Hati ibu mana tidak sedih melihat dua situasi yang sangat menyayat hati depan matanya. Walaupun tidak mampu bergerak dan berkata-kata, tetapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Sebelum itu, ibu ini Zaini Musa, 55 tahun hanya duduk di atas katil kerana tidak mampu bergerak disebablan kanser otak tahap tiga yang dilalu sejak dua tahun lalu melihat pembunuhan kejam anak kesayangannya di rumah mereka sendiri.
Artikel Berkaitan: Bisikkan Syahadah & Bersila Sebelah Menantu Baca Ayat Al-Quran Hingga Jenazah Diangkat, Khidmat Terakhir Sebagai Bapa Mentua
Dan kelmarin pula hanya mampu melihat jenazah anaknya diusung keluar dari ruang tamu untuk di bawa ke tanah perkuburan.
Sebaik jenazah diusung keluar dari ruang tamu rumah kira-kira 6.30 petang, suami wanita itu, Ismail Muda, 58, memberitahu apa yang berlaku.
Ismail turut memalingkan muka isterinya ke arah keranda yang menempatkan jenazah anak perempuan mereka, namun Zaini sekadar melihat tanpa sebarang kata.
Suasana penuh kepiluan itu menyebabkan Ismail dan beberapa anaknya serta mereka yang berada di ruang tamu tidak dapat menahan rasa sedih.
Jenazah Siti Nur Surya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat, Terengganu di sini, pada 8.15 malam semalam.
Sebelum itu, Siti Nur Suraya dikatakan telah menjadi mangsa dibunuh rakan sendiri di kediamannya pada Ahad lalu dalam keadaan sangat menyayat hati.
Ketika hayatnya, arwah dikatakan seorang anak yang sangat baik dan menjaga ibunya yang sakit sejak terlantar dua tahun lalu.
Malah menurut bapanya, Ismail Muda, Allahyarham sanggup mengenepikan cita-citanya sebagai pelukis pelan untuk menjaga ibunya.
Demi kasih arwah terhadap ibunya, dia sanggup mengorbankan pelajarannya apabila mengambil keputusan tidak menyambung pengajian selepas tamat Tingkatan Lima.”
“Dia bercita-cita menjadi seorang pelukis pelan dan menyambung pengajian dalam bidang lukisan pelan senibina di Akademi Binaan Negara (ABN) Hulu Terengganu Januari lalu,” katanya yang berharap pembunuh anaknya akan mendapat hukuman setimpal.
Artikel Berkaitan: Elak Kalut, Panduan Persediaan Awal Urus Ahli Keluarga Meninggal Dunia
SUMBER: HARIAN METRO, SINAR HARIAN