Dalam perhubungan suami isteri, perbuatan menziharkan pasangan dianggap sesuatu yang tidak wajar dilakukan kerana ia perbuatan masyarakat jahiliah.
Kesan zihar jika dilakukan dengan niat yang tidak baik amat buruk padahnya.
Walaupun tanpa niat apa-apa sekalipun, kadangkala perbuatan itu akan menyebabkan pasangan tersinggung kerana menyamakannya dengan mana-mana ahli keluarga.
Namun begitu kita ikuti penjelasan lanjut daripada Ustaz Syed Shahridzan berkenaan isu ini.
SOALAN:
Assalamualaikum ustaz. Mohon penjelasan dari ustaz. Saya perlu tahu tentang hukum zihar sebab kakak saya baharu berkahwin dan suaminya ada memberitahunya bahawa dia ada melihat gambar arwah neneknya. Suaminya berkata bahawa wajah kakak saya ada iras-iras muka arwah nenek dia.
Setahu saya kalau samakan wajah isteri dengan ibu dan nenek, dianggap menziharkan isteri kan? Kalau dikira zihar, adakah jatuh talak? Mohon pencerahan ustaz secepat mungkin. Mohon maaf dan terima kasih.
JAWAPAN:
Zihar bermaksud seorang suami menyamakan isterinya dengan salah seorang mahramnya seperti ibu, kakak, nenek dan seumpamanya untuk tujuan berpisah dengan si isteri.
Zihar merupakan adat masyarakat jahiliyyah yang diamalkan untuk berpisah dengan isterinya dan menggantung isteri agar tidak boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain. Apabila berlakunya zihar maka haram lelaki itu bersetubuh dengan isterinya sehingga kaffarah ditunai.
Ads
Amalan zihar adalah perkara yang dilarang sama sekali oleh Islam dan ia merupakan dosa yang sangat besar kerana ia berbentuk penganiayaan terhadap si isteri. Ini kerana isteri tidak boleh disentuh oleh suaminya dan juga tidak boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain disebabkan zihar bukan lah talak atau cerai.
Memandangkan zihar ini adalah adat masyarakat jahiliah maka ulama fiqh telah menentukan lafaz-lafaz tertentu yang dianggap zihar dan seumpamanya. Oleh itu lafaz zihar terbahagi kepada dua jenis; Sarih (jelas) dan Kinayah (kiasan)
Lafaz sarih adalah lafaz si suami ditujukan pada isterinya dengan menyatakan, “Kau haram bagiku seperti haramnya belakang(zahr) ibuku”, atau “Kau seperti belakang ibuku”.
Maka lafaz sarih ini dikira sebagai zihar walaupun tidak berniat zihar kerana lafaz sarih pada zihar tidak memerlukan niat. Jadi apabila terujar lafaz sebegini maka dikira sebagai zihar.
Ads
Namun lafaz ini dikira agak mustahil berlaku dalam masyarakat Islam Melayu kerana ia tidak menjadi ujaran atau sebutan dalam adat istiadat masyarakat kita.
Tetapi jika bernar-benar terlafaz maka termeterailah hukum zihar ke atas suami dan Isteri walaupun tanpa niat zihar.
Manakala lafaz kinayah tidak dikira sebagai zihar melainkan si suami melafazkan lafaz kinayah itu dengan tujuan menziharkan isteri.
Contoh lafaz kinayah seperti, “Tangan awak seperti tangan ibu saya”, “Muka awak macam muka ibu saya lah”, “Kulit dan muka awak sebijik macam nenek saya masa muda-muda dulu”. Contoh lafaz ini biasa berlaku dalam masyarakat kita.
Ads
Namun begitu tidak perlu dirisaukan, lafaz kinayah tidak akan dikira sebagai zihar melainkan si suami benar-benar berniat untuk menziharkan isterinya.
Apa pun lafaz-lafaz kinayah seperti di atas kebiasaannya dalam adat Melayu bermaksud memuliakan si isteri sepertimana si suami memuliakan ibu dan neneknya, niat seperti ini tidak dikira sebagai zihar.
Fakta ini adalah disebut dengan jelas di dalam kitab “al-Fiqh al-Manhjai”: فإنقصدبهاالظهاركانمظاهرا, وإنكانقصدبهاتشبيهزوجتهبأمهأوأختهفيالكرامةوالتقديرلميكنمظاهراوليسعليهشيءأبدا
“Jika seorang suami bermaksud ZIHAR dengan lafaz itu maka (bermakna) dia adalah penzihar. Jika dia bermaksud menyamakan isterinya dengan ibunya atau kakaknya pada sudut kemuliaan dan penghargaan maka dia bukan lah penzihar dan tiada apa-apa kesan pun sama sekali”.
Secara umumnya zihar tidak sama dengan talak iaitu apabila zihar dengan lafaz sarih termetrai maka tidak terjatuh talak, cuma suami isteri diharamkan bersetubuh sehingga lah si suami melunaskan kafarah.
Namun jika dengan lafaz kinayah yang sesuai dilafazkan oleh si suami dengan niat untuk mentalaqkan isteri maka jatuhlah talak dan dikira sebagai talaq satu.
Semasa di sekolah, kita diajar oleh Ustaz dan Ustazah bahawa buku amalan segala amal perbuatan kita, baik atau buruk akan dibawa ke langit. Disimpan sebelum dibuka semula di Padang Masyhar. Namun sebenarnya tiada hadis sohih mengenai perkara ini namun sebagai umat Islam kita digalakkan membaca doa akhir tahun bermula selepas waktu Asar dan ditutupi dengan doa awal tahun awal Muharram selepas Maghrib.
Esok kita semua akan menyambut Awal Muharram atau disebut juga sebagai Maal Hijrah. Ia merupakan satu hari yang penting bagi umat Islam sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi takwim hijrah yang mula diperkenalkan pada zaman Khalifah Umar Al Khattab
Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepaswaktu Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah
Doa akhir tahun boleh dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.
Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.
Selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, dan segala pujian bagi Allah pentadbir seluruh alam.
Doa awal tahun pula boleh dibaca selepas masuknya waktu Maghrib, iaitu apabila tibanya 1 Muharram.
Maksudnya: Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya.
Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan. Selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, dan segala pujian bagi Allah pentadbir seluruh alam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kisahnya sangat memberi inspirasi. Ia mungkin dianggap kerja gila namun tekad seorang saudara seislam kita, Adam Muhammad atau mesra disapa Brother Adam berjalan kaki dari Wolverhamptom, Britain ke Makkah berakhir dengan suasana sangat mengharukan.
Ini kerana dirinya menempuh perjalanan 11 bulan dengan hanya berjalan kaki demi memastikan misinya menjadi tetamu Allah bagi musim haji ini terlaksana.
Dikongsi dari Tik Toknya @adam.to. mecca. by.foot, dirinya berkongsi suka duka perjalanannya yang memakan masa hampir setahun masanya. Dirinya menempuh 6500 km dengan menempuh banyak negara, antaranya ialah Belanda, Jerman, Serbia, Austria, Bulgari, Turki, Syria, Jordan sebelum memasuki Makkah. Ia satu perjalanan yang sangat mencabar namun diiringi doa dari orang ramai agar niatnya dapat menunaikan haji pada usianya kini iaitu 52 tahun.
Kata orang tiada halangan jika hati sudah nekad dan itulah dilakukannya. Bahkan dalam setiap persinggahan di negara ditempuhnya, dirinya ditemuramah hingga dirinya menjadi terkenal kerana tekadnya itu.
Kata Brother Adam, jika di awalnya, perjalanan ini adalah impiannya (dapat tunai haji) namun selepas menempuh banyak negara dan dikelilingi ramai orang baik-baik dirinya mengakui perjalanannya ini adalah “perjalanan ummah” buat semua iaitu melaksanakan rukan islam ke lima bagi yang mampu.
Cuaca buruk antara faktor menghalang perjalanannya, bahkan troli barang-barang yang dibawanya bersama untuk memudahkan dirinya memasak dan menyimpan barangan turut beberapa kali patah namun ia langsung tidak mematahkan semangatnya untuk melihat Kaabah di depan mata buat kali pertama. Alhamdulillah dengan irigan doa dari semua, dirinya telah pun sampai ke Makkah.
Ternyata semangatnya sangat luar biasa dari orang hanya biasa-biasa. Nak tengok perjalanannya boleh follow Youtube dan Tik Toknya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setelah hampir setahun menjalin ikatan pertunangan, akhirnya pelakon cantik Eyra Hazali, 21 tahun dan suaminya Muhammad Haziq Nadzli, 21 tahun selamat diijab kabulkan dalam satu majlis penuh sederhana tetapi meriah.
Pasangan merpati dua sejoli ini selamat dinikahkan pada Jumaat lalu oleh bapa pengantin perempuan dengan bersaksikan Abdul Jamel Jaafar selaku Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Cukup istimewa majlis pernikahan yang diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC dengan pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.
Sebaik sah diijab kabulkan, Eyra mengucap syukur dengan kelancaran majlis berkenaan walaupun sebelum itu diuji pelbagai dugaan.
Menurut Eyra, banyak dugaan dilalui menjelang hari pernkahan termasuklah lokasi untuk bernikah. Tambahnya lagi majlis ini adalah lokasi kedua yang ditukar sebelum majlis diadakan.
Dalam majlis yang dihadiri saudara dan kenalan rapat kedua belah pihak ini, Eyra kelihatan cantik dan tampil sopan mengenakan persalinan berwarna putih hasil rekaannnya sendiri dan dijahit oleh ibunya, Puan Qhuzie Johari.
Untuk majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal Damansara Ahad nanti.
KASHOORGA: Mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia till jannah. Walaupun masih muda, tetapi diharapkan agar keduanya dapat bersama-sama mengharungi dugaan selepas ini. Apa yang penting kejujuran, sayang menyayangi dan saling bekerjasama dalam membina masjid yang baru dibina.