Hidayah Allah itu datang tanpa diduga. Hanya Allah sahaja tahu siapa yang menerima hidayah dariNya dan insan ini memang cukup bertuah.  Tanggal 25 September menyaksikan seorang Youtuber Korea terkenal, Jay Kim atau nama sebenarnya Kim Jae Han bergelar seorang Muslim.

Video bagaimana perjalanannnya mengucapkan dua khalimah syahadah di hadapan imam Masjid di Seoul juga viral di laman youtube semalam. Memilih nama Daud Kim kerana mirip namanya dalam Khatoilknya, David.


Dalam satu posting di laman instagamnya, dia yang sebelum ini beragama Khatolik berkata sejak tertarik dengan Islam, banyak perkara dalam hidupnya telah berubah.

Menurutnya dia belum bersedia tetapi dia akan sentiasa berusaha untk menjadi seorang Muslim yang baik. Dia juga memberitahu ingin bertaubat atas dosa dilakukan dan berserah semuanya pada Allah SWT.

IKLAN


Walaupun dilahirkan bukan sebagai Muslim, tetapi dia tahu Allah sentiasa bersamanya dan memberikan petunjuk dan membantu untuk mengenali Allah dengan lebih dekat.

Dia yang mempunyai subcriber lebih dari 500K merupakan antara youtuber terkenal Korea walaupun sebelum ini pernah mencipta nama sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu.

Perkhabaran berita pengislamannya ini mendapat reaksi positf dari followernya dan menzahirkan rasa syukur. Malah ramai sebenarnya sudah menjangkakan dia akan memeluk Islam kerana selalu muat naik video pencariannya tentang Islam.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jay Kim (@jaehan9192) on


Bukan itu sahaja, dia juga sering muat naik video yang membawa informasi tentang budaya Islam di Korea dan interaksinya bersama penganut Islam di sini.

Sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memeluk Islam kepada ibunya, tetapi ditentang kerana golongan Muslim di Korea adalah minoriti.

IKLAN

Semoga Jay Kim atau Daud Kim kekal istiqamah dengan agama barunya dan terus membuat video berkaitan Islam dengan lebih banyak agi.

 

View this post on Instagram

 

Do you need a tour guide? 🇰🇷 That’s me!! 😆 @jaehan9192 Let’s go!! Follow me❤️

A post shared by Jay Kim (@jaehan9192) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM JAY KIM

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI