Masyarakat Malaysia sering didedahkan dengan cerita-cerita mistik, tahyul dan seram. Cerita yang melibatkan hantu, jin, saka, syaitan dan sebagainya sering kita dengari khusunya di kalangan orang Melayu.

Bahkan masih ramai yang mempercayai bomoh yang kebiasaannya menggunakan khidmat jin kafir dan jahat  namun kemudian dipercayai indvidu itu mampu menolong orang lain khususnya melibatkan saka  turun temurun peliharaan keluarga.

Sebagai umat Islam, kita dilarang sama sekali menggunakan jin atau syaitan sebagai perantara selain memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah tala.

Allah berfirman; “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa menyekutukan sesuatu denganNya, dan mengampunkan dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah, sesungguhnya dia telah tersesat sejauh-jauhnya.” – [An-Nisa:116].

Nabi SAW bersabda: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah apakah dosa-dosa itu?

IKLAN

Sabda baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita suci beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina – [HR Bukhari].

Sabda nabi SAW lagi: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam – [HR Muslim].

Menyentuh tentang saka atau  melibatkan makhluk halus, selalunya apabila proses “membuangnya”, benda ini akan dihanyutkan ke dalam sungai yang mengalir. Ia biasa dilakukan di sungai yang bukan menjadi tempat tumpuan orang ramai kerana dibimbangi sesiapa yang menjumpainya akan membuka bungkusan tersebut.

IKLAN

Namun lain ceritanya di salah satu sungai berlokasi di Hulu Selangor, Kampung Sungai Kamin apabila seorang pengguna Tik Tok atas nama @manislicious berkongsi sungai itu tidak dikunjungi oleh orang kampung yang mengetahui sejarah sungai tersebut yang menjadi lokasi tempat pembuangan benda-benda halus. Sebaliknya dari video dikongsikannya menyaksikan terlalu banyak kenderaan di sepanjang sungai itu menandakan orang ramai mandi mandi di sungai tersebut.

Katanya “orang kampung memang dah lama gila tak mandi di situ sebabnya orang buang “benda” dan abu selain benda-benda berubat dekat situ.

IKLAN

Mungkin ditanya mengapa dia tidak menjelaskan kepada orang ramai yang mandi manda di situ, katanya dalam perjalanan ke tempat lain ketika itu dan tidak sempat turun untuk memberitahu hal ini.

Jadi bagi mereka yang ingin bercuti khususnya ke lokasi sungai, jeram dan sebagainya, beramah tamahlah dahulu dengan warga kampungnya. Sekurang-kurangnya kita tahu akan sejarah sesuatu tempat itu. Bukan pantang nampak air atau banyak kenderaan berkumpul, kita teruja mandi sampai tak sedar bahaya menanti.

@manislicious

yg mandi sungai ni mesti org luar. org kg x Mandi dkt sini 🤭 #huluselangor #uluyambharu #kampungsungaikamin

♬ original sound – manislicious – manislicious