Ternyata isu buat bodoh-bodoh untuk urusan jodoh menerima pandangan pelbagai pihak. Terkini, Pakar Runding Obstetriks dan Ginekologi (O&G), Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj mengulas isu ini dan seharusnya semua pihak lebih berhati-hati dalam memperkatakan urusan jodoh orang lain.
Bacalah dengan sudut pandangan mata hati kerana itu lebih baik dari menurut hawa nafsu.
BAB KEPIMPINAN LELAKI & URUSAN JODOH WANITA
Hari ini saya dihujani perkongsian beberapa rakan, mengenai kenyataan Bonda Prof Datuk Dr Muhaya dalam satu sedutan video berdurasi 56 saat yang menyentuh perihal kepimpinan lelaki dan urusan jodoh wanita.
Dalam video pendek itu ( https://youtu.be/iCrwdr6pkII) , Prof Muhaya membangkitkan beberapa perkara :
Reaksi spontan selepas selesai menonton video itu – Dr Har rasa kaget, terkejut besar dan kecewa bercampur-baur dengan apa yang dinyatakan. Dr Har memahami mengapa ramai warga netizen yg turut merasa terkilan.
Malahan pastinya ada yg tersinggung, terguris dan berkecil hati – khususnya bila aspek sensitif spt jodoh disentuh secara langsung, tanpa berlapik dan berselindung.
Terus Dr Har hubungi sendiri Prof Muhaya dan tim beliau untuk mendapatkan pengesahan sama ada video tersebut asli dan original. Tabayun atau clarification ini Dr Har anggap sangat penting sbgmn yg disarankan dalam Al Quran (Al Hujurat : ayat 6) untuk menyemak sumber berita, dan mengesahkannya sebelum membuat sebarang kesimpulan dan keputusan.
Dr Har difahamkan video itu merupakan sedutan dari sesi pengisian ilmu yang Prof Muhaya pernah sampaikan. Dr Har tiada maklumat mengenai tajuk besar sesi perkongsian ilmu tersebut, dan apa yg menjadi fokus perbincangan sebelum dan selepas segmen yg menyentuh bab kepimpinan lelaki dan urusan jodoh wanita tersebut.
Berikut adalah pendirian Dr Har berkaitan isu yang berbangkit :-
Sememangnya masih ramai lelaki yg lebih suka kalau psgn isterinya mempunyai ciri2 yg lebih rendah & kurang dalam segala aspek berbanding dirinya. Kurang rasa tercabar dan dicabar. Lelaki begini mungkin lebih suka isteri yang kurang cerdik dan sentiasa bergantung dengannya.
Namun terdapat lelaki yg lebih suka wanita yg independent, tegas & cerdik. Tidak lembut2, tidak manja serta tidak lemah gemalai. Tidak bodoh -bodoh – biarpun sedikit, apatah lagi kalau jelas kebodohannya. Pernah terbaca : The most attractive part of a woman, is her intelligence & wisdom! ( Bahagian seorang wanita yang paling menarik adalah kepintaran dan kebijaksanaannya)
Begitu juga bila wanita memilih suami, masing2 punya cita rasa yg berbeza. Dan wanita tidak perlu menjadi orang lain dan menyekat potensi akal serta diri yang dianugerahkan Allah SWT semata-mata untuk mempercepatkan jodoh dan dikahwini oleh seorang lelaki.
Manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya.
Dr Har sangat berharap agar kita semua lebih berhati-hati apabila menyentuh aspek jodoh pertemuan dan tidak dengan mudah @ secara simplistik, menyalahkan faktor2 yang sangat variabel seperti karekter, personaliti dan jangkaan seseorang semata-mata.
Semoga Prof Muhaya dapat menerima maklum balas Dr Har ini dengan terbuka, sebagai tanda persahabatan yang selama ini terjalin. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Sementara yg silap dan salah itu, adalah lambang kekurangan Dr Har sebagai makhluk biasa.
Wallahu a’lam