‘Harapkan doa terbaik, saya bukan manusia sempurna.’ Syamsul Yusof mengaku sudah sah bernikah dengan Ira Kazar berwalikan bapanya di Thailand.
Akhirnya setelah melalui episod yang panjang, kemelut rumah tangga yang melanda pasangan ini menemui noktahnya.
Pengarah popular, Syamsul Yusof, 39, akhirnya mengesahkan dia sudah bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, hari ini. Syamsul berkongsi berita itu menerusi video di Instagram, hari ini.
Dalam masa yang sama, menurut Syamsul, pernikahan itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.
“Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan,” katanya menerusi video itu.
Difahamkan, Syamsul kini berada di Thailand. Syamsul turut menjelaskan Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah.
“Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
“Apa saja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya.
Malah jelas Syamsul, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.
“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga. Saya harap doa yang baik-baik dari ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.
“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati, dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki dan niat jahat.
“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” katanya.
Baca Di Sini:
Puteri Sarah Puas Dapat Tawaf Walau Hamil 23 Minggu & Anak ‘Melekap’ Sepanjang Masa
Kashoorga : Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran buat kita semua. Walaupun pahit, tapi terpaksa juga ditelan.
Sumber : myMetro