Hari ini saban hari kita melihat orang ramai merakam dan menyebarkan gambar dan video mangsa kemalangan di media social tanpa rasa bersalah. Tak kira mangsa kemalangan masih hidup atau telah meninggal dunia ia dikongsi seolah-olah menjadi perkara kemestian.
Malah ada yang berlumba-lumba menjadi orang pertama menyebarkannya. Ada gambar menunjukkan mangsa dalam keadaan ngeri seperti terputus anggota badan dan adakalanya gambar yang menampakkan aurat mangsa yang terlibat.
Hukumnya haram sama ada kerana suka-suka atau tuntutan tugas
Menurut pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idris dalam satu hantaran di akaun media sosial beliau, hukum perbuatan menyebarkan dan berkongsi gambar seperti ini kepada kawan-kawan dan orang ramai adalah HARAM dan KEJI. Jadilah orang-orang yang melakukannya itu fasiq sekalipun disebarkan gambar-gambar tersebut kerana suka-suka atau kerana tugas seperti pemberita atau jurugambar.
Islam mewajibkan atas siapa yang terlihat suatu keaiban pada orang Islam yang lain supaya mengalihkan pandangan atau memejamkan matanya dan jika terpandang tanpa sengaja maka wajib dirahsiakannya.
Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah saw telah bersabda :
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Ertinya : “Barangsiapa menutup keaiban seorang Islam yang lain maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat.” (Hadith Muslim, Ahamd, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, Nasaai & Al-Hakim)
Dan pada hadith yang lain Rasulullah saw bersabda :
لا يستر عبد عبداً في الدنيا إلا ستره الله يوم القيامة
Ertinya : “Tiada seorang yang menutup aib seorang yang lain di dunia melainkan Allah akan menutup pula aibnya pada hari kiamat.” (Hadith Muslim)
Berkata Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar :
قوله ” ومن ستر مسلما ” أي رآه على قبيح فلم يظهره ، أي للناس
Ertinya : “Maksud ‘siapa yang menutup aib seorang Islam’ ialah apabila dia ternampak seorang Islam atas satu keadaan atau kelakuan yang tidak elok maka dia tidak menyebarkannya kepada orang ramai.” (Fathul Baari Syarah Bukhari)
Menyebarkan aib dan menambah kesedihan keluarga mangsa
Perbuatan menyebarkan aib orang lain adalah perbuatan yang sangat keji kerana menceroboh hak orang lain tanpa sebenar dan mendatangkan keburukkan kepada banyak pihak seperti aib dan sedih pula keluarga dan sahabat handai mangsa yang gambarnya disebarkan.
Orang yang ditimpa kemalangan berada dalam keadaan susah maka dengan menyebarkan gambarnya dalam keadaan aib atau auratnya adalah menambahkan kesusahannya. Ini jelas adalah haram. Sepatutnya bila melihat kesusahan pada seseorang maka hendaklah diringankan kesusahan itu bukan ditambah lagi kesusahannya.
Menyebarkan gambar aurat mangsa kemalangan atau mangsa dalam rupa yang ngeri adalah sama hukumnya dengan menyakiti dan memalukan mangsa dan kaum keluarganya. Perbuatan ini adalah keji dan haram dan berdosalah pelakunya.
Ibnu Umar r.a. berkata Rasulullah saw bersabda :
لاتؤذوا المسلمين ولا تُعيّروهم ، ولا تتّبعوا عوراتـهم فإنه من تتبع عورة أخيه المسلم يتتبع الله عورته
Ertinya : “Jangan kamu semua menyakiti orang-orang beriman dan jangan kamu memalukannya. Jangan buka aurat mereka maka dari kerana siapa yang membuka aurat saudaranya yang Islam maka Allah akan membuka auratnya pula.” (Hadith Tirmizi)
Akhir sekali Allah menyatakan hanya nerakalah tempat duduk bagi orang-orang yang suka menyebarkan aib manusia dan menunjuk aurat orang lain di dunia.
Firman Allah :
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ
“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya perkara yang tidak elok di kalangan orang-orang beriman maka bagi mereka ini di dunia kejahatan dan di akhirat nanti azab yang sangat pedih. “ (An-Nuur : 19)
Sumber: Ustaz Azhar Idris
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kucing Bukan Sekadar Makhluk Yang Suka Tidur, Tapi Lindungi Kita Di Malam Hari Dari Roh Jahat
Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh kita perolehi apabila kita memelihara dan menyayangi kucing.
Memelihara kucing memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan manusia seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya.
Memelihara kucing mengajar kita untuk berkongsi rezeki tidak kira sama ada makanan, minuman, tempat tinggal dan kasih sayang.
Sifat berkongsi dengan makhluk comel ini lambat laun akan menjadikan kita seorang manusia yang pemurah dan baik hati.
Pencinta kucing harus baca…rahsia kelebihan memelihara kucing dari sudut spiritual.
MISI SEEKOR KUCING
Ramai yang menyangka kucing tidak mempunyai apa-apa pekerjaan, mereka hanyalah makhluk pemalas yang hanya tau makan dan minum. Hurm, bukan itu sebenarnya!
Adakah anda tahu bahawa dizaman ini lebih ramai org memiliki kucing berbanding anjing? Tahukah anda apa misi dan tugas seekor kucing ???
Saya akan merungkai beberapa tip rahsia seekor kucing yang belum anda ketahui…
Semua kucing mempunyai kuasa, secara harian utk menyingkirkan energi negatif dr tubuh kita.
Sebaik sahaja kita tido, kucing akan menyerap energi ini. Jika ada lebih ramai org dlm satu keluarga, dan hanya ada seekor kucing, kucing juga mampu menyerap semua lebihan energi negatif dari semua orang ini…
https://www.facebook.com/myownpetshop/videos/278348213091360/
LEPASKAN ENERGI NEGATIF
Apabila mereka tido, badan kucing akan melepaskan energi negatif yg telah mereka serap dr kita td. Jika kita terlebih stress, kucing akan mengambil lebih masa utk melepaskan energi ini dan energi negatif ini akan menjadi lemak dlm badan kucing sehingga ia dilepaskan. Kita akan berfikir bahawa mereka gemuk, disebabkan makanan yg kita berikan!
“Bagus untuk mempunyai lebih dari seeokor kucing di rumah, supaya beban utk menyerap energi negatif dapat dibahagi sama rata antara mereka.”
Kucing juga akan melindungi kita di malam hari, agar tiada roh yg tidak diperlukan memasuki rumah semasa kita tidur…
“Sebab itu mereka suka tido di atas katil dengan kita. Dan jika mereka fikir kita baik2 sahaja, mereka tidak akan tido dengan kita di malam itu.”
Sekiranya ada sesuatu yg pelik berlaku disekeliling kita, mereka akan terus melompat ke atas katil utk melindungi kita…
CUBA LINDUNGI TUANNYA
Jika ada org yang berkunjung ke rumah kita, dan kucing merasakan bahawa ada ancaman atau benda buruk, kucing akan mengelilingi kita utk melindungi kita. Kita harus la berwaspada. Sekiranya mereka berlari mendapatkan orang itu, mencium mereka dan ingin dibelai, kita tahu bahawa boleh berehat.
Jika anda tiada kucing, dan ada kucing jalanan memasuki rumah anda, peliharalah kucing tersebut, kerana anda sesungguhnya memerlukan kucing pd saat itu…
‘Hurm, kucing jalanan sedia membantu anda!”. Berterimakasih lah kerana rumah anda telah dipilih oleh sikucing utk tujuan ini. Jika anda tidak boleh memelihara kucing jalanan tadi, cari la tempat yg sesuai utk nya.
Kucing biasanya datang kepada kita secara fizikal tanpa sebab2 yg diketahui, dan di dalam mimpi kita dapat melihat sebab kenapa kucing itu muncul seketika. Berkemungkinan ada hutang karma yang harus dibayar kembali kepada kita. Mereka mesti melindungi anda.
“Oleh kerana itu jangan takut atau menakutkan kucing.” Kerana ia pasti kembali kepada anda utk memenuhi tanggungjawabnya….kucing menyembuhkan kita.”
Kucing adalah makhluk yg comel, kasih mereka kepada kita sgt jujur dan melebihi segalanya, cuma mereka punya cara yg berbeza utk menzahirkan kasih mereka.
“Mereka adalah sahabat teragung dan terbaek antara semua2 sahabat…”
*Manusia yang alergi pada kucing secara emosinya adalah gagal utk mencintai seseorang secara mendalam, kerana mereka sering melindungi perasaan sebenar meraka.”
Sumber Kredit: My Own Pet Shop
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Dahsyatnya Tiupan Sangkakala Di Hari Kiamat, Keadaan Manusia Ketika Itu Wanita Hamil Gugur Kandungan Sebelum Melahirkan!
Mukadimah
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Pada kali ini, sekali lagi kami ditanya berkenaan dengan isu tiupan sangkakala. Justeru, Bayan Linnas pada kali ini kami tajukkan dengan Tiupan Sangkakala Pada Hari Kiamat. Semoga ia menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah dan hari Akhirat yang menatijahkan ketakwaan dan amalan soleh untuk kita lakukan sebagai persediaan hamba kepada Tuan-nya.
Beriman kepada Hari Kiamat
Beriman kepada hari Akhirat merupakan salah satu rukun dari rukun iman, dan salah satu ‘aqidah dari ‘aqidah Islam yang asas. Ini kerana masalah kebangkitan pada hari akhirat merupakan landasan berdirinya ‘aqidah setelah permasalahan keesaan Allah SWT.
Beriman kepada terhadap segala perkara yang berlaku pada hari Akhirat dan tanda-tandanya merupakan keimanan terhadap perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal, dan tidak ada jalan untuk mengetahuinya kecuali melalui nas Ilahi atau Nabawi.
Betapa pentingnya hari yang agung ini, kita dapati (di dalam al-Quran) bahawa Allah SWT kerap kali menghubungkan iman kepada-Nya dengan beriman kepada hari Akhirat. (Lihat Asyrat al-Sa’ah (terj.), oleh Yusuf al-Wabil, hlm. 17-19)
Beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun Iman serta dituntut oleh Allah SWT melalui firman-Nya:
لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
Maksudnya: Bukanlah perkara kebaikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebaikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat.”
Surah al-Baqarah (177)
Maka, hari kiamat itu akan terjadi setelah kesemua tanda-tandanya muncul dan apabila Allah SWT menitahkan malaikat-Nya untuk meniupkan sangkakala yang akan mematikan seluruh makhluknya.
Peristiwa Tiupan Sangkakala
Tiupan sangkakala ini telah dinyatakan di dalam al-Quran melalui firman Allah SWT:
وَيَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّورِ فَفَزِعَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاءَ اللَّـهُ ۚ وَكُلٌّ أَتَوْهُ دَاخِرِينَ
Maksudnya: Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah – gerun gementar – makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh.
Surah al-Naml (87)
Al-Maraghi berkata: “Wahai Rasul, ingatkanlah kepada mereka keadaan yang amat mengerikan ketika sangkakala ditiup. Saat itu, semua makhluk yang ada di langit dan di bumi berada dalam ketakutan melihat hari kebangkitan dan hari dikumpulkan seluruh makhluk kecuali orang yang mempunyai hati yang teguh terhadap Allah SWT.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 4/5085)
Perkataan الصُّور yang disebutkan di dalam ayat ini telah dijelaskan maknanya melalui hadith Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr’ R.Anhuma:
جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ مَا الصُّورُ قَالَ “ قَرْنٌ يُنْفَخُ فِيهِ ”
Maksudnya: “Telah datang seorang Badwi kepada Nabi SAW, lalu berkata: “Apakah al-Sur?” Jawab Baginda: “(Semacam) tanduk yang digunakan untuk meniup.”
Riwayat al-Tirmizi (2430)
Sebahagian ulama’ menafsirkan tanduk dengan terompet. Para ulama’ berpendapat, alat tiupan tersebut ditaklifkan kepada malaikat Israfil untuk meniupkannya tanpa diketahui kadar besarnya alatan tersebut. (Lihat Mausu’ah al-Akhirah, hlm. 78)
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan tiupan sangkakala ini akan ditiupkan oleh malaikat yang bernama Israfil dan hampir keseluruhan ulama’ tidak menolak bahawa malaikat Israfil yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk meniupkan sangkakala. (Lihat Fath al-Bari, 11/368)
Malaikat Israfil sentiasa bersedia menanti arahan daripada Allah SWT sejak detik penciptaan lagi. Hal ini telah dinukilkan oleh Syeikh al-Hulaimi secara ijma’. Begitu juga berdasarkan hadith Wahab bin Munabbih yang menyebut secara nyata. (Lihat Mausu’ah al-Akhirah, hlm. 79)
Kejadian tiupan sangkakala ini berlaku sebanyak dua peringkat mengikut pendapat kebanyakan ulama’, iaitu:
- Pertama, tiupan sangkakala akan menggegarkan hingga mematikan seluruh makhluk melainkan yang termaktub dalam kalangan mereka yang terkecuali.
- Kedua, sesuai dengan kehendak Yang Maha Esa, ditiupkan sekali lagi oleh Malaikat Israfil dengan tiupan yang membangkitkan manusia. Hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Allah SWT di dalam kitabnya:
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاءَ اللَّـهُ ۖ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَىٰ فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنظُرُونَ
Maksudnya: Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).
Surah al-Zumar (68)
Imam al-Qurtubi dalam menjelaskan ayat di atas berkata: Ibn Abbas R.Anhuma menyebut bahawa dimaksudkan dengan tiupan sangkakala pertama ialah ketikamana matinya semua makhluk. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 10/27)
Kemudian, perkara ini diperkuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا بَيْنَ النَّفْخَتَيْنِ أَرْبَعُونَ ”. قَالَ أَرْبَعُونَ يَوْمًا قَالَ أَبَيْتُ. قَالَ أَرْبَعُونَ شَهْرًا قَالَ أَبَيْتُ. قَالَ أَرْبَعُونَ سَنَةً قَالَ أَبَيْتُ. قَالَ ” ثُمَّ يُنْزِلُ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً. فَيَنْبُتُونَ كَمَا يَنْبُتُ الْبَقْلُ لَيْسَ مِنَ الإِنْسَانِ شَىْءٌ إِلاَّ يَبْلَى إِلاَّ عَظْمًا وَاحِدًا وَهْوَ عَجْبُ الذَّنَبِ، وَمِنْهُ يُرَكَّبُ الْخَلْقُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Antara dua tiupan (sangkakala) adalah 40. Maka, (ada yang bertanya kepada Abu Hurairah) adakah 40 hari? Abu Hurairah berkata: “Aku enggan menjawab”. Adakah 40 bulan? Beliau berkata: “Aku enggan menjawab”. Adakah 40 tahun? “Aku enggan menjawab” Kemudian Abu Hurairah berkata: Lalu (selepas itu) Allah SWT menurunkan hujan. Kemudian (mayat-mayat) akan tumbuh (hidup) kembali seperti tumbuhnya sayuran, tiadalah pada manusia itu sesuatu melainkan reput semuanya kecuali satu bahagian tulang iaitu tulang punggung. Daripada tulang ini akan bercantum semula (manusia itu) pada hari kiamat.”
Riwayat al-Bukhari (4651) dan Muslim (2955)
Imam al-Nawawi mengatakan sebab Abu Hurairah RA mengulangi pendirian enggan menjawab soalan yang ditanyakan itu, kerana 40 itu hanyalah sebagai ringkasan kepada pengkhabaran. (Lihat al-Minhaj, 18/91)
Baginda Nabi SAW turut mengkhabarkan bahawa Baginda adalah orang pertama yang akan dibangkitkan pada tiupan yang kedua, seperti yang dinyatakan di dalam hadith riwayat Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
إِنِّي أَوَّلُ مَنْ يَرْفَعُ رَأْسَهُ بَعْدَ النَّفْخَةِ الآخِرَةِ
Maksudnya: “Sesungguhnya aku adalah orang yang terawal yang mendongak kepalaku setelah tiupan yang terakhir”
Riwayat al-Bukhari (337)
Al-Qastalani menyebut: Hadis di mana Rasulullah SAW mendapati Nabi Musa sedang bergantung di Arasy maka sabda Nabi, aku tidak ketahui adakah keadaan itu berlaku sebelum dia mati ketika tiupan pertama atau dia masih hidup selepas tiupan kedua sebelumku. Inilah yang dinyatakan oleh al-Karmani. Al-Dawudi berkata sebagaimana dihikayatkan daripada al-Safaqisi ucapannya, adakah demikian itu hingga akhir adalah waham. Ini kerana Nabi Musa telah dikuburkan dan akan dibangkitkan selepas tiupan. Maka bagaimana mungkin berlaku sebelumnya. Lantas dijawab bahawa hadis Abi Hurairah yang terdahulu berkenaan beberapa orang, maka manusia semua mati pada hari Kiamat dan aku juga mati bersama mereka kecuali akulah orang yang pertama bangkit. Maka didapati Musa memegang di tepi Arasy. Aku tidak ketahui sama ada dia juga mati dan bangkit sebelumku atau termasuk di kalangan yang dikecualikan oleh Allah. Perkataan sa’iqdimaksudkan dengan pengsan tatkala mendengar suara atau melihat sesuatu yang menggerunkan. Dan inilah yang berlaku dengan jelas berdasarkan riwayat ini berkaitan jaga atau sedar selepas tiupan kedua. (Lihat Irsyad al-Sari Syarh Sahih al-Bukhari, 11/30)
Sebahagian ulama’ berpendapat, tiupan sangkakala sebanyak tiga kali. Antaranya Ibn al-‘Arabi dan Ibn Kathir. Mereka menghujahkan nas:
وَيَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّورِ فَفَزِعَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاءَ اللَّـهُ
Maksudnya: “Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah – gerun gementar – makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikekhendaki Allah.”
Surah al-Naml (87)
Ayat ini menunjukkan tiga tiupan:
- Tiupan al-faza’
- Tiupan al-sa’iq
- Tiupan al-ba’s
Akan tetapi, hadis-hadis menunjukkan secara nyata bahawa ia dikira dengan dua tiupan sahaja iaitu tiupan al-Sa’iq(tiupan mematikan) dan keduanya tiupan al-Ba’s (tiupan membangkitkan manusia) daripada kubur. (Lihat Mausu’ah al-Akhirah, hlm. 80)
Siapakah yang Dikecualikan oleh Allah Daripada Menerima Kematian Ketika Tiupan Sangkakala?
Para ulama’ telah khilaf, siapakah yang dikecualikan oleh Allah kepada beberapa pendapat:
- Imam Ahmad berpendapat, mereka yang di dalam syurga dari kalangan bidadari dan al-wildan. Sebahagian muridnya menambah, penjaga syurga iaitu Ridhwan dan penjaga neraka, iaitu Malik.
- Muqatil dan sebahagian ulama’ berpendapat, mereka adalah Jibril, Mika’il, Israfil dan Malakul Maut. Sebahagian mereka menambah, malaikat yang menanggung Arasy.
- Abu al-Abbas al-Qurtubi memberi pendapat yang berlainan dengan katanya: Dikehendaki (dengan yang dikecualikan ialah) semua orang yang telah mati kerana mereka tiada kesan dan rasa. Justeru, mereka tidaklah ada lagi kematian ketika itu.
Tarjih: Imam al-Qurtubi berpendapat dengan menukilkan pandangan gurunya Abu al-Abbas, bahawa yang sahih adalah tiada sebarang nas yang sahih yang menentukan mereka yang terselamat daripada tiupan sangkakala dengan kebinasaan. Semua nas menunjukkan sifat muhtamal (andaian). (Lihat al-Tazkirah oleh Imam al-Qurtubi, hlm. 167)
Bagaimana Keadaan Manusia Ketika Tiupan Sangkakala?
Hal ini telah diterangkan dalam al-Quran al-Karim. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ ﴿١﴾ يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ اللَّـهِ شَدِيدٌ
Maksudnya: “Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.
Surah al-Hajj (1-2)
Ibn Kathir berkata: Ditiupkan dengan tiupan yang menakutkan sedangkan manusia berada di pasar-pasar mereka dengan kehidupan harian mereka, saling bertengkar dan bergaduh sepertimana adat mereka. Tiba-tiba Allah SWT memerintahkan Israfil untuk meniupkan sangkakala dengan panjangnya. Tidak ada yang kekal di atas muka bumi kecuali mendengar suara tempikan yang kuat sehingga kepala mereka terdongak ke atas langit. Kemudian semua manusia dipandu ke mahsyar dengan api yang mengelilingi mereka dari segenap penjuru. Firman Allah SWT:
فَلَا يَسْتَطِيعُونَ تَوْصِيَةً وَلَا إِلَىٰ أَهْلِهِمْ يَرْجِعُونَ
Maksudnya: “Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya) dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.
Surah Yasin (50)
Kemudian ditiupkan sangkakala kedua yang mematikan semua yang hidup kecuali tinggallah Allah, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Kemudian, ditiup dengan tiupan kebangkitan setelah itu. (Lihat Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, 3/165)
Al-Maraghi berkata: “Wahai sekalian manusia, takutlah kepada seksaan Allah SWT, taatlah dan janganlah kamu menderhakai-Nya, kerjakan segala kewajipan yang diperintahkan kepada kamu dan tinggalkan segala perkara haram yang dilarang melakukannya. Khitab ayat ini ditujukan kepada mukallaf yang ada pada ketika ia diturunkan, juga kepada generasi mukallaf yang akan lahir selepas mereka sehingga ke hari kiamat. Kemudian Allah SWT mengemukakan beberapa faktor mengapa mereka diperintah untuk takut kepada seksaan-Nya.
Akibat goncangan yang terjadi ketika berlakunya hari kiamat, sebelum manusia dibangkitkan dari kuburnya. Maka ia dianggap kejadian yang amat dahsyat dan bahaya yang begitu besar; tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah berlakunya kiamat, kecuali Tuhan yang mengadakannya. Jika goncangan itu tidak dapat ditanggung oleh manusia, lantas apa yang terjadi pada mereka saat itu, seperti manusia dihimpunkan pada hari pembalasan dan hari penghisaban untuk menghitung segala amalan oleh Allah Yang Maha Tahu segala isi bumi dan langit, walaupun sebesar zarah. Kemudian Allah menghuraikan beberapa pemandangan yang menakutkan pada hari itu.
Kemudian digambarkan pada hari kiamat itu tentang manusia yang berada dalam kegoncangan, kebingungan dan kelalaian yang telah mencapai ke puncaknya. Sehinggakan ibu yang sedang menyusukan anaknya lalai terhadap anak yang sedang disusunya, padahal anak itu merupakan sesuatu yang merupakan paling berharga kepadanya. Bayangkan bagaimana seorang ibu lalai terhadap anaknya?
Manakala setiap wanita yang hamil akan mengalami keguguran iaitu janin yang di dalam rahimnya gugur sebelum tibanya waktu bersalin kerana takut terhadap hari kiamat. Al-Hasan ada mengatakan bahawa wanita yang menyusukan anaknya leka hingga berhenti daripada menyusui anaknya, manakala wanita hamil pula telah gugur kandungannya sebelum tiba waktunya melahirkan.
Pada hari itu, kamu dapat melihat manusia seolah-olah mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk. Tetapi keadaan itu berlaku kerana azab yang amat dahsyat sehingga akan mereka menjadi tidak sedar dan tidak mampu membezakan di antara yang batil dengan yang benar. Kelalaian ibu yang sedang menyusui dan keguguran kandungan wanita yang sedang hamil boleh jadi dimaksudkan sebagai perumpamaan untuk menunjukkan dahsyatnya apa yang berlaku pada hari itu. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 4516-1518)
Sayyid Qutb berkata: Demikianlah dimulakan surah ini dengan ancaman dan penerangan secara umum yang membayangkan suasana dahsyat yang tidak dapat diungkapkan. Ia hanya mengatakan satu kejadian gempa dan kejadian gempa itu adalah suatu peristiwa yang amat besar tanpa memberi sesuatu penentuan dan sesuatu takrif.
Kemudian barulah dijelaskan dan ternyata bahawa kejadian itu lebih menakutkan dan mengerikan dari semata-mata ancaman. Ia menayangkan satu pemandangan yang melibatkan setiap ibu penyusu yang lupa anak susuannya. Dia melihat tetapi tidak Nampak dan dia bergerak tetapi tidak sedar, juga melibatkan setiap ibu hamil yang keguguran anak kandungannya kerana terlalu ngeri dan takut, dan seterusnya ia melibatkan seluruh manusia yang kelihatan dalam keadaan mabuk, tetapi mereka sebenarnya tidak mabuk. Keadaan mabuk mereka dapat dilihat dengan jelas pada pandangan-pandangan mata mereka yang terpinga-pinga dan pada langkah-langkah mereka yang terhuyung-hayang. Ia merupakan satu pandangan yang penuh sesak dengan perhimpunan manusia yang berasak-asak, yang hampir-hampir ternampak kepada pandangan mata di saat membaca ayat ini. Dan dapat dihayati sepenuhnya oleh daya khayal.
Kedahsyatan peristiwa itu menyebabkan seseorang itu menjadi lupa, kebingungan dan tidak sampai ke mana-mana. Ia merupakan satu peristiwa dahsyat yang tidak dapat diukur dengan saiz besarnya, tetapi dapat diukur dari kesan-kesannya yang dahsyat pada jiwa manusia iaitu pada hati ibu-ibu penyusu yang lupakan anak-anak susuan mereka, sedangkan seseorang ibu penyusu tidak lupakan anak susuannya yang sedang menyusu melainkan apabila dia berada dalam keadaan terlalu takut, yang menghapuskan segala saki-baki kesedarannya. Kesan-kesannya yang dahsyat itu juga dapat dilihat pada hati ibu-ibu hamil yang keguguran anak-anak kandung mereka dan pada hati manusia yang kelihatan mabuk, sedangkan mereka tidak mabuk. (Lihat Fi Zilal al-Quran, 11/127-128)
Penutup
Berdasarkan apa yang kami yang telah kami huraikan di atas, hendaklah setiap dari seorang muslim itu beriman dan percaya bahawa akan berlakunya tiupan sangkakala ini seperti yang telah tsabit di dalam al-Quran dan hadith.
Beriman dengan hari kiamat ini hendaklah disertakan bersama dengan amalan-amalan soleh untuk kita menghadapinya.
Semoga kisah-kisah berkaitan dengan hari kiamat ini akan menambah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Amin.
SUMBER: LAMAN WEB Mufti Wilayah Persekutuan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Saya Jaga Solat Tapi Hidup Tetap Susah, Suami Pemalas, Anak Degil Tak Pandai!’ Ustaz Jawab Dilema Wanita Ini
Sesungguhnya ujian Yang Maha Esa buat hamba-Nya berbeza-beza. Namun Dia tidak akan menguji kecuali mampu dihadapi oleh hamba-Nya.
Dah jaga solat namun tetap diduga dengan pelbagai masalah, hidup susah, suami pemalas, anak degil dan tak pandai. Berdepan dengan soalan ini Ustaz Khairul Anuar Basri memberikan penjelasannya
Saya menjaga solat, tetap juga hidup susah
“Ustaz…. Ustaz cakap orang yang jaga solat tu orang yang berjaya.
Tapi kenapa saya jaga solat, hidup saya susah? Suami saya pemalas dan tak bertanggungjawab. Anak-anak saya tak pandai, degil dan tak dengar cakap.
Kenapa ye Ustaz?”
Memang betul, ada orang yang hidupnya begini. Bahkan seringkali juga kita tengok orang yang tak jaga solat – bahkan tak solat pun – hidupnya jauh lebih baik dan cemerlang.
- Kita kena ingat. Solat ini kewajipan kita sebagai hamba Allah. Soal balasan tidak timbul sama sekali sebab kewajipan adalah kewajipan. Solat tetap kena laksanakan walau dalam keadaan apa sekalipun.
- Tapi janji Allah bagi orang yang solat dan jaga solat pun tak boleh dipandang enteng jugak. Allah bila berjanji, tetap akan ditunaikan. Allah tidak sesekali akan memungkiri janjiNya. Itu kita kena yakin.
- Manusia tak sunyi dari ujian. Setiap manusia akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Di saat kita melihat orang lain hidup senang, kita tak tahu ujian apa yang Allah timpakan kepadanya. Di saat kita merasa hidup orang lain lebih baik, kita tak tahu mungkin hakikat hidupnya lebih porak peranda daripada kita. Maka bersyukur dan bersabarlah.
- Allah tidak akan menguji manusia sesuatu yang dia tidak mampu untuk memikulnya. Setiap kali diuji, ingatlah bahawa Allah nak beri sesuatu yang lebih baik di hujung cerita. Tak kiralah sama ada di dunia atau akhirat. Pasti pengakhirannya akan jadi baik dan mulia. Dapat kebaikan, pahala atau syurga.
- Solat itu selain kewajipan, ia cara untuk kita dekatkan diri dengan Allah. Allah pun sebut supaya kita dirikan solat untuk ingat padaNya. Masa kita senang kita jaga solat. Masa kita susah pun kita kena jaga solat.
- Semakin susah hidup kita, semakin tinggi sepatutnya tumpuan kita pada solat. Sebab Allah pun ajar kita untuk minta tolong denganNya dengan cara bersabar dan bersolat. Itu sebaik-baik cara meminta tolong.
- Solat kena sabar. Sabar juga kena solat. 2 benda ni saling berkaitan dan saling bergantungan. Bila kita cakap sabar, maka sabar memerlukan masa. Rasulullah sendiri dalam banyak keadaan, tetap taat bersolat dan bersabar walaupun dalam kesusahan dan pertolongan dari Allah belum menjelang tiba.
- Banyak kisah yang kita dengar dan baca, bagaimana seorang isteri yang bersabar dan tetap setia berdoa selepas setiap kali solat untuk kebahagiaan suaminya, akhir sekali suaminya berubah menjadi manusia yang lebih baik.
- Tidak kurang pula kisah yang kita tahu, bagaimana seorang ibu yang bersabar dengan karenah anak-anaknya dan bangun malam untuk bersolat, bermunajat dan berdoa kepada Allah agar anak-anaknya sentiasa dijaga oleh Allah, akhirnya anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
- Kejayaan bagi orang yang solat dan jaga solat ni hakikatnya bukanlah kejayaan di dunia. Tapi kejayaan itu adalah kejayaan di akhirat. Itulah juga matlamat semua orang, nak berjaya di akhirat. Kalau dapat kejayaan sekali dengan di dunia, maka itu dah kira bonus la.
- Jangan sesekali tertipu dengan situasi orang yang tak solat pun hidup senang dan berjaya. Kejayaan sebegitu adalah kejayaan yang menipu. Hidup mereka jauh dari Allah dan di akhirat nanti mereka pasti akan merana dan menyesal.
- Jangan sesekali kecewa dan putus asa kalau kita jaga solat dan kita diuji dengan macam-macam ujian dunia. Itu tandanya Allah nak bagi kita pahala yang banyak. Di akhirat nanti mata kita akan terbeliak melihat banyaknya pahala yang kita ada hasil daripada ketaatan kita kepada Allah walaupun dalam kesusahan dan kepayahan hidup.
- Orang yang jaga solat ialah orang yang ingat Allah. Orang yang ingat Allah, Allah pasti akan ingat dia. Orang yang tak solat ialah orang yang tak ingat Allah. Orang yang tak ingat Allah, Allah pasti akan lupakan dia.
Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI