Sepertimana yang dikongsikan oleh lelaki ini, ba gaimana dia begitu teruja bila dia mendapat rezeki yang tak disangka selepas 10 minit bagi kucing makan.
Hebatnya rezeki Allah kurniakan apabila kita bagi kucing makan.
Cerita pagi tadi, aku singgah foodcourt selepas hantar wife pergi kerja. Lepas settle makan, terus ke motor hendak balik. Ternampak kucing ini. Aku cubalah panggil macam hendak bagi makan tu, dia datang.
‘Ha lapar la ni, kau sini”. Aku selalu ready makanan kucing letak dalam bakul macam dekat gambar, incase macam inilah.
Tak Sampai 10 Minit Bagi Kucing Makan
Lepas settle tuang, biar dia makan, aku gerak.
Kemudian, singgahlah pam minyak, belum sempat buka seat motor, ada makcik ini panggil,
Ads
“Adik, sini ada lebih minyak. Mari sini, tapi tak banyaklah.”
Aku dengan muka malu-malu nangka busuk, “Betul ke ini cik? Susah susah saja, terima kasih ya.”
Sedangkan makcik ini guna aplikasi setel, jadi kalau minyak sudah penuh, balance dia akan return balik.
Then yang balance makcik tadi itulah aku isi minyak, tak penuh tank motor, aku letak balik nozzle. Keluarkan handphone nak guna aplikasi setel jua sebab nak isi minyak bagi penuh tangki.
Allah Tambah Rezeki Berganda
Makcik ini keluar balik, “Penuh tak tu? Makcik tambah lagi bagi penuh. Berapa berapa RM penuh?”
Aku pun jawab “Allah cik tak apalah, balance saya isi sendiri. Susah-susah saja cik.”
Makcik itu tak layan aku. Dia sambung, “Cik tambah RM4 cukup?” Aku jawab, “Dah nak penuh cik, tadi minyak saya ada separuh lagi, RM2 pun sudah penuh.”
Ads
Balas makcik, “RM2 tak boleh adik, minimum RM3”
Aku dengan rasa bersalahnya, “Alamak, okay cik, susah-susah saja Ya Allah. Semoga makcik murah rezeki! Terima kasih banyak.”
Begitulah cerita aku pagi tadi. Yang aku nak tekankan ialah, hebatnya rezeki Allah tu. Aku bagi kucing tepi jalan makan, tak sampai 10 minit pun, Allah return balik rezeki tu. Benda inilah buat aku percaya rezeki Allah.
Komen warganet:
Md Asri
Saya sudah 30 tahun bagi makanan pada kucing dan anjing jalanan atau gelandangan (sekadar alas perut). Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus. Kesihatan pun alhamdulillah sihat.
Vanessa Khalid
Banyak kali terjadi dekat saya. Setiap kali bagi makan or rescue kucing, alhamdulillah ada saja rezeki Allah bagi. Pernah duit tak ada, tapi dengan kucing memang saya tak pernah rasa hendak berkira walaupun duit sudah sikit, nampak saja kucing memang duit yang ada itu saya beli semua makanan kucing. Tiba-tiba dapat booking makeup minggu itu saja dekat RM1K. Allahuakhbar sampai menangis saya..
Ads
Ilyani Omar
Sama macam saya. Pagi-pagi subuh kucing datang rumah, saya buka pintu, kucing datang. Saya belai-belai kejap, minta kucing itu doakan saya banyak rezeki.
Settle bagi makan, saya masuk. Kucing yang kenyang itu tidur dekat kusyen tepi beranda rumah. Tengahari ada kawan call minta buatkan nasi lemak ayam 1200 bungkus. Allahuakbar, benda ini buat saya lagi yakin dengan rezeki yang Allah bagi.
Siapa yang tidak mengenali Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang sangat dikenali dan viral di media sosial.
Bukan sahaja kerana ketokohan ilmu agama, tetapi personalitinya yang sangat menyenangkan.
Malah beliau lebih menggunakan pendekatan secara berhemah setiap kali menjawab segala persoalan dikemukakan atau diminta memberi pandangan dalam sebarang isu mendatang.
Dr Zulkifli, 51 tahun, dilihat sebagai seorang yang sangat tenang, humble dan sangat menyenangkan orang sekeliling termasuk disukai pelbagai kaum di Malaysia.
Justeri tidak hairanlah beliau orang paling layak menjawat jawatan Menteri Agama dalam barisan kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.
Perdana Menteri sebelum itu memberitahu calon yang dipilih adalah mereka yang bersih dari sebarang kontroversi.
Usai perlantikan, beliau yang gemar menggunakan media sosial sebagai interaksi dua hala kepada mengikutnya memberitahu perlantikan itu sebagai episod baru dalam fasa kehidupannya.
Malah beliau tetap meneruskan aktiviti hariannya dengan menyampaikan kuliah Maghrib bulanannya di Masjid Slim River, Perak.
Mufti Wilayah Persekutuan ini juga memberitahu dengan rasa rendah diri memohon jasa baik semua sahabat agar mendoakan dirinya dikurniakan Allah kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan diberikan sepenuhnya.
Babak Pertama, Episod Baharu Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.
Teringat saya kepada sebuah hadith daripada ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata: لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ ، اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ ، وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ ، فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ ، فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: (( يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ )). “Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia, 1) Sebarkanlah salam 2) Berikan makan 3) Sambunglah silaturrahim 4) Solat di waktu malam ketika orang-orang tidur,
Nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.” Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya. Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal.
Ternyata perlantikan beliau diterima baik oleh warganet. Masing-masing mengucapkan tahniah dan berharap Mufti dalam menjalankan tanggungjawab diberikan dengan adil dan saksama.
yatthamzah_suci Ayahanda..kami semua akan terus taat setia pd Allah dan Rasul di bwah pimpinanmu
timmohdali YaAllah permudahkanlah segala urusan DrZul, satu amanah besar, jihad besar. Aamiiin Insyaallah DrZul boleh…
azuramaha Rabbi yasser wala tu asser. Ssmoga Allah permudahkan untuk dato sri. Tahniah atas perlantikan.
farisanuar28 Semoga Dr diberi kekuatan dan ketabahan hati ketika memegang amanah yg diberikan. Amar Maaruf Nahi Mungkar.
lailadiny tahniah dato’ sri.. saya sangat gembira atas perlantikan ini & sy doa kan dato’ sri menjalan kan tugas dgn baik n mendapat redha Allah.. Amiin
‘Ajal dan maut di tangan tuhan.’ Jatuh tingkat 11, jenazah kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun selamat dikebumi. Beri ruang keluarga bertenang kerana menghadapi kematian yang tiba-tiba bukanlah mudah.
Kanak-kanak ini disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan selepas terjatuh dari tingkat 11 Rumah Pangsa Larkin, di Johor Bahru, petang kelmarin selamat dikebumikan.
Menurut laporan Kosmo, jenazah Muhammad Izzuddin Abdul Hadi selamat dikebumikan pada pukul 6.20 petang di Tanah Perkuburan Islam Taman Mount Austin, di sini.
Sebelum itu, solat jenazah Allahyarham disempurnakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas dikafankan.
Keluarga mangsa yang turut hadir bagaimanapun enggan ditemubual kerana masih bersedih dengan insiden yang berlaku sehingga meragut nyawa arwah.
Kanak-Kanak Jatuh Tingkat 11
Bagaimanapun, seorang kenalan rapat keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Shamsudin menjelaskan, keluarga mangsa berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan perkara yang berlaku.
“Keluarga mangsa masih lagi sedih ketika ini, jadi diharap mereka diberikan ruang dan tidak diganggu.
“Ajal dan maut di tangan Tuhan, kami semua berharap semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Selamat Dikebumi
“Hanya Allah sahaja yang mengetahui situasi ditempuhi keluarga, dan diharap semua pihak boleh memahami,” katanya ringkas kepada pemberita.
Mangsa pada mulanya dilaporkan mengalami kecederaan patah tangan kiri selepas terjatuh daripada tempat tinggi sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam satu kenyataan memberitahu, mangsa bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia pada pukul 12.30 malam tadi ketika sedang menerima rawatan.
“Polis mengesahkan terdapat kes berkenaan, dan kematian kanak-kanak lelaki berkenaan dilaporkan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya kepada pemberita melalui aplikasi WhatsApp, di sini hari ini.
Kashoorga: Semoga keluarga ini tabah berdepan ujian berat ini. Salam takziah.
Sekiranya ada orang mengalami koma selama berbulan-bulan. Apabila sedar, adakah dia perlu qada semula solatnya?
Jawapan:
Istilah koma membawa maksud keadaan tidak sedarkan diri untuk beberapa lama (biasanya akibat kemalangan atau sesuatu penyakit). (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat)
Berdasarkan isu itu, kami mulakan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)
Syeikh al-Maraghi berkata: Allah SWT tidak membebankan hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka kerjakan. Bahkan sifat kemurahan-Nya memberikan kemudahan kepada mereka. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/672)
Orang yang koma dalam tempoh lama tidak perlu qada solatnya kerana dalam tempoh itu, akalnya dikira tiada.
Ini kerana salah satu daripada perkara yang mewajibkan solat adalah berakal. Maka, tidak wajib solat bagi orang gila, pengsan, mabuk dan seumpamanya kerana pada waktu itu akal mereka sudah hilang.
Ini dinyatakan di dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Diangkat pena daripada tiga golongan: Orang yang tidur sehingga dia bangun, daripada bayi sehingga dia remaja (baligh) dan daripada orang yang cacat mental sehingga dia berakal.” (Riwayat al-Tirmizi – 1423 dan Ahmad 956)
Menurut Syeikh al-Mubarakfuri, ungkapan ‘al-Ma’tuh’ membawa maksud gila atau yang seumpama dengannya. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/570)
Sepanjang koma tak perlu qada solat.
Ulama mengqiyaskan bagi setiap orang yang hilang akal mereka dengan orang gila sama ada dalam tempoh masa sekejap atau lama.
Jika dia sembuh dan berbaki masa untuknya solat (bertakbir), maka wajib baginya solat. Bagaimanapun, dia tidak wajib qada solat dalam tempoh berkenaan (hilang akal).
Imam al-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya al-Majmu’: “Sesiapa yang hilang akalnya dengan sebab yang tidak diharamkan (syarak) seperti menjadi gila, koma, pengsan atau hilang akal dengan sebab sakit atau meminum ubat kerana keperluan atau dipaksa meminum minuman yang memabukkan hingga hilang akalnya, tidak wajib solat atasnya dan apabila dia tersedar, tidak diwajibkan qada solat atasnya sama ada singkat atau lama tempoh gila dan pengsannya itu. Inilah yang menjadi mazhab kami (mazhab Syafi’ie).” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/6)
Secara umumnya, kami nukilkan pelbagai pandangan fuqaha dan mazhab bagi memberikan lebih pencerahan dan kefahaman.
Ulama khilaf dalam beberapa pendapat:
• Mazhab Maliki dan Syafi’ie berpendapat, tidak perlu qada kerana ia tidak termasuk dalam mukallaf, dalam keadaan pengsan atau koma.
• Mazhab Hanbali berpendapat, perlu qada.
• Mazhab Hanafi berpendapat, perlu qada jika tidak melebihi enam waktu solat. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 11/110)
Sekiranya keadaan itu bukan dalam tempoh panjang, maka dia perlu qada. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan yang bermaksud: Bahawa ‘Ammar pernah pengsan selama tiga malam. Apabila terjaga, beliau bertanya: Adakah aku sudah solat?
Mereka menjawab: “Kamu tidak solat sejak tiga malam.” Kemudian beliau berwuduk dan sembahyang qada tiga malam tersebut.” (Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf – 2/268)
Daripada Imran bin Husain dan Samurah bin Jundub R.Anhuma juga diriwayatkan seumpamanya. Tiada sebarang khilaf, maka ia seolah-olah ijmak. (Lihat al-Mughni, 1/240 dan al-Majmu’, 3/8)
Setelah meneliti hujahan dan pendapat ulama dan fuqaha, kami lebih cenderung kepada qada solat jika sekiranya tempoh pengsan pendek seperti kurang tiga hari dan tidak perlu qada jika tempoh koma atau pengsan dalam tempoh lama, yang lebih dari tiga hari. Itulah amalan sahabat Rasulullah SAW.
SUMBER: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Via Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salam bersalaman memohon kemaafan memang sudah jadi budaya kita ketika menyambut raya. Namun begitu batasan untuk bersalaman meskipun bersama ahli keluarga perlu juga dijaga.Ini...