Rayakan sebulan. Inilah sering kita dengar dalam bentuk gurauan. Pastinya tahun ini menjadi kenyataan kerana umat Islam meraikan Syawal genap 30 hari selepas kedudukan bulan tidak memenuhi Kriteria Imkanurrukyah.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam di fb Jabatan Mufti Selangor, berdasarkan data-data kedudukan bulan dan matahari ketika matahari terbenam pada hari ini iaitu hari Isnin (semalam), 29 Syawwal 1443H mendapati kedudukan bulan tidak memenuhi Kriteria Imkanurrukyah. Maka, keeesokan hari, 31 Mei 2022 iaitu hari Selasa adalah bersamaan dengan 30 Syawwal 1443H.
Penelitian pada 30 Mei 2022 bersamaan 29 Syawwal 1443H. Ijtimak bulan dijangka berlaku pada 30 Mei 2022 jam 7:32 malam.
“Berdasarkan data-data kedudukan bulan dan matahari ketika matahari terbenam pada hari ini iaitu hari Isnin, 29 Syawwal 1443H mendapati kedudukan bulan tidak memenuhi Kriteria Imkanurrukyah. Maka, keeesokan hari, 31 Mei 2022 iaitu hari Selasa adalah bersamaan dengan 30 Syawwal 1443H. Oleh itu, 1 Zulqa’dah 1443H ditetapkan pada hari Rabu, 1 Jun 2022.
Jadi hari ini adalah hari terakhir bagi yang hendak melengkapkan puasa enam masing-masing dan meraikan kegembiraan hari raya hari ini. Semoga segala memori, melekat dalam jem selepas dua tahun tidak beraya akan kekal menjadi ingatan manis buat semua.