Impian seorang bapa pastinya mahu melihat kejayaan setiap anak bukan sahaja dalam mengejar duniani tetapi juga akhirat.
Bagi bapa ini, impian mahu melihat anaknya berjaya menghafaz 30 juzuk tidak kesampaian apabila dirinya terlebih dahulu dijemput Illahi.
Allahyarham Abdul Rani Abdullah meninggal dunia akibat kemalangan selepas melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim di Kubang Semang Isnin lalu.
Biarpun tidak sempat melihat anaknya ini menghafas 30 juzuk al-Quran dan bergelar al-Hafiz, tetapi sebagai anak yang taat, remaja lelaki inilah yang telah mengimamkan solat jenazah bapanya.
Kisah dikongsi Masjid Abdullah Fahim SPU (MAFSPU) di laman rasmi Facebooknya memberitahu, Mohd Danish bin Abdul Rani merupakan anak ketiga yang juga pelajar di Sekolah Islam Tahfiz Sains Darul Mumtaz, Padang Serai, Kedah itu telah menghafaz Quran sebanyak 13 juzuk.
“Mohd Danish yang berumur 14 tahun dan merupakan anak ketiga dalam ahli keluarganya. Menjadi kebanggaan kami, Mohd Danish antara yang bakal menjadi hafiz suatu hari nanti. Beliau kini sudah menghafaz Quran sebanyak 13 juzuk. Beliau bersekolah di Sekolah Islam Tahfiz Sains Darul Mumtaz, Padang Serai, Kedah.
“Kami mendoakan semoga Mohd Danish diberikan kekuatan dan ketabahan di atas ujian yang dihadapi. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan dan menjadi anak soleh serta dapat membantu keluarga dan masyarakat.
“Pihak MAFSPU mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Abdul Rani bin Abdullah. Semoga Allah Ta’ala ampunkan segala dosa-dosanya dan terima segala amal ibadahnya. Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman.
Ternyata perkongsian ini mendapat reaksi positif dari warganet. Masing-masing mengucapkan takziah dan mendoakan semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang beriman.
Juga turut mendoakan juga semoga remaja ini berjaya merealisasikan impian arwah ayahnya.
Siti Mariam Mokhtar semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman dan beramal soleh. seawal menghembus nafas akhir, anak sndr mengetuai solat jenazah….
nikmat apa lg yg ingin didustai….bhwsanya zuriatmu itu bukan biasa2 semoga terus mengalir doa ank2 yg soleh kpd org tua mrk. aamiin
Khairun Nisa Jaafar Innalillah wainna illaihi rojiun. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin. Salam takziah utk keluarga arwah di atas kehilangan orang yang tersayang.
Mahmud Aban Innalilahi wainaihirojiun…masya Allah hebatnya Allahyarham mememilik anak yg semuda 14 tahun ini dpt mengimamkan solat jenazah Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan mereka yg beriman dan beramal soleh.
Ana Tajul Semoga di tmptkan bersama para solihin,sesungguhnya arwah berjaya mendidik ank nenjadi ank yg soleh,Mohd Danish menjadi inspirasi,moga ank kita semua juga boleh menjadi sptnya
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE