Ibadah korban adalah ibadah yang sangat dituntut melakukannya bagi setiap individu yang berkemampuan. Firman Allah SWT:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”Surah al-Kauthar (2).
Hukum melakukan ibadah korban ialah sunat muakkad yang bererti seseorang itu mempunyai lebihan harta dari keperluan dirinya dan keluarga yang ditanggungnya pada siang hari raya haji dan malamnya serta hari-hari tasyriq tetapi dia tidak melakukan korban maka hukumnya adalah makruh.
Berbanding tahun lalu, harga bagi satu bahagian korban tahun ini bermula dari RM680. Kenaikan segala kos membuatkan harga binatang ternakan juga melambung naik.
Kita sering mendengar ibadah korban dilakukan di negara-negara Islam lain khususnya yang ekonominya tidak sebaik Malaysia. Ia banyak diuruskan oleh pihak Ngo dan orang perseorangan. Kadar satu bahagian masih dianggap murah berbanding Malaysia. Bahkan ia sering diwar-warkan penerimanya hanya menikmati daging setahun sekali sebagai “ayat penarik simpati” kepada rakyat negara ini yang memiliki rezeki lebih.
Namun sesuatu yang perlu kita perhalusi ialah, jangan terperanjat kerana wujud sisi gelap ibadah korban di luar negara ini yang mampu mengaut untung jutaan ringgit semusim. Ia dikongsikan oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Yusoff mengenai sisi gelap dunia korban. Berhati-hatilah dalam memilih ibadah korban murah khususnya di luar negara.
Binatang korban yang dipilih mesti mencukupi syaratnya.Bukan nak murah saja
Ini perkongsiannya :-
Ads
Orang Bangladesh bila masuk kandang depa akan tanya mana yang paling besaq. Tapi kebanyakkan kita bila korban selalu tanya ” ada tak yang murah dan cukup umur”.
Bila nak buat korban, pastikan cari yang paling banyak daging sebab lebih banyak manfaat untuk penerima.
Sisi gelap yang berlaku dalam dunia KORBAN ni adalah banyak yang collect dengan nilai paling tinggi tapi pilihan binatang korban dengan nilai yang sangat rendah. Berpadalah dalam mengambil untung ya.
Paling membimbangkan korban luar negera, saya pernah tengok satu claim berkaitan buat korban di kemboja/Africa dengan angka mencecah 3000 ekor. Pengalaman peribadi ke Kemboja memang agak sukar @ mustahil untuk menguruskan urusan korban dan serahan sebanyak itu. Malah saya membayangkan kat mana la tempat nak uruskan lembu sebanyak itu.
Ada iklan korban di Africa dengan kos 250 satu bahagian, sedangkan nilai pasaran lembu di sana tidaklah begitu murah. Sebab tu dalam ibadah korban yang paling baik buatlah di tempat yang berdekatan dan tempat yang kita bekerja cari rezeki. Sunat kita tengok binatang korban kita. Maslahah ni nak elak dari kes-kes penipuan jugak.
Elakkan mentaliti buat korban nak yang murah ya.
Ads
Bayangkan kalau dapat buat collection 1000 ekor untuk buat korban, kutipan RM800 satu bahagian total dapat RM5600. Bila ke kandang, beli lembu yang kurus dan kecil dengan harga RM4000 maka keuntungan selepas tolak kos upah sembelih dan lapah adalah sekitar RM1500.
Total untuk 1000 ekor bersamaan PROFIT RM1.5 juta.
Saya sarankan untuk tahun ni, peserta-peserta carilah Surau/ Masjid atau madrasah di kawasan berdekatan ya. Ambillah kesempatan untuk uruskan binatang korban sendiri. Biaq puas hati dalam ibadah ni.
Ads
Alhamdulillah minggu ni sempat datang ziarah lembu kami yang di fidlot di Tenang Agro Farm Kuala Nerang, anggaran semua akan cecah 100kg bersih untuk daging sahaja menjelang Raya haji.
Demi Allah sepanjang 4 tahun dah buat korban di MADAD. Kami merekodkan kerugian yang konsisten, sebab collection dari peserta hanya RM4900 untuk seekor lembu. Tapi tahun lepas kami bayar lembu seekor semua atas RM4900. So memang takdak profit langsung malah perlu di absorb kos tahun lepas ja dekat RM30 ribu untuk hampir 100 ekor.
Ingat ya tak semua buat murah tu tipu, cuma kena hati hati. Banyak juga NGO yang telus dan buat betul siap beraudit.
Kalau betul nk buat beli tiket p sana terus biaq puas hati. Beli tiket tu pun dah dapat pahala sambil isi masa untuk khidmat umat.
Doakan ya projek korban kerjasama MADAD, AAA dan KIUT dapat bagi manfaat sebaiknya.
p/s : Saya tak jual lembu korban ya. Cuma pelik macam mana harga daging mentah di sebahagian negara luar lagi mahal dari harga kita. Apatah lagi lembu hidup. Sepatutnya lebih mahal bukan murah. Sumber : FB Mohammad Yaakub Yusra
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mencium Hajar Aswad yang berada di sudut Kaabah menjadi salah satu impian bagi umat Islam yang mengerjakan ibadah haji dan umrah. Tidak mudah menciumnya kerana ada ribuan manusia berebut-rebut melakukannnya dan semuanya bergantung atas rezeki dari Yang Maha Esa.
Jika selama ini kita hanya melihat dari sudut luar Hajar Aswad, terkini seluruh dunia termasuk umat Islam boleh melihat bagaimana rupa bentuk sebenar batu dari syurga ini selepas Kerajaan Arab Saudi buat pertama kalinya memaparkan rupa batu ini dalam bentuk sebenar.
Jabatan Pengajian Kejuruteraan Reasah Alharmain mengambil gambar itu menerusi teknologi Focus Stack Panorama di mana setiap gambar mencapai 49,000 megapiksel dan memerlukan 50 jam bekerja untuk memproses semua 1,050 foto itu.
Dengan gambar ini, ia merupakan pertama kali Hajar Aswad dapat dilihat lebih dekat yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Sebelum ini kita hanya saksikan ia dilindungi oleh bingkai Perak tetapi sebenarnya Hajar Aswad terdiri dari lapan batu kecil yang digabungkan dengan kemenyan Arab.
Batu kecil ini ukurannya tak lebih dari 1 cm dan yang paling besar tidak melebihi ukuran 2 cm manakala bingkai diperbuat dari perak yang selama ini kita lihat dari luar Kaabah itu berfungsi sebagai pelindung dari batu suci itu.
Berdasarkan buku sejarah, Hajar Aswad yang berasal dari syurga dan kemudian ditempatkan di Kaabah oleh Nabi Ibrahim setelah diberikan oleh Malaikat Jibril. Dipetik dari buku 'Rujukan Utama Haji & Umrah untuk Wanita' karya Ablah Muhammad al-Kahlawi, terdapat 6 keistimewaan Hajar Aswad yang jarang diketahui banyak masyarakat sebagai berikut:
1. Berasal dari batu syurga Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. "Hajar Aswad berasal dari syurga," (HR Ahmad dan At -Turmudzi).
2. Terletak di tempat paling mulia di dalam Baitullah Hajar Aswad terletak di tapak asas yang telah ditinggikan Nabi Ibrahim bersama puteranya, Nabi Ismail. Sebagaimana Allah SWT, berfirman di dalam surah Al Baqarah. "Dan ingatlah ketika Ibrahim meninggikan tapak asas Baitullah bersama Ismail" (QS Al Baqarah : 127)
3. Satu satunya batu yang sangat dianjurkan untuk dicium dan diusap "Sungguh, aku tahu, kamu hanya batu. Tidak boleh memberi manfaat atau bahaya apa pun. Andai saja aku ini tak pernah sekalipun melihat Rasulullah shallahu alaihi wa sallam menciummu, aku pun enggan menciummu," (HR Bukhari)
4. Menjadi titik awal dimulainya tawaf di sekeliling Kaabah
5. Menjadi saksi di hari kiamat bagi orang yang mengusapnya dengan benar
6. Dikatakan sebagai tangan kanan Allah SWT di bumi yang boleh dijabat oleh hambanya.
Sumber : Liputan 6
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebagai pasangan suami isteri, memang kita digalakkan saling bantu membantu dalam apa jua situasi. Barulah kasih sayang antara keduanya akan berpanjangan hingga ke jannah.
Begitu juga dengan perkongsian pasangan suami isteri ini yang saling membantu ketika salah seorang ditimpa sakit.
Dalam satu posting di laman sosial Twitter menggunakan akaun @cydacumi memberitahu kesetiaan dan kesanggupan seorang suami untuk menjaga isteri yang ditimpa musibah menderita masalah Scoliosis sejak melahirkan anak pertama.
Scoliosis adalah masalah kesihatan membabitkan tulang belakang seseorang akan bengkok ke kiri atau ke kanan. Disebabkan masalah itu pesakit akan mengalami pening kepala, mudah marah selain kesukaran untuk bernafas.
Suami adalah segala-galanya
Mengalami selepas bersalinkan anak pertama
Seronok rasa bila Allah swt makbulkan impian aku untuk hidup dengannya… Tapi 8bulan lepas bersalinkan anak aku yg pertama, aku diduga dengan penyakit yang buat aku lemah untuk hidup. Luaran nampak biasa. Tapi dalaman hanya Allah swt dan suamiku saja tahu…
Tulang belakang jadi bengkok, susah bernafas, sakit perut dan mudah marah
Aku ada scoliosis. Tulang belakang aku bengkok. Hari2, aku akan sakit belakang, susah nafas, sakit kepala, sakit perut, mudah marah sebab masatu anak aku yang pertama kecik lagi. Dan akhirnya aku akan menangis. Kenapa aku yang Kau duga.
Suami layan segala ragam & berkata ini dugaan Allah tanda Dia sayang
Soalan tu selalu bermain kat kepala aku. Hari2, itulah orang yang menghadap segala ragam aku.. suamiku… Penat dia balik kerja.. buka pintu, aku tengah nangis. Dia terus peluk aku.. “sabar… dugaan tanda Allah sayang”
Dengan tak mandi lagi, dia ambil minyak, dia sapu kat belakang aku dan suruh aku rehat. Dia pandang aku lama. Dia kesiankan aku… Dia balik, dengan makanan pun takda, terus hadap orang sakit. Dengan nak urus anak lagi. Rumah lagi
Penat dia lagi…
Sakit jadi berkurangan, emosi stabil dari sebelumnya
Bila dia sapu minyak & urut belakang, aku akan rasa lega. Sakit kurang. Emosi aku stabil daripada sebelum… Malam tu aku tertidur “sayang, jom makan. pa ada masak sikit tapi tak sedap macam ma masak
” kesian dia… Maafkan ma
Boleh kata dalam sebulan, 2/3 hari saja aku boleh survive Masa tulah aku guna segala kudrat untuk anak dan suami yang aku sayang… Waktu dia dah nak balik kerja, aku siapkan lauk2 atas meja. Pinggan, nasi , air semua dah siap
“Assalamualaikum… Aku jawab salam dan buka pintu. Aku senyum… Dia tahu aku sihat dan terus peluk dan cium dahi aku… “pa suka tengok ma macam ni… alhamdulillah …” Dia mandi pastu makan. 2kali tambah
Dia tetap tidak bosan melayan kerenah, terima diri ini seadanya
Alhamdulillah untuk hari itu…
‘pa tak bosan ke dengan ma? jaga ma.. tahan dengan perangai ma. ma tak macam oranglain… ma selalu sakit’ “pa takan bosan dengan ma.. pa tahu ini dugaan untuk kita… pa sayang ma lebih dari nyawa pa…”
Allah beri aku sakit dan Allah beri aku suami yang terima aku seadanya… Sekarang, aku dah boleh control sakit aku… Suami aku pun dah makin membulat sebab aku selalu masak
Macam-macam mujizat Allah beri dan kehadiran suami paling bermakna
Alangkah bahagianya kalau setiap hari aku sihat
Tahun ni, dah hampir 10tahun perkahwinan aku & dia… Dah 2 anak dah
macam2 mukjizat Allah swt untuk aku… And benda paling bermakna…
Dia adalah orang yang sama. Tak jemu tak penat melayan ragam aku. Tetap sapu minyak tetap urut sampai kurang sakit aku. Tetap masakkan untuk aku… Tetap peluk dan ingatkan aku, “dugaan, tanda Allah sayang…”
Aku taknak sia2kan waktu aku sihat. Sebab itu yang aku ada untuk membahagiakan suami dan anak2 aku… Esok harijadi suami aku yang ke 31tahun…
Semoga Allah tunaikan impian kami, mahu sihat & berjuang cari rezeki untuk keluarga
Semoga Allah swt tunaikan impian aku untuk dia… Aku nak sihat dan berjuang cari rezeki untuk dia & anak2… lama sangat aku dah rehat… Semoga Allah swt panjangkan umur dia… dan Semoga dia berjaya ddunia dan diakhirat…
Alhamdulillah… inilah bahagian aku… Aku masih dapat rasa bahagia walaupun dalam keadaan yang buat aku lemah… Aku bersyukur… Dugaan, tanda Allah sayang… Selamat harijadi suamiku… -end
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hidup dipenuhi ujian. Namun tiada siapa mengharapkan ujian di luar pemikiran manusia. Ia disifatkan sangat kejam apatah lagi kekejaman itu terjadi dalam alam rumahtangga yang diharapkan bahagia hingga ke akhir hayat bagi semua wanita.
Pasti kita masih ingat situasi seorang kakitangan awam, Jahidah Nordin, 43 yang ketika itu hamil empat minggu namun telah dibelasah teruk oleh suaminya hingga tengkorak kepalanya hancur selain tulang belakang dan rusuknya retak dipercayai dipukul pada 4 Mei lalu. Namun selepas bertarung nyawa beberapa bulan di unit rawatan rapi, Jahidah mula sedarkan diri dan dibenarkan keluar dan dijaga oleh adiknya, Fazariah Nordin di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan hingga kini.
Dalam keadaan kini hamil lima bulan, di aplikasi Tik Tok @ziahzara15, adik yang merindu suasana ketika kakaknya masih sihat dahulu menjelaskan walau kakaknya sudah sedar namun pandangan mata kakaknya kelihatan kosong. Ia pandangan separuh sedar.
Apa yang lebih menyedihkan Fazariah memaklumkan kakak kesayangannya itu mengalami kerosakan otak yang teruk. Dirinya tak akan kembali normal seperti dahulu,” kongsinya di aplikasi Tik Toknya. Jelas Fazariah, berita sedih itu dimaklumkan oleh petugas yang mengendalikan rawatan fisioterapi kakaknya selain pakar neurologi pun turut memaklumkan berita yang sama.
“Ia sesuatu yang sangat menyedihkan buat kami semua. Sudah tiada bahasa untuk mengungkapkannya. Masa yang sama dalam keadaan kandungan kakak yang semakin membesar, sebenarnya amat sedih memikirkan nasib anaknya yang tidak berdosa yang akan lahir tanpa ibu yang mampu memeluk dan menciumnya. Membesar dengan ibu yang mungkin tidak mampu memberi kasih sayang seperti ibu lain,” kongsinya di aplikasi tik toknya itu.
Sedikit perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, perkahwinan adalah sesuatu yang suci. Ia juga merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas al-quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia. Dan tiada siapa mengharapkan derita dalam perhubungan ini.
Maksudnya:Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki. Riwayat al-Baihaqi (5486), al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat (7647).
Namun ujian isteri yang dibelasah suami ini sangat berat dan mari kita bersama-sama berdoa agar ada keajaiban Allah buat mangsa agar kembali sembuh seperti dahulu kala. Dalam pada itu akhbar memaklumkan suami mangsa yang sebelum ini menyorok selepas melakukan perbuatan kejam itu sudah ditahan pihak berkuasa.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...