Sudah menjadi trend hari ini kita melihat anak-anak muda atau yang digelar Budak-Budak Baru Nak UP (BBNU) tidak malu mewarnakan rambut dan juga kuku.
Perbuatan ini kerana mahu tampil cantik dan berbeza dari orang lain. Ada yang mewarnakan rambut dengan warna putih, hijau, merah ataupun kuning keemasan.
Bukan sahaja rambut, malah bahagian kuku juga turut diwarnakan. Tidakkah mereka ini terfikir bagaimana jika tiba-tiba meninggal dunia sedangkan rambut dan kuku masih lagi diwarnakan.
Apakah hukumnya dan bagaimana menguruskan jenazah mereka yang tidak sempat menukar kembali angota badan kepada keadaan asal.
Ads
Dalam persoalan ini, apabila ditanya kepada Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin menjelaskan hukum asas mewarnakan rambut atau kuku itu adalah haram bagi lelaki dan perempuan.
Dan jika mereka ini ditakdirkan meninggal dunia dalam kedaaan belum sempat menukar kepada keadaan asal, jenazahnya tetap diuruskan seperti jenazah Muslim lain.
“Warna yang lekat pada rambut ataupun kuku jenazah akan tetap dibiarkan begitu sahaja. Tidak boleh dipotong, dibuang atau digunting pada mana-mana anggota badan mayat.
Ads
“Jadi saya mahu ingatkan kepada generasi muda hari ini terutama kaum Muslimin yang sering mewarnakan rambut itu sentiasalah mengingati mati.
“Persembahan yang kalian akan bawa bertemu dengan Allah itu merupakan suatu bentuk larangan dan tegahan dari Allah SWT yang kamu akan bawa sampai mati depan Allah nanti.
“Alangkah azabnya bila kita mati dalam keadaan begitu rupa. Jadi kepada yang mewarnakan rambut atau kuku itu hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT,” ujar Ustaz Riza.
Ads
Menurutnya bersihkan semula kuku dan hilangkan warna pada rambut berkenaan. Namun begitu lain pula hukumnya bagi wanita yang sudah berkahwin.
“Untuk wanita bujang memang tidak ada alasan untuk mewarnakan rambut. Hukumnya tetap haram. Tapi bagi wanita yang sudah berkahwin berbuat begitu dengan niat berhias untuk menarik perhatian suami, hukumnya adalah diharuskan.
“Dan bagi kaum lelaki pula, jika mahu mewarnakan rambut hanya dibenarkan guna warna merah seperti inai dan hanya untuk mereka yang ada uban sahaja,” tambahnya lagi.
Wallahualam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hari ini hari pertama kita menjalani ibadah puasa. Pasti sudah banyak idea yang mahu dibuat untuk berbuka nanti.
Masakan berat atau simple jadi pilihan dan anda berhak menentukan apa untuk disajikan kepada ahli keluarga.
Jika mahukan resipi yang simple dan cepat, apa kata sediakan saja Paprik Seafood ini yang sangat senang untuk dibuat. Malah bahannya juga senang untuk didapati di kedai berhampiran.
Dan untuk yang pertama kali memasak juga pasti boleh menyediakannya. Sepantas lima minit hidang terus siap sedia di meja makan.
Pekongsian dari laman sosial Instagram @hafiqhasanbasri yang memberitahu resipi mudah membuat Paprik Seafood untuk bersahur dan berbuka puasa.
Memelihara diri daripada terjebak kepada perkara-perkara yang diharamkan adalah merupakan antara tuntutan agama. Mengikut suruhan Nabi adalah ibadah dan akan dikurniakan pahala kerananya. Sabda Nabi
Maksudnya : “Apa yang aku larang kamu lakukan, hendaklah kamu jauhi dan apa yang aku perintahkan kepadamu, maka lakukanlah sesuai kemampuan kamu” [HR Muslim].
Malah sebagai umat Islam, kita diwajibkan menjaga maruah diri. Berazam untuk meninggalkan juga adalah ibadah dan mendapat pahala. Dalam satu hadis, Allah SWT telah berfirman,
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka barang siapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan kejahatan, tetapi ia tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan” [HR al-Bukhari dan Muslim]
Ajar anak berkata TIDAK
Dalam satu perkongsian oleh seorang peguam, Nor Zabetha dari Tetuan Chinna & Co mengenai posting seorang kanak-kanak dicabul, ibu bapa wajib mengajar anak kecil berkata TIDAK pada lelaki yang cuba mengganggunya.
Dalam kes ini kanak-kanak ini menggunakan istilah 'bunga' bagi merujuk kepada kemaluannya.
Persoalan, adakah istilah seperti bunga begini diterima di mahkamah sebagai satu pembuktian berlakunya kes jenayah seksual?
Pastinya penggunaan istilah ini berbeza mengikut ibu bapa. Rata-rata di zaman moden ini ramai ibu bapa menggunakan istilah sebenar seperti faraj, vagina, zakar atau penis.
Penggunaan begini lebih jelas dan membawa maksud sebenar. Saya juga mengajar anak istilah ini.
Dalam tulisan saya semalam yang merujuk kepada kes Ahmad Hafizal bin Darusalam lwn Pendakwa Raya [2019] MLJU 830 sepanjang perbicaraan memang digunakan perkataan bunga merujuk kepada faraj.
Misalnya soalan peguam:
Saya cadangkan bahawa abang Fizal tak pernah sentuh bunga kamu dan kamu cuma salah faham bahawa abang Fizal sentuh bunga kamu?
Jawapan: Tak.
Mahkamah menerima pakai perkataan bunga ini menggantikan faraj, mengambil kira umur saksi dan saksi tahu bahawa bunga yang dirujuk adalah faraj.
Mengambil keterangan saksi kanak-kanak di mahkamah, ada prosedur dan syaratnya juga kerana kanak-kanak ini berbeza pemahamannya mengikut peringkat umur.
Jika umur 4 tahun berbanding dengan 10 tahun, pasti 10 tahun itu lebih faham. Tidak kira peringkat umur, keterangan kanak-kanak digunapakai di mahkamah selaras dengan Akta Keterangan 1950 selagi mana kanak-kanak itu boleh menunjukkan dia faham dan tahu tentang perkara yang disampaikan.
Berdasarkan Seksyen 133A akta ini, jika kanak-kanak tidak faham kesan angkat sumpah sebelum memberi keterangan, jadi dia tidak perlu mengangkat sumpah dan keterangan yang diberikan oleh kanak-kanak boleh diambil secara bertulis dan dibacakan semula kepadanya sewaktu perbicaraan dan dihadapan tertuduh.
Jika dia faham kesan angkat sumpah, kesan menipu, jadi dia bakal mengangkat sumpah dan memberikan keterangan di mahkamah.
Semuanya berdasarkan penilaian dan sekiranya mahkamah berpuas hati, kanak-kanak ini sesuai memberikan keterangan, mahkamah akan mengarahkan kanak-kanak ini memberi keterangan.
Dalam menilai istilah, sama ada bunga, roti, nasi lemak atau apa sahaja istilah yang akan dihujahkan di mahkamah sebenarnya merujuk kepada organ seksual. Mahkamah juga tahu dan boleh menilai maksud sebenar rujukan ini, jika sekalipun peguam pembela cuba memberi definisi yang berbeza.
Cumanya bayangkan jika mangsa kanak-kanak itu berusia 3 tahun atau 4 tahun. Sukar juga jika bunga itu sebenarnya faraj dan bunga juga memberi erti kata yang lain. Jika ditanya soalan lain, pasti juga bakal keliru.
Tambah pula melibatkan organ seksual dan perbuatan seksual, bimbang nanti timbul kekeliruan. Sebab itu sebaiknya elok diajar, istilah sebenar supaya tidak mengelirukan dan tidak memberi impak kepada siasatan kes.
Walaupun mahkamah bakal menilai maksud, keterangan saksi dari mangsa, ibu bapa mangsa, pakar perubatan dan istilah sesuatu itu mungkin hanya jadi sebahagian dari keterangan kes tetapi pastinya kita tidak mahu sekiranya isu-isu kecil begini menimbulkan kekeliruan. Oleh itu, sebaiknya ajarkan anak-anak istilah yang sebenar. Pada pandangan saya juga, penggunaan istilah eksklusif seperti faraj atau zakar dan bukan bunga memberikan gambaran yang tegas dan tidak ada definisi lain. Lebih nampak serius.
Saya kongsikan poster rakan FB , Inche Faris sebagai usaha menyokong mempertingkatkan kesedaran dikalangan ibu bapa dan anak-anak berkenaan isu jenayah seksual.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bergelar seorang isteri adalah detik terindah bagi seorang wanita. Sebaik sah ijab kabul tanggung jawab sepenuhnya terletak di bahu isteri untuk membentu isteri menjadi insan solehah.
Dan tugas isteri itu sendiri yang perlu menjadi insan yang setia pada suaminya. Malah kadang-kadang tugas isteri melebihi segala-galanya.
Hanya sempat tidur beberapa jam untuk melunaskan tugas sebagai suri rumah dan sebagainya.
Malah isteri juga sanggup lakukan pelbagai tugas seperti berniaga atau buat kerja part time asalkan dapat sama-sama membantu suami meringankan beban kewangan.
Maka bersyukurlah jika isteri kita tidak jadi gila. Maklumlah pelbagai kerja dilakukan dalam satu masa, tetapi masih gigih bekerja demi memenuhi tugas sebagai isteri solehah.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin yang boleh dijadikan panduan bagi pasangan suami isteri.
Bersyukurlah isteri kita tu tak gila…
Dia p keje, dia berniaga, dia buat part-time, dia jual online, dia jadi ejen, dia cari rezeki, dia bantu ringankan beban, dia bayar hutang2 kita, dia tanggung bil utiliti, dia beli keperluan rumah dan belanja dapur…
Dia jaga anak2, uruskan anak2, dia jaga suami, uruskan suami…dia mengemas, dia menyapu, dia mop lantai, dia kutip mainan, dia lap air tumpah, dia kutip baju, dia basuh baju, dia sidai baju, dia lipat baju, dia memasak, dia buang sampah, dia basuh pinggan, dia kemas dapur, dia ajar anak keje sekolah…
Pastu kembali bangun utk buat keje2 dan perkara2 yg SAMA berulang-ulang setiap hari selagi masih memegang title ibu dan juga isteri…
Itu belum kira dgn dia terasa hati disebabkan perbuatan kita…itu belum kira dia menangis sbb perangai kita…itu belum kira dgn apa yg dia pendam, apa yg dia simpan, apa yg dia tak luahkan kpd kita…
Kena plak berhadapan dgn mertua yg selalu membanding2kan dia, yg selalu mencari salah dan silap dia…kena plak berhadapan dgn ipar duai biras yg suka perli-memerli, sindir-menyindir dan mengata belakang…
Maka, bersyukurlah sbb DIA TAK GILA lagi…
Dia masih lagi waras, dia masih lagi sihat…cumanya, sampai bila dia mampu mengekalkan kewarasan dia? sampai bila dia akan sihat utk buat semua perkara tu… ?
Akan tiba hari dimana dia akan “meletup” disebabkan dia dah buat sesuatu yg diluar kemampuan dia dan dia dah tanggung sesuatu yg melebihi apa yg sepatutnya ditanggungnya…
Kalau xnak isteri “MENGGILA”,maka…
Tolonglah dia…keje dia byk…klu kita kata kita dah keluar mencari rezeki, maka dia pun sama…klu kita nk rehat, maka dia juga nak rehat, tapi siapa yg nak buat keje2 tu klu dia rehat dan xbuat? Sama2 la ambik sorang sikit, pikul dan bahagikan beban dan urusan rumahtangga kita tu…
Pastu xperlu la buat masalah atau cari masalah dgn dia…byk ja lagi benda dia nk kena pkir…jgn tambahkan benda yg dia perlu pkir dlm otak dia tu…
Ramai ibu bapa yang bertuah dikurniakan anak-anak yang baik dan patuh pada suruhan agama. Syukur alhamdulillah. Namun ramai juga yang sebaliknya punya zuriat namun tidak...