Tidak dinafikan ramai warga kota yang mengambil kesempatan pulang berhari raya sempena sambutan Aidilada yang lalu.
Walaupun terperengkap dalam kesesakan jalan raya, namun semangat untuk menyambut raya di kampung halaman begitu berkobar-kobar di dada.
Artikel Berkaitan: Baca Berulang Kali Zikir Elak Diri Dari Maksiat, Manfaatnya Solat & Sedekah Confirm Tak Tinggal
Oleh kerana terperangkap berjam-jam di jalan raya menyebabkan ada yang terpaksa menunaikan ibadah solat di tepi jalan.
Berikutan viral sekeping foto yang memperlihatkan pengguna jalan raya sedang mendirikan solat Subuh di lorong kecemasan di kaki lebuh raya.
Dalam laporan di Harian Metro, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, menunaikan solat adalah perkara yang wajib dilakukan oleh umat Islam tetapi Islam juga meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai pokok utama.
“Melakukan sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah haram walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat.”
Demikian komen Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berhubung tindakan pengguna lebuh raya yang menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan di Kilometer 32, Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) akibat kesesakan lalu lintas yang lalu.
Artikel Berkaitan: Sah Atau Batal Solat Pada Sejadah Yang Ada Najis. Ini Penjelasannya!
Abdul Rahman berkata, solat adalah perkara wajib dilakukan umat Islam bagaimanapun Islam meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai pokok utama.
“Matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyawa (hifz al-nafs).
“Begitu juga dalam situasi ini, jika membahayakan nyawa hukumnya adalah haram tetapi solat wajib dilakukan terutama waktu Subuh yang tidak boleh dilakukan secara jamak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Katanya, jika keadaan terdesak hingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu menunaikan solat di tepi jalan, mereka perlu memastikan diri dan orang ramai selamat.
“Mungkin pengguna berkenaan boleh memasang lampu atau meletakkan benda supaya dapat memberitahu pengguna jalan raya lain.
“Bagaimanapun, jika keadaan terdesak, boleh melakukan solat secara menghormati waktu tetapi wajib qada sebaik tiba di destinasi masing-masing,” katanya.
Tambahnya lagi sangat penting untuk seseorang merancang perjalanan dan lebih elok mencari tempat yang bersesuaian untuk menunaikan ibadah solat.