Bagi yang kehilangan ahli keluarga khususnya bagi yang belum berpeluang mengerjakan ibadah haji akan berusaha melakukan haji badal untuk si mati. Malah di media sosial kita dapat melihat ada “ustaz-ustaz” melakukan promosi pada harga serendah RM1500 dan akan memberikan kita sijil bahawa badal haji telah dilaksanakan.
Namun penipuan saban tahun ini membuatkan ramai pihak terpedaya kerana kenyataan dari Tabung Haji sendiri, kos RM2500 seorang belum mencukupi kerana kos permit dan perbelanjaan lain yang perlu ditanggung penduduk tempatan Arab Saudi bagi menunaikan ibadat haji adalah jauh lebih tinggi.
Malah dalam memastikan isu ini tidak berterusan, pihak LembagaTabung Haji menasihatkan oang ramai lebih berhati-hati dengan tawaran badal haji yang sering dipromosikan di media sosial oleh agensi pelancongan dan individu tertentu.
TH dalam kenyataan media, berkata pelaksanaan Rukun Islam kelima ini memerlukan setiap jemaah dari luar Arab Saudi mendapatkan visa menunaikan haji manakala penduduk tempatan perlu memohon permit terlebih dahulu.
Sehingga kini katanya, kerajaan Arab Saudi masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berkaitan pelaksanaan ibadat haji tahun ini.
"TH amat bimbang dengan kes penipuan badal haji yang berlaku setiap tahun.
"Orang ramai diminta memastikan ejen atau individu yang menawarkan perkhidmatan ini mempunyai kebenaran menunaikan haji serta berkelayakan dari segi ilmu untuk melaksanakan badal haji dengan sempurna.
"Selain itu, tawaran badal haji pada kadar bawah RM2,500 seorang adalah tidak munasabah kerana kos permit dan perbelanjaan lain yang perlu ditanggung penduduk tempatan Arab Saudi bagi menunaikan ibadat haji adalah jauh lebih tinggi," katanya.
Menurut kenyataan itu, TH dan anak syarikatnya tidak pernah terbabit dalam sebarang bentuk promosi, penawaran mahupun penyediaan perkhidmatan badal haji (sumber Berita Harian)
Hal ini turut menarik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang turut berkongsi isu ini di fbnya.
Dalam kenyataannya, dirinya mengambil kesempatan untuk berpesan kepada semua umat Islam untuk berhati-hati untuk mengelakkan penipuan.
Buat masa ini, Kerajaan Malaysia dan Tabung Haji masih menunggu kenyataan daripada Kerajaan Arab Saudi berkenaan kebenaran menunaikan haji dan kuota yang diberikan sekiranya ada.
Semoga kita terus terus terpedaya dengan sindiket ini yang cuba berselindung di sebalik agama dan harga murah ini.