Jika diberi pilihan, memang tidak ada wanita yang ingin menjadi ibu segera sebaik bernikah dengan pasangannya. Namun suratan jodoh tiada siapa boleh menidakkan kuasa Allah. Menjadi ibu tiri adalah gelaran yang digeruni oleh ramai wanita sebenarnya.

Hanya yang cekal sahaja akan mengharungi kehidupan sebagai ibu tiri dengan tabah dan sabar. Hal ini berlaku kerana masih tebal stigma masyarakat mengaitkan mereka adalah manusia kejam yang akan menyiksa anak-anak tiri sebagaimana yang digambarkan dalam kisah dongeng Cinderella atau pun drama-drama televisyen.

“Henti Label Ibu Tiri Manusia Kejam. Sekarang Bukan Zaman Cinderella”- Faezah Elai

Bukan semuanya kejam. Mereka juga manusia yang ada perasaan halus seorang ibu walaupun masih belum dikurniakan anak kandung. Buang lah jauh-jauh tanggapan negatif dan lapuk ini. Wanita sekarang tahu tanggungjawab mereka.

Artikel berkaitan:Kata Farah Asyikin, Tak Semua Ibu Tiri Macam Cerita Snow White Cinderella

Artikel berkaitan: Wajib Jaga Ibu Bapa Lepas Kahwin Tidak Kira Anak Lelaki Atau Anak Perempuan

Bercerita lanjut akan hal ini, Faezah Elai, pelakon jelitawan yang juga merupakan isteri kepada Pengarah Filem & Drama terkenal Heykal Hanifah dan dikurniakan tiga anak tiri meluahkan pandangannya menerusi akaun Instagram miliknya.

Ads

Menjadi ibu tiri bukanlah satu perkara yang mudah. Peranan dan sumbangan ibu tiri kurang mendapat pengiktirafan dan sering disalah anggap oleh masyarakat. Jika ada sesuatu hal yang tidak kena dengan anak tiri, maka merekalah yang selalu dipersalahkan.

Masyarakat akan bercakap dan mengata bahawa jika duduk dengan ibu tiri begitulah nasib anak (nasib kurang baik). Tidak sama jika duduk dengan ibu kandung.

Lebih mengecewakan apabila dia berjaya menjaga dan mendidik anak-anak tiri, tetapi pujian tetap akan diberikan kepada ibu kandung, sedangkan yang menjaga anak itu selama ini adalah ibu tiri.

Orang sekeliling akan berkata bahawa walaupun ibu tunggal, dia tetap mampu mendidik anaknya dengan baik, sungguh mengaggumkan. Pujian diberikan kepada ibu kandung sebagai wanita yang hebat. Walau pada hakikatnya anak-anak itu dijaga oleh ibu tiri.

Ads

“Mentaliti apakah ini? Ini bukan zaman Cinderella, ibu tiri menganiaya anak tirinya. Ini tahun 2020! Sekarang ini, anak tiri lebih banyak karenah, silap sikit akan diviralkan”, ujarnya. Tapi jangan salah faham, saya tidak maksudkan tentang kehidupan saya.

Saya bersyukur dikurniakan dengan tiga orang anak tiri yang sangat memahami. Ya memang benar, saya telah menjaga mereka semenjak berkahwin.

Saya sangat menghormati perasaan ibu kandung mereka dan kerana itu jugalah saya tidak berkongsi sebarang hal tentang mereka dengan ibu kandung agar dia tidak sedih atau berkecil hati.

Sepatutnya mereka juga patut dihormati sebagaimana ibu kandung lain. Mereka menghabiskan masa bersama, tenaga dan mencurahkan kasih sayang kepada anak yang bukan anaknya sendiri.

Ads

Oleh itu, kepada semua ibu, jika anak-anak anda mempunyai ibu tiri yang sangat mengasihi mereka, maka anda adalah seorang ibu yang bertuah.

Beritahu lah kepada anak-anak bahawa tiada salahnya mereka menyanyangi ibu atau ayah tiri. Jangan lah menghasut mereka membenci ibu tiri yang telah membela mereka seperti anak sendiri.

https://www.instagram.com/p/CFY2wgYlphP/

Kepada semua ibu tiri, ingat satu perkara ini, semua wanita boleh menjadi ibu, namun hanya wanita yang hebat sahaja mampu menjadi ibu tiri. Untuk menjadi ibu tidak semestinya ada pertalian darah, namun ia adalah kehadiran kita di saat mereka memerlukannya.

Sebelum mengakhiri kenyataannya, Faezah sempat meninggalkan pesanan supaya menjaga anak-anak tiri tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Buatlah dengan ikhlas kerana jika mengharap, nanti diri sendiri akan kecewa.

Kashoorga: Tidak ada istilah anak tiri tidak dapat menerima kehadiran ibu tiri. Jika seseorang wanita itu berstatus isteri kepada ayah mereka, maka anak tetap harus menghormati, menghargai dan berbuat baik kepada ibu tiri tersebut. Kedudukan mereka sama mulianya sebagaimana ibu kandung. Islam tidak pernah memandang rendah ibu tiri, malah mengangkat darjatnya kerana perilakunya yang baik terhadap anak tirinya.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI