Saban hari pastinya kita tidak akan bebas daripada melakukan kesilapan. Sama ada ianya besar atau kecil kerana kita bukanlah insan maksum seperti para nabi dan raaul. Disebabkan itulah kita harus sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT.
Antara ibadah yang menjadi salah satu cara memohon keampunan ialah solat sunat dua rakaat.
Apakah memang perkara itu dianjurkan oleh Islam? Adakah nas yang menyatakan tuntutan solat sunat berkenaan?
Memetik sebuah hadis daripada Abu Bakar al-Siddiq RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda: “Mana-mana daripada kalangan hamba (hamba ALLAH) yang melakukan dosa, maka dia memperelokkan wuduknya. Kemudian dia menunaikan solat sebanyak dua rakaat, lalu dia beristighfar melainkan ALLAH akan mengampunkan dosanya.
Setelah itu, Nabi Muhammad SAW membaca ayat 135 dari surah Ali Imran: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada ALLAH.” sehingga ke akhir ayat tersebut.” (Riwayat Abu Daud)
PENGHAPUS DOSA KECIL
Ads
Shaykh Abd al-Muhsin juga mengatakan bahawa amalan soleh boleh menghapuskan dosa-dosa kecil.
“Adapun dosa besar, yang boleh menghapuskannya adalah amalan soleh berserta taubat,” kata beliau.
Ads
Selain itu, Shaykh Mahmud al-Subki menyatakan, hadis itu juga menunjukkan dalil galakan untuk memperelokkan wuduk dan solat dua rakaat serta istighfar apabila melakukan sesuatu dosa. Sekiranya seseorang itu melakukan sedemikian, maka akan diampunkan dosa tersebut baginya. (Lihat: al-Manhal al-‘Azb al-Mawrud, 8/183)
Maka, disebabkan itulah kita dituntut untuk sentiasa memperbanyakkan amalan soleh agar ia boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.
Ads
Bagaimanapun, bagi dosa besar, tidak cukup sekadar dengan melakukan amal soleh.
Justeru, lazimkanlah diri dengan selalu beristighfar kepada-NYA.
Mudah-mudahan segala amal soleh kita diterima dan menjadi asbab dosa kecil kita diampunkan.
Sumber: Irsyad Al-Hadith Siri ke-510: Dosa Terhapus dengan Solat Sunat, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Persoalan darah haid, istihadah atau nifas memang tidak dapat dielakkan di kalangan wanita lepas bersalin atau keguguran. Mereka biasanya akan melalui satu tempoh pendarahan atau keluar darah kotor sebagai proses pembersihan dalaman secara biologi. Maha Besar Allah, ini semua adalah satu proses menakjubkan.
Namun amat penting bagi para ibu yang lepas bersalin atau gugur dapat kenal pasti darah yang keluar itu sama ada darah haid, istihadah atau nifas. Islam ada menetapkan tempoh tertentu untuk klasifikasikan ia darah nifas atau sebaliknya.
Setiap wanita mempunyai ciri biologi berbeza, maka akan ada perbezaan tempoh nifas. Bagi mengelakkan kekeliruan, kita dapatkan penjelasan ustaz Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil agar tiada lagi bimbang di hati.
Soalan:
Saya ada kemusykilan. Saya baru sahaja keguguran. Kandungan sekitar 12 minggu. Saya diberitahu oleh doktor bahawa darah yang keluar selepas keguguran mengambil masa 1 – 2 minggu.
Soalan saya adakah darah yang keluar selepas hari ke 15 dikira sebagai darah istihadah dan saya wajib untuk mandi dan menunaikan solat?
Atau sebaliknya. Mohon pencerahan dari ustaz sebab ramai sangat yang memberikan saya jawapan yang berbeza beza. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih.
Jawapan:
Secara ringkas wanita yang keguguran hukumnya sama seperti wanita yang bersalin. Oleh itu darah yang keluar selepas keguguran dikira sebagai darah nifas.
Berikut sedikit perincian mengenai hukum hakam mengenai darah nifas menurut mazhab Syafi’ie:
Kadar minimum bagi nifas ialah satu percikan(majjah) darah yang keluar selepas bersalin walaupun sedikit.
Tempoh normal/kebiasaan bagi darah nifas ialah 40 hari. Manakala tempoh maksimum untuk darah nifas ialah 60 hari.
Berikut adalah beberapa permasalahan yang berkaitan dengan darah nifas:
Jika darah nifas terputus kurang dari 60 hari kemudian timbul semula dalam tempoh tersebut maka ia masih dikira darah nifas.
Contohnya darah terhenti pada hari ke 45, kemudian timbul semula pada hari ke 55, maka darah yang keluar dari hari ke 55 masih dikira sebagai nifas. Namun jika masih berterusan lebih dari 60 hari ia dikira istihadah.
Jika seseorang wanita terputus darah nifas dalam tempoh maksimum, namun kurang daripada 15 hari maka ia masih dikira sebagai darah nifas.
Contohnya darah nifas Siti terhenti pada hari ke 20 kemudian datang semula pada hari kemudian iaitu hari ke 31, maka ia masih dikira sebagai darah nifas.
Berlainan pula jika seorang wanita terputus darah nifas selama 15 hari atau lebih, maka darah yang datang untuk kali kedua itu dikira sebagai darah haid kerana dia telah melalui tempoh penyucian haid yang minimum iaitu 15 hari.
Contohnya apabila Siti terputus darah nifas pada hari ke 20, kemudian darah muncul kembali selepas 15 hari iaitu hari ke 36, maka darah ini dikira sebagai darah haid bukan lagi darah nifas.
Jika wanita yang mengalami pendarahan lebih dari 60 hari maka darah itu dikira sebagai darah istihadah bukan darah nifas lagi
Namun setelah 60 hari darah masih keluar, jika terputus darah walaupun sehari maka darah yang kedua itu sudah dikira sebagai darah haid kerana ia sebagai pemisah antara darah istihadah dan darah haid yang baru.
Contohnya darah keluar selama 63 hari kemudian berhenti pada hari 64 dan darah muncul kembali pada hari 65 maka ia dikira bermulanya kitaran darah haid. Manakala hari 61 ke 63 ialah darah istihadah.
Jika seorang wanita setelah melahirkan anak namun tidak kelihatan darah nifas yang keluar walaupun setitik seperti proses “caesarean birth”.
Kemudian setelah beberapa hari darah pun keluar. Dalam keadaan melihat kepada dua situasi:
Jika darah keluar dalam tempoh 15 hari maka darah itu dikira sebagai darah nifas. Contohnya jika Siti selepas melahirkan anak tanpa ada keluar darah (biasanya berlaku pada wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan) kemudian darah muncul pada hari ke 7 selepas bersalin, maka darah ini masih dikategarikan sebagai darah nifas.
Situasi kedua pula, jika selepas bersalin secara normal atau pembedahan dan darah tidak timbul atau keluar, namun darah mula keluar selepas 15 hari, maka darah ini dikategarikan sebagai darah haid bukan darah nifas.
Sebagai contoh: Siti tidak melihat darah keluar walau sedikit pun selepas bersalin, namun darah mula keluar pada hari ke 16 selepas melahirkan anak, maka darah ini dikategorikan sebagai darah haid bukan darah nifas.
Semoga penjelasan ini dapat membantu ibu atau wanita yang keguguran untuk kenal pasti status darah istihadah atau nifas.
Wallahu A’lam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“Tak perlu mandi wajib, terus solat subuh.’ Ini ingatan ustaz buat pasangan selepas bersama. Menjalinkan hubungan intim bagi suami, isteri yang telah bernikah sebenarnya menambah pahala.
Tidak kiralah sekadar melakukan ‘ringan-ringan’ atau pun bersama. Ramai yang mengetahui bahawa setiap pasangan wajib mandi junub setelah melakukan hubungan intim.
Namun bagaimana pula bagi kes ringan-ringan, adakah perlu mandi wajib. Tentu saja perasaan timbul untuk sucikan diri terutamanya sebelum mendirikan solat subuh di pagi hari. Ikuti perkongsian Ustaz Noor Hafiz ini dan hadam baik-baik.
Soalan:
Saya nak tanya boleh kah, suami isteri terus solat subuh tanpa mandi wajib terlebih dahulu setelah bersama malamnya? Sepupu cakap boleh, saya mahukan kepastian?
Terus Solat Subuh
Jawapan:
Pada malam harinya pasangan suami, isteri telah bersama. Kemudian keesokan paginya, sebelum subuh wajib atau tidak mereka mandi wajib terlebih dahulu sebelum mendirikan solat Subuh.
Ini Ingatan Ustaz
Pertama sekali, kita hendaklah pastikan apakah maksud bersama dalam konteks soalan ini sama ada melakukan persetubuhan iaitu sekurang-kurangnya memasukkan kepala zakar suami di dalam faraj isterinya.
Walaupun masuk sekali, walaupun tanpa keluar air mani, situasi ini wajib suami dan isteri mandi wajib.
Namun begitu, sekiranya “bersama” dalam konteks soalan ini merujuk tidak melakukan persetubuhan, tidak melakukan perkara-perkara yang menyebabkan air mani keluar.
Jika sekadar melakukan perkara ini, maka keesokkan paginya suami isteri ini tak perlu mandi wajib. Hanya perlu bersihkan diri, ambil wudhuk dan solat subuh.
Hidu bau makanan tak batal puasa, tapi jangan berlebihan bimbang makruh kerana perbuatan tersebut berlawanan dengan hikmah berpuasa.
Selain isu merasa makanan, menghidu bau makanan juga seringkali menjadi kekeliruan ibu-ibu yang menghabiskan masa memasak di dapur. Adakah puasa kita terbatal apabila terlalu terdedah dengan asap atau bau makanan.
Ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjawab kemusykilan ini:
Soalan:
Apakah hukum seseorang itu menghidu bau makanan atau asap daripada masakan? Adakah ia boleh membatalkan puasa?
Jawapan:
Hukum menghidu bau makanan ketika puasa adalah tidak membatalkan puasa. Namun begitu, sekiranya seseorang itu sengaja berlebihan menghidu bau tersebut, maka hukumnya adalah makruh atas sebab berlawanan dengan hikmah puasa itu sendiri.
Maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).”
Sebagai seorang individu Muslim yang mukalaf, kita dituntut untuk mengerjakan ibadah puasa dengan menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari kerana Allah SWT.
Tapi Jangan Berlebihan
Antara perkara-perkara yang membatalkan puasa tersebut adalah memasukkan ain (sesuatu jirim) ke dalam rongga melalui saluran terbuka seperti mulut, hidung, qubul dan dubur sama ada lelaki atau perempuan.
Al-Imam al-Syirbini ada menyatakan bahawa sesuatu yang terkeluar daripada (maksud) ain iaitu kesan (suatu perkara) seperti bau atau angin disebabkan menghidu (sesuatu) dan juga kepanasan atau kesejukan sesuatu dengan sebab merasa.
Al-Imam Ibn Hajar al-Haitami turut berkata: “Masuknya asap yang mengandungi bauan bukhor (kayu gaharu) atau selain daripadanya ke dalam rongga adalah tidak membatalkan puasa, sekalipun ia dilakukan dengan sengaja.”
Bimbang Makruh
Berdasarkan penjelasan di atas hukum menghidu bau atau asap hidangan makanan, pada dasarnya hukum mencium atau menghidu bau-bauan ketika puasa adalah harus dan tidak pula membatalkan puasa seseorang.
Namun begitu, sekiranya seseorang itu dengan sengaja menghidu bau tersebut secara berlebihan, maka makruh hukumnya.
Hal ini kerana, seseorang individu Muslim yang berpuasa dituntut untuk menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu dan syahwat di bulan Ramadan.
Kashoorga: Sebaiknya jauhkan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Puasa ganti tapi awal pagi ada pula kawan nak belanja makan-makan, terus tak jadi puasa.Situasi ini mungkin pernah kita lakukan kerana tidak tahu hukumnya.Sebenarnya...