‘Hari-hari menangis cari orang Malaysia.’ 10 hari jemaah umrah hilang di Tanah Suci, Pak Ibrahim akhirnya ditemui. Alhamdulillah syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi, akhirnya Pak Ibrahim yang hilang tanpa khabar berita akhirnya ditemui.
Paling penting dia dalam keadaan selamat dan sihat. Pak Ibrahim atau nama sebenarnya Ibrahim Omar, bertolak ke Makkah pada 26 November lalu dan sepatutnya pulang ke tanah air, semalam tetapi gagal dijejaki selepas enam hari tiba di Tanah Suci.
Artikel Berkaitan
Sebelum ini tular di Facebook kisah Pak Ibrahim yang hilang ketika sedang tunaikan umrah. Mutawif dan jemaah lain yang berada di Tanah Suci turut berusaha menjejakinya.
Malahan pihak travel agency berusaha mencari di merata termasuk di hospital, balai polis, lokap tapi segala usaha menemui kegagalan hingga akhirnya hari ini dia ditemui.
Ikuti perkongsian mutawif, Nabil Alkhred yang menemui Pak Ibrahim.
*الْحَمْدُ ِللهِ *
Saya jumpa Pak Ibrahim yang hilang selama hampir 10 hari,
Kasihan tengok dia ke hulu dan ke hilir. Syukur Pak Ibrahim sihat, cukup makan, dan juga cukup minum.
Saya tanya, dia tidur di mana? Pak Ibrahim jawab dia tidur di tempat burung merpati berkumpul.
Mukanya ada sedikit kesan lebam kerana tersembam di batu. Tapi semuanya selamat tiada ada apa-apa yang yang cedera teruk,
Syukur *الْحَمْدُ ِللهِ *
Perkara pertama bila jumpa diberi nasi dan air, tetapi Pak Ibrahim tak nak makan sebab terlalu teruja akhirnya ada orang Malaysia yang tegur dia. Sesungguhnya sedih rasa hati ini bila melihat sendiri muka Pak Ibrahim.
Katanya, hari-hari dia menangis sambil mencari jemaahnya. Name tag travelnya serta beg sentiasa dia pakai tapi tak jumpa juga jemaah Malaysia.
Nak cakap bahasa Arab tak tahu, jadi Pak Ibrahim tak putus asa teruskan berjalan. Hanya berhenti bila penat dan tidur di mana rasa nak tidur.
Bila saya beritahu ahli keluarganya serta jemaah yang semua sudah pulang ke Malaysia, saya juga jelaskan Pak Ibrahim jangan risau, dia pasti saya serahkan kepada pihak travel agency untuk uruskan Pak Ibrahim pulang ke pangkuan keluarga tersayang.
Umur Pak Ibrahim 67 tahun (tak nyayuk lagi dia cakap) dan berasal dari Pulau Langkawi, Kedah.
Terima kasih semua yang tak berhenti-henti mendoakan beliau. Insyallah setiap langkah Pak Ibrahim akan dikira pahala insyallah.
Saya : #mutawwifsempoi
Dari: Abeel Travel & Services
Baca Di Sin
Kashoorga: Alhamdulillah Pak Ibrahim ditemui selamat.
Sumber : Nabil Alkhred
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!