‘Hiburkan Anak & Manjakan Suami Pun Ibadah.’ Wanita Jangan Fokus Kepada Ibadat Khusus Saja Selepas Berkahwin

Share

‘Hiburkan anak dan manjakan suami pun ibadah.’ Wanita jangan fokus kepada ibadat khusus saja selepas berkahwin. Padahal banyak lagi cabang ibadah yang dapat kita lakukan.

Setiap yang kita lakukan terutamanya dalam menguruskan rumah tangga adalah ibadat yang kita tak nampak. Sudah tentu setiap satunya diberikan ganjaran pahala.

Ikuti perkongsian Annie Sukery ini dan hadam apa yang cuba disampaikan:

Artikel Berkaitan:

Ruginya Bercinta Lama-lama, Sebab ‘Bercinta Selepas Nikah’ Itu Lebih Manis & Indah

Hiburkan Anak

Soalan ini tak berapa tepat. Tapi Kaknie cuba ulas kerana ia melibatkan hal kita-kita sebagai perempuan, isteri dan ibu.

Diakui, amal ibadah kita berubah hampir 180 darjah dari zaman bujang dan zaman berkahwin. Kaknie budak asrama. Dari sekolah menengah sampai keluar universiti. Tipulah kalau tak join usrah, majlis-majlis agama yang dilaksanakan di sekolah dan sebagainya.

Jadi ‘terasa’ macam ooo, banyakkan ibadah yang aku buat. (Bukan riak tahu, cuma perasan. Yelah, boleh mengaji, boleh puasa sunat, awal pagi kena hambat dengan cikgu bangun tahajud.

Manjakan Suami Pun Ibadah

Tapi bila sudah kahwin dan beranak pinak, Allahu Rabbi! Jangan mimpi nak buat yang sunat, yang wajib pun terkejar-kejar. Kadang-kadang, tinggal terus!

Contoh, tiga kali kaknie bersalin dalam bulan puasa. Haru wehhh sebulan tinggal puasa terus. Sudah kalau puasa pun tidak, solat terawih, tadarus Quran apatah lagi. Sadaqallah terus!

Down??

Yess… Kaknie pernah down. Menangis dalam solat. Bayangkan, hendak solat, anak melalak tepi tikar sejadah. Baru bangun hendak tahajud, anak bangun sekali pula hendak menyusu.

Wanita Jangan Fokus

Susukan dia, tertidur. Sudahnya, tahajud tidak, subuh pula jadi subuh gajah. Menangis! Kadang rasa Allah sudah tidak sayang aku ke?

Tapi Allah jentik hati kita dengan rahmat Dia. Allah bagi kita faham dengan ‘cara dia’.

Puan-puan para wanita dikasihi.

Bila kita sudah berkahwin, separuh agama kita sudah kita tunaikan. Tinggal separuh sahaja lagi untuk kita selamat masuk dalam syurga

. Tapi caranya bagaimana?

Kepada Ibadat Khusus Saja

Banyak cara.
Sebelum kahwin, kita mungkin fokus ibadah-ibadah khusus seperti mengaji, puasa sunat, tahajud, zikir dan solat jemaah.

Tapi selepas kahwin, ladang ibadah kita lagi banyak Allah buka, bercabang-cabang.

Masak untuk suami, ibadah, susukan anak, ibadah, masak untuk anak, ibadah, hatta, hubungan intim dengan suami pun satu ibadah yang sangat besar nilainya. Terkadang kita terlepas pandang soal itu.

Hiburkan anak, manja-manjakan suami, itu ibadah yang masa bujang kita tak dapat buat. Asbab itu, Allah kata perkahwinan adalah ladang pahala yang sangat besar bagi isteri. Tinggal kita nak buat dengan ikhlas kerana Allah atau tidak saja.

Selepas Berkahwin

Jadi, jangan sedih-sedih sangat. Jangan banding-banding sangat ibadah kita dulu dengan ibadah kita sekarang. Banding dan beza buat kita susah hati, reda dan jalani ia dengan baik buat kita tenang dan senang.

Lagi pula, kita masuk syurga pun, bukan asbab ibadah kita yang banyak menimbun, tapi sebab reda Allah. Dapatkan reda Allah, tak mengaji hari-hari pun kalau Allah nak bagi masuk syurga, kita dapat masuk syurga.

Ibadah siang malam, tapi Allah tak reda buat apa? Sia-sia belaka.
Jelaskan?

Bertenang-tenang sahaja di dunia. Insyallah, moga kita bersenang-senang di akhirat sana.
Annie Sukery
Bukan ahli tikar sejadah.

Baca Di Sini:

Mahu Dihormati Isteri? Sebelum Nikah Ilmu Agama Kena Habis Gali

Kashoorga: Wanita berkahwin tetap akan dapat pahala berganda, kena ikut cara dan kemampuan masing-masing.

Sumber: Annie Sukery

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat