Kita memang sangat digalakkan untuk sentiasa mengingati Allah tidak kira di mana dan dalam apa juga situasi.
Dalam masa senggang ringankan mulut untuk mengalunkan zikir mulia sebagai tanda kita sentiasa mengingati Maha Pencipta kita.
Selain itu juga, turut digalakkan juga untuk mengamalkan doa-doa tertentu bergantung pada apa juga situasi.
Contohnya doa naik kenderan, doa keluar rumah atau doa bagi memastikan rezeki sentiasa murah.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook, pengguna ini Khairul Anuar Basri berkongsi betapa mustajabnya doa diamalkannya.
Doa ini sangat pendek dan mudah dihafal. Biarpun pendek tetapi sangat-sangat power manfaatnya.
Jika diamalkan doa ini insyaAllah akan dikurniakan sihat tubuh badan, cukup duit perbelanjaan, juga dosa yang diampunkan dan tidak diazabkan oleh Allah.
Gambar sekadar hiasan.
Ayuh, ikuti perkongsian menarik ini.
Pagi yang baik ni, saya nak share 1 doa yang sangat-sangat power.
Doanya pendek saja, tapi merangkumi banyak perkara, hanya dengan 1 perkataan. Doa ini Nabi SAW ajar sendiri kepada bapa saudaranya iaitu Abbas RA.
Ads
Sebenarnya, saya dah lama hafaz doa ni. Cuma, saya baru dapat ilmu yang saya nak share ni pagi tadi.
Thanks Dr. Karimah Hanim sebab ajar saya ilmu mahal ni. Really appreciate it.
Ok, jom kita baca, hafaz dan amalkan doa pendek yang terbaik ni :
اللهم إني أسألك العافية
Allahumma inni as alukal ‘afiyah.
Ya Allah, aku mohon keselamatan daripada kesakitan dan penderitaan di dunia dan akhirat.
Hebatnya perkataan ‘afiyah yang kita sebut dalam doa ni kerana ia meliputi pelbagaimakna :
Ads
Selamat dari segala mudharat, itulah ‘afiyah.
– Sihat tubuh badan, itulah ‘afiyah.
– Cukup duit dan perbelanjaan, itulah ‘afiyah.
– Diberi peluang untuk hidup dalam kebaikan, itulah ‘afiyah.
– Anak-anak yang terjaga dan dilindungi dengan kasih sayang, itulah ‘afiyah.
Ads
– Dosa diampunkan dan tidak diazab oleh Allah SWT, itulah ‘afiyah.
Gambar sekadar hiasan.
So, jangan tangguh-tangguh lagi.
Terus baca, hafaz dan amalkan doa ni.
Pendek je, senang nak hafaz. Boleh ajar juga anak-anak untuk diorang amalkan.
Alhamdulillah, dapat manfaat ilmu baru pagi ni.
#KAB
– anak Dato’ Siti Nurhaliza namanya Siti Aafiyah –
#Share dan sebarkan supaya lebih ramai kenalan kita tahu dan amalkan doa hebat ini.
Perlukah Anak Ganti Puasa Yang Ditinggalkan Ibu Bapa Meninggal Dunia
Ibu atau bapa meninggal dunia dalam masa yang sama diketahui oleh anak bahawa orang tuanya mempunyai puasa yang belum diqada. Dalam hal ini adakah seseorang anak itu perlu menggantikan puasa ibu bapa yang sudah mati.
Memberi penjelasan tentang perkara ini, menurut Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri terlebih dahulu perlu difahami puasa yang ditinggalkan oleh orang yang mati terbahagi kepada dua bahagian.
Ia seperti mana disebut dalam kitab Mughni al-Muhtaj dan Bidayah al-Mujtahid
2 keadaan puasa orang yang mati
Keadaan yang pertama sekiranya si mati tidak sempat menggantikan puasa, sama ada kerana kesempitan waktu, uzur disebabkan sakit atau bermusafir atau hal lain yang menghalang dari berpuasa, maka di sisi ulama tidak ada sebarang tanggungjawab kepadanya atau warisnya untuk menggantikan puasa.
Sekiranya si mati meninggalkan puasa dan tidak menggantikan ketika kesempatan yang ada dalam hidupnya, maka dalam hal ini para fuqaha’ mazhab Syafie meletakkan dua keadaan:
i) Boleh untuk warisnya berpuasa untuk si mati hal ini berdasarkan hadis yang ya oleh Aishah R.anha, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang meninggal dan mempunyai puasa (yang tertunggak), maka disempurnakan oleh warisnya.” Riwayat Bukhari (1952) Muslim (1147)
Namun bukanlah suatu kewajipan ke atas waris-waris si mati untuk menggantikan puasa si mati.
ii) Sekiranya waris-waris tidak melakukan puasa ganti maka perlu diambil dari harta pusaka si mati dan dibayar untuk satu hari, satu cupak beras mengikut hari yang ditinggalkan oleh si mati.
Hal ini wajib dilakukan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ أَفَأَقْضِيهِ عَنْهَا فَقَالَ: لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكَ دَيْنٌ أَكُنْتَ قَاضِيَهُ عَنْهَا . قَالَ: نَعَمْ . قَالَ : فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Maksudnya: Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi SAW, lalu berkata: Wahai Rasulullah, Sesungguhnya ibuku telah meninggal, dan dia mempunyai puasa (yang belum diganti) selama sebulan, apakah aku perlu tunaikan untuknya? Lalu baginda berkata: “Sekiranya ibumu mempunyai hutang, apa kau akan bayar hutang untuknya?” Lelaki itu berkata: “Ya”. Maka berkata Nabi SAW: “Hutang kepada Allah lebih berhak untuk ditunaikan.”
Secara kesimpulannya sekiranya ibu bapa sakit atau uzur berterusan hingga tidak dapat mengqadakan puasanya sehingga meninggal dunia maka ia tidak dikira berdosa.
Tidak wajib mengqadakan puasa ke atasnya dan walinya (saudara terdekat) kerana kewajipan berpuasa tidak dapat dilaksanakan sehinggalah dia meninggal dunia memandangkan telah gugur hukum berpuasa buatnya.
Namun sekiranya sebelum meninggal dunia ibu bapa dalam keadaan mampu untuk mengqadakan puasa yang ditinggalkan namun tidak diqadha’kan sehingga dia mati, menurut mazhab al-Qadim (dan ia adalah yang rajih dan disahihkan oleh golongan muhaqqiq), dalam keadaan begini dibolehkan bagi wali untuk berpuasa bagi pihak si mati namun tidaklah dilazimi (wajib) akan perbuatan tersebut.
Ini berdasarkan hadis `Aisyah R.Anha yang mana Nabi SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang mati dan padanya terdapat puasa yang belum digantikan, maka berpuasa bagi pihak (si mati) walinya.” Riwayat al-Bukhari (1952) dan Muslim (1147)
Tragedi bot terbalik, sungguh menyayat hati 49 pelajar madrasah ditemui lemas. Kejadian yang berlaku di Pakistan ini dikatakan berpunca daripada bot terbalik kerana terlebih muatan.
Seramai 51 orang termasuk 49 kanak-kanak dan remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di sebuah tasik di barat laut Pakistan, Islamabad.
Pegawai kanan pasukan penyelamat, Khateer Ahmad mengesahkan, 49 mangsa berusia antara tujuh hingga 14 tahun itu adalah pelajar sebuah madrasah yang mengadakan lawatan sehari ke tasik Tanda Dam.
Katanya, dua lagi mayat yang ditemukan ialah seorang guru dan pengendali bot berkenaan.
Sungguh Menyayat Hati
“Air empangan itu membeku kerana cuaca sejuk sekali gus menghalang misi menyelamat.
“Tetapi hari ini penyelam dapat menyelam kawasan paling dalam untuk mengeluarkan mayat mangsa lain,” katanya.
Jurucakap polis, Fazal Naeem mengeluarkan angka kematian membabitkan 51 orang selepas tamat misi menyelamat semalam, selain turut mengesahkan punca kemalangan itu.
“Bot itu terlebih muatan sedangkan kapasitinya cuma 20 hingga 25 orang saja.
“Lima orang berjaya diselamatkan termasuk empat pelajar dan seorang guru,” katanya kepada AFP.
49 Pelajar Madrasah
Sementara itu, mangsa terselamat, Muhammad Mustafa, 11, berkata, nasibnya baik kerana tersangkut di bawah bot selepas kemalangan.
“Badan saya kebas kerana airnya sangat sejuk.
“Saya fikir saya akan mati apabila seorang lelaki di atas tiub kembung menyelamatkan saya,” katanya.
Ditemui Lemas
Dalam pada itu, Muhammad Umar, yang menjual teh di tapak perkelahan yang menghadap ke destinasi pelancongan popular hujung minggu itu berkata, puluhan ibu bapa dan saudara-mara berkumpul sejak beberapa hari lalu bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai mangsa.
“Setiap kali mayat ditemukan di tempat kejadian, mereka akan pergi ke arah penyelam untuk melihat sama ada itu anak mereka dan waktu itulah kami akan mendengar mereka menjerit dan keperitan kehilangan insan tersayang.
“Seumur hidup, saya tidak pernah menyaksikan perkara ini dan ia tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Tasik Tanda Dam terletak kira-kira lima kilometer dari madrasah berkenaan iaitu sebuah sekolah Islam yang menawarkan pendidikan agama percuma di Kohat, wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Segalanya pasti atas izin dari-Nya. Kun fa yakun (jadi, maka jadilah ia).
Hari ini media sosial melaporkan enam tahanan berjaya melarikan diri dari dari penjara Gilboa yang dianggap terketat di dunia milik Israel. Ia dianggap sebagai insiden “mencemar maruah” Isreal hingga berita ini cuba dipadamkan dari berita mereka.
Malah satu-satunya rakyat Malaysia di Palestin, Nadir Al Nuri turut berkongsi berita ini di instagramnya @nadialnuri dan meminta umat Islam terus berdoa untuk kesejahteraan enam rakyat Palestin ini yang diketahui sejak dulu lagi ditindas dan tidak diberikan perbicaraan yang adil.
Lubang kecil inilah digali selama setahun sebelum berjaya meloloskan diri6 tahanan Palestin ini ditangkap rata rata kerana melawan Israel dengan melakukan demonstrasi sebelum ini sekitar tahun 1990 hingga 2019
Tulis Nadir Al-Nuri:-
6 orang tahanan Palestin dalam penjara penjajah ‘Jalbu’ berjaya melarikan diri melalui sebuah lubang yang digali di dalam bilik air.
Berita awal mengatakan mereka mengambil masa setahun untuk menggali terowong tersebut. Mereka juga dikatakan telah berjaya sampai ke Jenin dan kegiatan mencari mereka sangat sukar memandangkan Jenin adalah kawasan diduduki penduduk Palestin dan terkenal dengan sikap berani bangkit.
Sehingga kini jejak mereka masih belum dapat dikesan. Jangan lupa solat sunat hajat untuk pastikan mereka terus selamat dan banyakkan membaca
وجعلنا من بين أيديهم سدا ومن خلفهم سدا فأغشيناهم فهم لا يبصرون
Semoga Allah menjadikan engkau duhai penjajah tidak melihat!
Dalam pada itu, Sinar Harian memaklumkan, tahap kawalan keselamatan yang lemah disyaki menjadi punca enam tahanan Palestin meloloskan diri dari penjara di utara Israel pada Isnin.
Lapor The Jerusalem Post, siasatan awal mendapati pegawai di Penjara Gilboa gagal melakukan pemeriksaan rutin sehingga memberi peluang kepada semua tahanan terbabit menggali lubang di sel mereka dalam usaha meloloskan diri.
Malah, pihak penjara gagal menghidu rancangan awal tahanan terbabit yang sebelum itu membuat permohonan untuk ditempatkan dalam sel yang sama.
Siasatan lanjut juga mendapati, pelan rekaan Penjara Gilboa dapat diakses dengan mudah di internet, namun sejak insiden itu laman web berkenaan telah ditutup.
Sementara itu portal berita Ynet melaporkan, kehilangan keenam-enam tahanan terbabit hanya disedari pegawai penjara kira-kira tiga jam selepas mereka bertindak meloloskan diri.
Wartawan ditunjukkan lubang kecil yang menjadi laluan enam tahanan ini melarikan diriLubang kecil ini digali selama setahun. Moga Allah memelihara tahanan ini
Difahamkan, tahanan terbabit meloloskan diri sekitar jam 1.30 pagi (waktu tempatan).
Terdahulu, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Omar Bar Lev berkata Penjara Gilboa dibina di atas tanah berpasir menjadikan kerja-kerja menggali lubang lebih mudah.
Pegawai penjara meneliti lubang yang dikorek di tandas sel yang menempatkan keenam-enam tahanan warga Palestin terbabit.
Dalam insiden yang memalukan sistem penjara Israel pada Isnin, enam warga Palestin yang dianggap sebagai tahanan berisiko tinggi berjaya meloloskan diri dari Penjara Gilboa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?