‘Haris sangat pentingkan adab & akhlak, tegur bila buat salah.’ Selepas setahun berkahwin, Neelofa kongsi tip rumah tangga. Ternyata banyak kemanisan dalam rumah tangga yang dikecapi figura ini.

Diam tak diam, sudah lebih setahun usia perkahwinan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.

Malah, melengkapkan lagi kehidupan berumah tangga mereka dengan kehadiran cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.

Artikel Berkaitan: Gurauan Manja Neelofa Pada Suami, Sempat Usik PU Riz Jadi “Tikus Makmal” Ketika Hidang Sarapan Pagi

‘Haris Sangat Pentingkan Adab & Akhlak, Tegur Bila Buat Salah.’ Selepas Setahun Berkahwin, Neelofa Kongsi Tip Rumah Tangga
Haris Sangat Pentingkan Adab & Akhlak

Pastinya apa yang diharapkan dalam sebuah kehidupan antara suami dan isteri adalah suasana yang harmoni selain saling melengkapi antara satu sama lain sekali gus membawa ikatan yang dibina itu kekal selama-lamanya.

Bagi Neelofa, 33, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dia beruntung apabila mendapat suaminya yang sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan teguran buat dirinya dalam menjadi isteri dan Muslimah sejati.

“Saya bukan seorang yang semuanya perkara boleh buat dengan baik. Macam dengan suami pun kalau ada perkara yang tak sefahaman itu normal.

‘Jadi kita cuba perbaiki semula. Kita kena ada perasaan sebegitu tapi kalau kita sendiri yang macam nak kebahagiaan seorang saja sampai sudah tak ada titik pertemuan di tengah-tengah.

“Haris ini nampak saja macam itu tapi sekecil-kecil perkara pun dia memang sangat teliti. Contoh, cara saya duduk depan dia, cara saya jawab mesej dia. Dia sangat pentingkan adab dan akhlak. Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan dia akan tegur. Dia kata kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu kita kena tunjuk adab dan akhlak yang baik.

IKLAN

“Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur saya berpuluh-puluh kali. Jadi saya pun jadi lebih peka selepas itu,” katanya.

‘Haris Sangat Pentingkan Adab & Akhlak, Tegur Bila Buat Salah.’ Selepas Setahun Berkahwin, Neelofa Kongsi Tip Rumah Tangga
Tegur Bila Buat Salah

Menurut Neelofa yang juga usahawan berjaya dengan jenama Naelofar dan beberapa rangkaian perniagaan lain berkata, selepas bersalin dan melalui fasa baharu sebagai ibu, kehidupannya juga sedikit sebanyak berubah.

Jika dahulu dia dilihat sebagai seorang wanita yang padat jadual harian dengan kerjaya dan komitmen perniagaan, tapi kini berubah mengikut situasi semasa dirinya.

“Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna, sebab mesti ada kurang di mana-mana. Tapi nak banding dulu dan sekarang saya rasa sekarang lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman walaupun tak terlalu rancak tapi saya rasa dapat rezeki yang cukup.

“Saya tak adalah bekerja sekuat dulu. Banyak masa di rumah. Menjadi ‘lady boss’ itu dah banyak berkurang. Kalau urusan kerja, saya banyak serahkan kepada Haris. Kadang-kadang ada beberapa perkara juga yang saya perlu terbabit sebab kalau projek itu perlu ada orang pimpin. Tapi apa saya boleh cakap, saya bukanlah orang yang sama seperti sebelum ini,” katanya.

IKLAN

‘Haris Sangat Pentingkan Adab & Akhlak, Tegur Bila Buat Salah.’ Selepas Setahun Berkahwin, Neelofa Kongsi Tip Rumah Tangga
Selepas Setahun Berkahwin

Pada masa sama, Neelofa bersyukur diberikan perjalanan kehidupan yang seimbang baik daripada segi kehidupan peribadi mahupun kerjaya.

“Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya. Banyak orang yang mungkin terlalu awal kahwin atau lewat dapat anak. Saya rasa syukur, alhamdulillah, Allah bagi perjalanan hidup saya yang agak seimbang.

“Sekarang ni dah banyak masa di rumah, saya rasa berpuas hati dengan apa yang saya buat dulu. Kalau dulu saya berikan sepenuhnya dan buat sikit-sikit saja mesti sekarang saya masih nak lagi. Saya tak rasa terlambat pun dengan apa yang saya dapat sekarang. Kawan saya yang dah kahwin empat tahun lepas dan dah ada anak saya rasa macam boleh ikut jejak dia.

“Alhamdulillah saya gembira sekarang ini dan saya nak jadi hamba Allah yang bersyukur lebih. Saya pernah cakap yang Haris mengajar saya banyak perkara mengenai kesyukuran.

‘Dia antara manusia yang banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur. Kadang-kadang saya terlepas pandang dan dia selalu ingatkan. Kalau saya macam tertekan dan sedih dia akan cakap dan bagi nasihat kepada saya,” katanya.

IKLAN

‘Haris Sangat Pentingkan Adab & Akhlak, Tegur Bila Buat Salah.’ Selepas Setahun Berkahwin, Neelofa Kongsi Tip Rumah Tangga
Neelofa Kongsi Tip Rumah Tangga

Neelofa juga berkongsi yang suaminya seorang sentiasa memberi ruang untuknya melakukan dalam apa juga perkara.

“Kalau suami saya keras dan saya juga keras ia akan menjadi susah. Sebetulnya suami kena ke depan dan saya perlu di samping mengikuti langkahnya barulah akan dapat harmoni.

“Haris jenis yang selalu bagi ruang dan dia bukan jenis yang perlu ikut dia saja. Dia bagi kebebasan untuk saya bernafas sikit. Saya tak rasa tekanan dan rasa macam diri sendiri saja. Jadi di situ manisnya,” katanya.

Baca Di Sini:

Bangun Awal Sebelum Subuh Buat Solat Sunat Dulu, Antara Perkongsian Menarik Neelofa Yang Sangat Berinsprasi

Neelofa Nikah Esok! Ustaz Don Titip Pesanan Pada PU Riz Agar Jaga Perhiasan Dunia Baik Yang Allah Bagi

Kashoorga : Begitulah bila hidup berpasangan, ternyata banyak bahagia yang dapat dikecapi bersama.

Sumber : myMetro

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI