“Hati Rasa Berhutang, Allah Dah Jentik. Takut Pula Lepas Ni Tak Dapat Petunjuk” – Gadis Trivago, Kini Manis Berhijab

Share

Sebenarnya tanpa kita sedar banyak hikmah yang berlaku disebaliknya musibah penularan wabak koronavirus COVID-19 yang semakin serius ini.

Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyuruh kita hanya duduk di rumah secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturrahim bersama ahli keluarga.

Selain itu ada juga yang mengambil ikhtibar berlaku dengan melakukan penghijrahan.

Seperti hidayah Allah diterima oleh pengacara Dahlia Shazwan Mohd Amin, 32 tahun atau terkenal dengan panggilan gadis Trivago yang mengakui tampil berhijab sejak beberapa hari lalu selepas mendapat petunjuk dari Allah.

Dia yang mengambil keputusan berhijab setelah pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci pada bulan lalu.

Menurut pengacara HLive itu keputusannya berhijab adalah kerana dia merasakan inilah petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT.

“Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.

“Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.

“Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab,” ujar Dahlia kepada Gempak.

Ternyata penampilan pertama ketika mengacarakan program berkenaan malam tadi dengan mengenakan hijab rona krim begitu manis sekali.

Dia yang sudah mengenakan hijab tiga hari lalu memberitahu perubahan ini turut mendapat sokongan suami serta seluruh ahli keluarga.

Dalam posting di Instagram, Dahlia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan penghijrahannya ke arah yang lebih baik.

Bukan itu saja, followernya juga turut memuji penampulan barunya dan mendoakan Dahlia terus istiqamah.

radin_era Geeeeeee moga istiqamahhhhhhh

anisthekebaya Aahh so pretty! My fav commercial trivago! Moge istiqomah

princess_zila Alhamdulillah… May Allah bless you… Btw, u looks so beautiful in hijab.

zue_liana91 Alhamdulillah..cantik sgt bila bertudung

tintinkerbell__ Alhamdulillah. Cantiknya! Semoga istiqomah. Ameen

irqin Babe you look stunning MashaaAllah.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DAHLIA SHAZWAN & MYA ZULKIFLI
Published by
Siti Zurina Mat Saman