“Harta Ini Hanya Pinjaman”, Anak Bangsawan Pilih Jadi Tukang Susun Kasut Di Masjid Meski Kaya Raya

Share

Satu dalam sejuta dan barangkali memilih untuk glamer di langit, bukan di bumi. Inilah yang dilakukan oleh seorang remaja berusia 17 tahun yang berketurunan bangsawan dikenali sebagai Raja. Jika diceritakan kekayaan bapanya yang membina Masjid Megah As-Sa’adah Ciater dengan biaya sendiri selain memiliki  Hotel dan Resort Lembah Sarimas yang terletak di Bandung, Indonesia sudah pasti anak muda ini hidup senang lenang kerana penghasilan pendapatan melebihi 1.2 million rupiah setiap bulan.

Namun ternyata Raja lebih senang duduk di hadapan masjid bapanya dan mengalu-alukan kedatangan mereka yang ingin solat. Bahkan dirinya dengan tangan yang sentiasa di dada mengalu-alukan kedatangan mereka sambil memberi arahan kasut diletakkan ke sebelah kanan bagi lelaki dan kiri bagi perempuan.

Dan lebih mulia, tanpa ada sebarang rasa segan hatta dirinya kaya raya, dia akan menyusun kasut-kasut pengunjung dengan lebih teratur sekalipun bapanya adalah pemilik masjid berkenaan. Dan ketika pengunjung ingin balik sesudah solat, dirinya akan mendoakan kesejahteraan mereka.

Secara jujurnya, kalau kisahnya tidak viral, orang akan melihatnya sebagai anak muda biasa yang kerjanya mungkin sebagai tukang susun kasut di masjid. Tapi selepas kisahnya mula tular di Tik Tok @Matpecii dan saat ditemuramah, jelas kelihatan dirinya amat merendah diri. Saat ditemuramah adakah benar dia anak pemilik masjid dan hotel tersebut, Raja tidak terus menjawab ia sebaliknya masih malu-malu untuk mengakui hal berkenaan. Malah dia juga tidak ingin dikenali ramai bahawa dirinya adalah anak orang kaya. Bahkan @Matpecii seakan tidak percaya kerana penampilannya sangat biasa-biasa sahaja dengan tangan sentiasa diletakkan di dada, tanda kerendahan diri dan hatinya.

Dan selepas kisahnya tular di media sosial, ada stesen tv memangggilnya untuk temuramah dan Raja masih dengan sikapnya sebelum ini. Bahkan ketika ditanya mengapa dia melakukan pekerjaan itu sedangkan kaya raya, tidak mengenakan kasut mahal atau pakaian mewah, kata Raja harta itu hanya pinjaman dunia.

Ya, beginilah sifat orang soleh. Tahu bahawa apa yang ada di dunia adalah milik Sang Pencipta yang memberi kita pinjaman sementara. Malah orang ramai yang memberi komen menyifatkan bahawa orang tuanya telah berjaya mendidik mereka adik beradik dengan sesempurna mungkin dan tidak menghiraukan harta dunia sebaliknya melebihkan akhirat. Ramai menyifatkan Raja adalah sebenar-benar Raja dan memilih untuk glamer di mata penghuni langit dan bukannya penghuni dunia yang sering terkasima dengan harta dunia termasuk suka menunjuk-nunjuk di media sosial konon untuk memberikan motivasi dalam diri orang lain.

Semoga kita juga istqomah dengan diri kita dan tidak terlalu mengejar dunia kerana biarlah kita kembali ke alam akhirat dengan membawa sejuta amal yang terlihat ikhlas di mata Allah taala dan bukan mengharapkan pujian manusia.

 

 

Published by
Almaswa Che Ros