Baru baru ini tular kisah seorang peragawati dan pelakon Zahnita Wilson yang mendakwa menjadi mangsa keganasan dilakukan suaminya. Ia terbongkar apabila beliau mendedahkan wajahnya yang lebam di bahagian mata menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Realitinya apa yang berlaku pada Zahnita ini sebenarnya turut dialami oleh ramai isteri di luar sana namun didiamkan. Perlu diketahui bahawa dalam Islam seseorang suami itu tidak boleh memukul wajah isteri walaupun terjadi perselisihan yang dahsyat kerana hukumnya haram.
Memetik perkongsian Sinar Harian dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di alam perkahwinan, seorang suami tidak boleh memukul isteri.
Suami hanya boleh memukul isteri sebagai alternatif terakhir bagi tujuan mendidik dan tidak membawa kecederaan.
Pukulan adalah untuk isteri yang nusyuz sahaja. Seorang suami perlulah menasihati isteri terlebih dahulu sebelum memisahkan tempat tidur.
Jika tidak dihiraukan dah terakhir baharulah pukul jika isteri masih derhaka kepada suami.
Jawi menjelaskan, hanya pukulan ringan dibenarkan yang bertujuan memperbaiki hubungan.
Pukulan hanya pukulan ringan yang tidak mengeluarkan darah serta tidak menimbulkan kebinasaan jiwa atau cacat pada tubuh, patah tulang atau sebagainya.
Sumber: Sinar Harian