sahaja dan bila-bila masa dan tidak semestinya selepas selesai solat fardhu sahaja.

Dianjurkan untuk membaca zikir ini di samping membaca tasbih, tahmid dan takbi. Boleh juga membacanya setelah selesai solat sunat Dhuha dan solat sunat Tahajud.  Di samping membacanya, teruskan berusaha seperti biasa.

Yakinlah bahawa Allah akan mengabulkan hajat kita, membuka apa yang tertutup dan melancarkan apa yang ‘tersekat’ termasuk rezeki kita.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI