Oleh kerana terperangkap berjam-jam di jalan raya menyebabkan ada yang terpaksa menunaikan ibadah solat di tepi jalan.
Berikutan viral sekeping foto yang memperlihatkan pengguna jalan raya sedang mendirikan solat Subuh di lorong kecemasan di kaki lebuh raya.
Ads
Dalam laporan di Harian Metro, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, menunaikan solat adalah perkara yang wajib dilakukan oleh umat Islam tetapi Islam juga meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai pokok utama.
“Melakukan sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah haram walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat.”
Demikian komen Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berhubung tindakan pengguna lebuh raya yang menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan di Kilometer 32, Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) akibat kesesakan lalu lintas yang lalu.
Abdul Rahman berkata, solat adalah perkara wajib dilakukan umat Islam bagaimanapun Islam meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai pokok utama.
“Matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyawa (hifz al-nafs).
Ads
“Begitu juga dalam situasi ini, jika membahayakan nyawa hukumnya adalah haram tetapi solat wajib dilakukan terutama waktu Subuh yang tidak boleh dilakukan secara jamak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.
Katanya, jika keadaan terdesak hingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu menunaikan solat di tepi jalan, mereka perlu memastikan diri dan orang ramai selamat.
“Mungkin pengguna berkenaan boleh memasang lampu atau meletakkan benda supaya dapat memberitahu pengguna jalan raya lain.
“Bagaimanapun, jika keadaan terdesak, boleh melakukan solat secara menghormati waktu tetapi wajib qada sebaik tiba di destinasi masing-masing,” katanya.
Tambahnya lagi sangat penting untuk seseorang merancang perjalanan dan lebih elok mencari tempat yang bersesuaian untuk menunaikan ibadah solat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Tetamu datang bawa rezeki, pesan ayah hidanglah makanan. Jangan ditanya dah makan ke belum? Sesekali tetamu datang bertandang, usahakan sesuatu untuk dihidangkan untuk tetamu.
Meraikan tetamu yang datang ke rumah, besar pahalanya. Layanilah mengikut kemampuan kita. Jika tetamu datang tengahari jamulah nasi, kalau petang hidanglah mengikut kesesuaian.
Insyalah setiap tetamu yang datang membawa rezeki. Ikuti perkongsian Amelia Thamby Husin ini dan fahami apa yang disampaikan:
Setiap tiga ke empat bulan sekali, kami akan meminta tolong Zaki yang punya kedai gunting rambut di Melaka untuk datang ke rumah kami.
Bukan hendak mendapatkan layanan VIP sangat pun , sebenarnya ini adalah kami mempunyai seorang anak Autism yang bernama Ahmad.
Pada mulanya , kami pernah ke Barber Zaki yang terletak di Cheng, Melaka tapi ia mengundang tidak keselesaan buat pelanggan lain apabila Ahmad stres, mengamuk, melalak dan sebagainya.
Jalan yang terbaik , kami minta jasa baik Zaki yang juga menantu kepada Haji Salim Tuan Guru Al Quran kami, untuk datang ke rumah.
Bawa Rezeki
“Darling, Zaki datang potong rambut Ahmad, ahad ni, i sudah buatkan appointment.’ Kata suamiku.
“Pukul berapa?’ Soal ku.
“I janji jam 11 pagi Insyallah,’ suami ku menjawab.
Aku menganggukkan kepala ku .
Kenapa penting untuk aku tahu waktunya ?
Salah satu sebab adalah untuk memasak buat tetamu yang datang ke rumah ku .
Ayah Pesan
Zaki sudah berkali-kali datang ke rumah kami memberikan perkhidmatan ke rumah. Pernah sekali dia datang bersama ayahnya.
Kali ini, dia datang bersama sama isteri dan anak-anaknya. Selesai menggunting rambut ketiga-tiga anak kami, ia mengambil masa sehingga jam 1 tengahari.
“Zaki, Suhaila, makan dulu… Sudah waktu tengahari, aku mempelawa mereka.
Aku yang cuma memasak Kari Ikan Jenahak, agak pedas buat anak-anak, segera meminta Ira menggoreng ikan tenggiri.
Hidanglah Makanan
“Ala kak , siap makan pulak kak,’ kata Suhaili.
‘Makan dik, dah waktu tengahari memang waktu makan. Itu ada ikan goreng, bagi anak anak ko makan, ada kicap jugak tu. Telur dadar pun ada, laju sahaja aku menuturkannya…
Baik kak, terima kasih…
Zaki yang sudah duduk bersama suami ku , sudah terus mula menikmati hidangan yang tersedia dan Suhaili mengambil nasi dan segera disuap anak-anaknya .
Jangan Ditanya
Allah Allah Allah
Ini adalah salah satu yang arwah ayah aku ajarkan dan tinggalkan buat ku .
Jika tetamu itu datang di waktu pagi, hidangkan sarapan pagi. Jika tetamu datang waktu tengahari, hidangkan nasi.
Makan bersama-sama kita sekali, jika waktu itu memang waktu makan malam, hidangkan nasi juga.
Ayah yang banyak mendidik aku, cara melayan tetamu dan tetamu ini hadir semuanya ke rumah peninggalan arwah ayah ku.
Dah Makan Ke Belum?
Nabi Muhammad SAW bersabda , “Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” – (HR. Thabrani)
Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi Muhammad SAW,
“Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?”
Nabi saw menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Nabi Muhammad saw bersabda,
“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yang tidak dimasuki oleh orang lain.”
(HR. Thabrani).
Sejak semalam, orang ramai mengucapkan tahniah kepada pelakon Serina Redzuawan yang berkahwin buat kali kedua selepas perkahwinan pertamanya menemui titik noktah. Memilih seorang pegawai polis dikenali sebagai Aidid sebagai pasangan hidupnya, Serina berkongsi rasa gembira itu di instagramnya semalam.
Memilih hari Jumaat sebagai keberkatan majlis dan diadakan secara kecil-kecilan sahaja, Serina mengharapkan rumahtangga baru dibinanya kekal bahagia. Malah dirinya turut berkongsi Papanya memberikan restu. Kenduri juga akan diadakan selepas hari raya.
Namun semalam juga semuanya berubah apabila bapanya, Chef Wan menulis Serina bernikah di Siam.
“Kakak saya hantar gambar ini sambil bertanya, adakah anak saya sudah berkahwin? Saya terkejut. Dia umum dalam Instagram. Dua minggu lalu, dia berkeras nak bernikah sebelum puasa. Dia kata dia dah nikah di Siam pun. Jantung saya bagaikan dipanah petir. Dalam pada itu, Chef Wan menjelaskan sebagai bapa, apa yang dilakukan anaknya itu cukup mengecewakan. Saya tidak melarang mereka bernikah. Pergi bernikah di Thailand kemudian baru beritahu saya, adakah bagus budi bahasa anak jenis begini?” luahnya.
Malah baru sebentar tadi di instagramnya juga Chef Wan meminta agar Serina tidak berbohong selepas Serina memuatkan naik luahan di instagramnya dan menafikan yang mereka bernikah di Siam seperti didakwa bapanya. Kata Serina, "Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni nak jelaskan kekeliruan dan nak minta netizen jangan mudah nak hukum orang lain dengan menambah fitnah kepada Serina & Suami. Lepas papa tulis dia tak tau kami nikah, dan dia kata kami kawin di siam itu adalah "TIDAK BENAR" KAMI BERNIKAH DI SEBUAH NEGERI DALAM MALAYSIA.
Masa yang sama Chef Wan turut meluah rasa di instagram dan menasihati anaknya itu untuk berlaku jujur.
” Itu sebab lain kali Rina jika tak nak orang memburukkan kau fitnah itu dan ini berlakulah jujur.Buat segala cara betul dan jangan sesekali membelakang kan mak bapak!Sendiri buat sendiri tanggunglah.Over the years u have hurt me enough in all your past history and relationship. Enough is enough.I can only share the truth.
Kenapa agama melarang dedah aib sendiri?
Di sebalik kemelut yang berlaku dan kita sama-sama mendoakan agar kesejahteraan keluarga ini sempena Ramadan bakal tiba, agama melarang kita mendedahkan aib dan dosa sendiri di media sosial.
Berkata benar adalah sikap yang baik. Namun tidak semua hal boleh dibicarakan di media sosial kerana kita digalakkan menutup aib diri dan keluarga apatah lagi jika kita sememangnya dikenali ramai.
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa sahaja beriman dengan Allah dan kiamat, maka hendaklah dia bercakap dengan kata-kata baik atau berdiam diri. (HR Bukhari) Antara sebab kenapa kita dilarang mendedahkan aib dan dosa sendiri ialah kerana bimbang jika ada pihak yang mengambil kesempatan dalam situasi ini sekali gus menjadi punca kepada keretakan yang lebih besar, termasuklah boleh menyebabkan kecaman netizen dan menjadi sebab kepada mengumpat serta mencela beramai-ramai.
“Allah SWT tidak membenarkan hamba-Nya membuka aib orang lain di dunia kerana kesannya cukup besar dan dahsyat, malah di akhirat kelak, segala dosa di dunia akan dipertontonkan.
Jujurnya, tidak manusia terlepas dari melakukan dosa dan manusia juga bukan sempurna.
Nabi SAW pernah berpesan, walaupun setiap kita tidak lari daripada melakukan dosa, ia tidak bermakna kita dibenar untuk mendedahkan dosa yang pernah dilakukan sama ada secara senyap atau terbuka.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA: “Rasulullah SAW bersabda; setiap pengikutku akan diampunkan kecuali orang yang mendedahkan kesalahan mereka. Contohnya adalah orang yang melakukan dosa pada malam yang Allah SWT menutupi baginya, sedangkan pada waktu pagi, dia akan berkata (kepada orang lain): “Saya melakukan dosa itu dan dosa tadi malam tadi, sedangkan Allah SWT menyimpan rahsia itu. Pada waktu malam Allah SWT menutupinya, tetapi pada waktu pagi ia mengoyakkan sampul yang disediakan oleh Allah sendiri. (HR Bukhari dan Muslim)
Jadi inilah sebab kenapa kita tidak harus terlalu terbuka di media sosial kerana dikhuatiri perkara lebih buruk berlaku di masa depan. Gambar : Ig Serina / Chef Wan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Anak hanya mampu mengesot, tidak mampu bergerak akibat penyakit jarang dijumpai.’ Ibu ini percaya, setiap ujian ada hikmah-Nya yang telah Allah tentukan.
Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Namun bila kita percaya setiap ujian yang menimpa diri ada hikmah tersembunyi pasti rasa reda itu hadir perlahan-lahan.
Malahan perkara tersebut juga membuatkan Siti Norzurain Fatima Ab Razak, 34, terus tabah menjaga anak bongsunya, yang menghidap sindrom Vacterl sejak dilahirkan.
INFO: Sindrom Vacterl yang berlaku satu dalam 10,000 hingga 40,000 kelahiran itu membuatkan penderitanya mengalami kecacatan pada tulang belakang dan beberapa ciri gangguan lain yang cukup kritikal.
Selain disahkan mengalami sindrom Vacterl, adik Siti Nur Jannah Humaira Ahmad Zainuddin juga turut berhadapan dengan tujuh komplikasi kesihatan yang lain.
Antaranya masalah jantung berlubang, buah pinggang tidak normal, sumbing pada lelangit, paru-paru kecil, kecacatan pada tulang, saluran pernafasan dan pemakanan sempit serta ekzema.
Tidak Mampu Bergerak
Rentetan daripada pelbagai masalah yang dihadapi ini, si kecil yang mesra dengan panggilan Meya tidak mampu bergerak seperti kanak-kanak lain.
Luah Siti Norzurain, Meya yang hanya memiliki berat 8 kilogram itu hanya mampu mengesot menggunakan kudrat tangan kerana kedua-dua kakinya sudah bengkok.
Tambah ibu ini, dia sebenarnya tidak pernah terjangkau dek akal bahawa puteri bongsu yang sangat dinanti-nantikan itu diuji dengan dugaan sebegitu berat.
“Sesungguhnya, saya menunggu zuriat ketiga dengan penuh rasa syukur dan gembira. Apatah lagi bila dapat tahu, bayi ini ialah perempuan yang sememangnya saya impikan selepas dua abangnya.
“Namun selepas selamat melahirkan Meya secara normal, saya tak sempat nak cium peluk Meya kerana dia terus dibawa ke Unit Rawatan Rapi Neonatal di sebuah hospital,“ katanya yang menetap di rumah pusaka di Perumahan Banjir Kuala Teh, Jerantut, Pahang.
Akibat Penyakit Jarang Dijumpai
Bukan seuatu yang mudah diterima apabila doktor memaklumkan Meya menghidap sindrom Vacterl iaitu salah satu penyakit jarang jumpa yang terdapat di dunia.
“Lagi sukar nak terima, mereka kata peratusan Meya untuk hidup 50 peratus sahaja,“ katanya.
Sepanjang membesarkan anak bongsunya, Siti Norzurain jelaskan bahawa terdapat satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan berlaku ke atas anaknya ketika berusia dua bulan.
Ketika itu, paru-paru Meya telah dijangkiti kuman sehingga menyebabkannya tidak mampu bernafas seperti biasa. Wajah anak syurga tersebut kebiruan lantaran kekurangan oksigen.
“Jangkitan itu membuatkan Meya terpaksa bergantung dengan mesin pernafasan 24 jam pada dos yang tinggi untuk tempoh beberapa bulan,“ katanya.
Ibu Ini Percaya
Ternyata berkat kesabarannya sang ibu, keletah dan semangat si comel itu yang jelas kelihatan setelah kini menginjak usia lima tahun, membuatkan semangat Siti Norzurain membuak-buak.
“Apa yang membuatkan saya yakin, dengan izin-Nya, Meya sudah boleh bernafas seperti biasa dan saya anggap ia satu keajaiban paling hebat. Selain itu, jantungnya yang berlubang sudah tertutup sendiri, manakala paru-paru pula sudah berfungsi dengan baik.
‘Cuma Meya bergantung kepada satu buah pinggang iaitu sebelah kiri sahaja,“ katanya sambil memberitahu anaknya juga mengalami masalah pertuturan.
Kini, ahli keluarga dengan penuh harapan sedang menunggu tarikh untuk pembedahan mencantumkan masalah sumbing pada lelangit si kecil itu.
Sudah itu sebagai ibu, wanita mengharapkan Meya untuk memiliki kerusi roda khas untuknya demi memudahkan si kecil itu bergerak. Bukan tiada keinginan untuk membeli peralatan penting tersebut, namun kekangan kewangan membataskan segala-galanya.
Masalah berkenaan semakin menghimpit apabila anak sulung beliau, Ahmad Adi Putra, 13, menderita penyakit jantung berlubang dan memiliki kelainan dua saluran darah pada paru-paru.
“Adi (panggilan manjanya) disahkan mengalami isu kesihatan tersebut selepas dilahirkan dan setakat ini, dia sudah menjalani dua pembedahan,“ jelasnya satu-persatu.
Satu-persatu masalah yang di hadapi keluarga ini sedikit sebanyak membebankan Siti Norzurain. Bertambah pilu bila suaminya, Ahmad Zainuddin Abdul Rahman, 48, turut mengalami sakit saraf dan hanya mampu membuat kerja pendawaian elektrik ringan sahaja.
Ada Hikmah-Nya
“Upah juga kadang-kadang tidak menentu. Sebab itu, saya cuba bantu dengan menjual donut viral sebagai pendapatan sampingan. Sekurang-kurangnya lepaslah duit nak ke hospital,“ katanya yang bergantung kepada bantuan kerajaan secara bulanan.
Sehubungan itu, ujar Siti Norzurain, jika ada pihak yang sudi membantu meringankan beban keluarganya amatlah dialu-alukan.
“Anak-anak saya sangat memerlukan susu khas dan keperluan lain seperti ubat-ubatan,“ tuturnya.
Kashoorga: Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini bolehlah berbuat demikian melalui akaun Bank Islam, 06055020344689 atas nama Siti Norazurain Fatima Ab Razak.
Qada solat tarawih boleh atau tidak? Mungkin ramai kalangan kita yang bekerja pada waktu malam termasuklah pada bulan Ramadan hingga menyebabkan kekangan masa untuk...