Heliza Helmi Bertemu Jodoh, Mas Kahwinnya Senaskhah Al-Quran

Share

Permulaan tahun baru 2022 yang bahagia buat artis Heliza Helmi yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan dan dakwahnya apabila selamat dinikahkan dengan pasangannya, Dato Seri Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 10 pagi hari ini.

Jika sebelum ini ramai tertanya-tanya bilakah dirinya bakal bertemu jodoh memandangkan usianya sudah mencecah 35 tahun, dalam diam tanpa sebarang publisiti meluas di media massa, Heliza dengan penampilan manis serta sopan di hari bahagianya membuat ramai yang memuji busana nikahnya yang tampak mempersona selain menurut syariat.

Kedua mempelai sah disatukan sebagai suami isteri pada 11.11 minit pagi di permulaan tahun baru 2022.
Heliza akui berdebar sebelum majlis akad nikah dan meminta semua mendoakannya
Dalam diam pasangan ini menjalin hubungan tanpa sebarang publisiti di media massa

Pernikahan artis manis ini dikongsikan oleh pensyarah Dr Muhd Izhar Ariff di hantaran fb yang menulis:-

“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah. Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian. Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di kuar kawasan. Esok kita jumpa ye,” kongsinya sambil memaparkan gambar pasangan ini.

Dalam pada itu, Heliza Heliza sah bergelar dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Heliza tampil manis dengan busana yang cantik serta menurut syariat

Menerusi hantaran video menerusi Instagram Story, jurufoto Aqo Imran, Heliza mengakui berdebar sebelum acara akad nikah dijalankan.

“Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik,” katanya ringkas.

Difahamkan, suami Heliza merupakan pengasas dan Presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.

Malah dengan perkahwinan ini juga, Heliza bergelar Datin Seri.

Didoakan agar pasangan ini bahagia till Jannah.

Published by
almaswa Haji Che Ros