Alangkah beruntungnya jika diberi peluang menjadi tetamuNya di rumah Allah. Dan pastinya waktu yang ada dihabiskan dengan beribadah kepadaNya tanpa jemu.
Pelbagai pengalaman manis dikutip sepanjang mengerjakan haji atau umrah dan paling tidak disangka apabila menerima hidayah dari Allah. Beruntungnya menjadi insan terpilih jika menerima hidayah dariNya.
Seperti beberapa selebriti kita yang dijemut mengerjakan ibadah haji atau umrah dan apabila pulang terus melakukan penghijrahan dengan menurutp aurat.
Ternyata mereka ini sangat beruntung kerana dibukakan hati oleh Allah untuk terus menutup aurat sebaik balik dari tanah suci Mekah.
Ayuh kita lihat siapa dari kalangan selebriti yang bertuah menerima hidayah dariNya ketika berada di tanah suci Mekah.
1. Datuk Siti Nurhaliza
Menunaikan haji pada 2007 bersama suaminya dan sekembali dari sana, Siti sudah mula menutup sedikit demi sedikit aurat sebelum memakai tudung secara penuh pada tahun 2013. Dan hingga hari ini penyanyi nombor satu negara ini masih kekal istiqamah. Malah ramai menjadikan dirinya sebagai idola dalam menggayakan fesyen berhijab.
Menerima undangan menjadi tetamu Allah pada tahun 2013 bersama suaminya Noh. Sebaik pulang penyanyi yang sebelum ini terkenal dengan imej seksi tampil dengan penampilan cukup berlainan. Malah Mizz Nina juga sangat istiqamah dan dia tidak lagi meneruskan aktiviti seni sebaliknya lebih banyak memberikan motivasi dan dakwah dengan cara tersendiri.
Pergi mengerjakan umrah pada hari kedua sambutan Aidilfitri lalu bersama keluarganya. Ramai perasaan dirinya yang sudah berhijab sepenuhnya sebaik pulang dari mengunjungi rumah Allah. Menurut Lisa dia bersyukur dibukakan hati untuk terus menutup aurat dan selesa dengan imaj terkininya.
Mengerjakan umrah bersama suaminya Shuib pada tahun 2018, Sarah akhirnya memberitahu sudah berhijab sepenuhnya. Walaupun sudah berhijab namun tidak membataskan dirinya untuk meneruskan aktiviti dalam bidang seni.
Baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarganya, Amyra juga dilihat sudah mengenakan hijab. Dalam satu temubual, Mmyra yang kini sedang hamil anak keduanya memberitahu dia sangat selesa berhijab sebaik pulang dari mengerjakan umrah. Kita doakan semoga Amyra kekal istiqamah dengan penampilannya kini.
Pengacara serta pelawak popular ini juga menerima hidayah ketika berada di tanah suci. Berpeluang mengerjakan umrah bersama suaminya awal tahun ini dan Jihan Muse juga memilih untuk kekal berhijab.
Menerima dugaan apabila anaknya sakit ketika dijemput menjadi tetamu Allah pada tahun 2018 pada usia 35 tahun. Namun Fouziah dan suaminya tetap meneruskan niat mengerjakan ibadadah haji. Alhamdulillah segala urusannya dipermudahkan dan sebaik pulang, Fouziah juga dilihat terus berhijab. Jika sebelum ini juga banyak wataknya dalam lakonan berhijab dan kali ini dia betul-betul telah mengenakan hijab dengan sempurna.
Bekas juara Akademi Fantasia ini juga turut berhijab selepas pulang dari mengerjakan umrah pada awal tahun ini. Menurutnya kenapa bila di sana kita boleh menutupo aurat tetapi tidak ketika balik. Jadi Mila terus mengambil keputusan berhijab dan minta didoakan agar dia kekal istiqamah.
Satu lagi bekas peserta Akademi Fantasia yang berhijab sebaik pulang dari mengerjakan umrah. Nony yang dilihat tidak lagi menayngkan rambutnya dilihat tampil cantik sejak berhijab. Dia yang ke rumah Allah itu pada awal tahun ini mengambil keputusan untuk berhijab dengan sempurna dan mengharapkan dirinya akan kekal istiqamah.
Isteri kesayangan Engku Emran ini yang juga merupakan artis popular Indonesia ini mula berhijab sebaik pulang mengerjakan umah. Niatnya sudah lama untuk berhijab tetapi terus dibukakan hati setelah pulang dari mengerjakan umrah pada tahun 2015. Penghijrahan Laudya mendapat respon baik dari followernya yang berjumlah 28 juta. Suda hampir beberapa tahun berhijab dan kini masih kekal istiqamah.
Pengalaman menunaikan ibadah umrah sangat memberi makna besar kepada jemaah yang pertama kali menjejakkkan kaki ke Tanah Suci.
Biarpun belum menunaikan ibadah haji, tetapi pengalamannya boleh menjadi panduan jika dapat dipanggil menjadi tetamuNya satu hari nanti.
Sebelum ini jemaah wanita yang mahu melakukan umrah bagi wanita perlu ditemani mahramnya, tetapi kini tiada masalah lagi.
Seperti perkongsian wanita ini, Rusila Yusof yang menceritakan kisah dan pengalamannya melakukan ibadah umrah tanpa ditemani mahram baru-baru ini.
Menurutnya niat untuk mencari pengalaman dan pengertian ibadah berjaya diperoleh sepanjang mengerjakan umrah di sana bersama teman-teman wanita bujang yang lain.
Umrah Tanpa Mahram (Wanita Bujang)
Alhamdulillah pada 20 November – 2 Disember 2019 yang lepas saya selamat mengerjakan umrah tanpa ditemani mahram. Saya hanya pergi seorang sahaja tanpa kawan atau saudara mara namun bersyukur kerana mendapat kawan-kawan di sana yang juga pergi secara solo.
Saya terdetik menulis di sini sebagai posting pertama saya bagi menjelaskan mengenai umrah tanpa mahram ini kerana masih ramai yang bertanya adakah boleh umrah tanpa mahram saya lihat di kebanyakan postíng orang lain dan juga ramai pm tanya tentang hal ini.
Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan wanita bujang untuk mengerjakan umrah tanpa mahram sejak September 2019. Namun bukan semua travel agen pada masa itu mula membuka pakej. Saya mempunyai kawan bujang yang turut mengerjakan umrah tanpa mahram tetapi menggunakan kaedah DUMMY MAHRAM… yang tu panjang cerita…. Hihihi… Dia menggunakan visa umrah yang masih memerlukan mahram yang hanya valid selama 30 hari sahaja jika tidak silap…
Untuk wanita bujang, anda perlu menggunakan visa pelancong yang mana ia valid selama setahun. Sebelum ini wanita yang berumur 45 tahun sahaja dibenarkan umrah tanpa mahram… Tetapi sejak undang-undang telah berubah, wanita yang berumur 18 tahun sudah boleh mengerjakan umrah tanpa mahram….
Saya mengikuti pakej bersama Rarecation Travel dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 12 hari 10 malam di mana saya berada di Mekah selama 5 malam dan madinah 5 malam.
Terdapat juga orang memberi komen yang tidak menyenangkan apabila saya mengerjakan umrah secara tanpa mahram kerana katanya seolah-olah fokus ibadah telah berkurang dan lain2. Sebenarnya tujuan mengerjakan umrah adalah lebih dari sekadar ibadah secara manasik umrah. Tetapi pengertian di sebalik umrah itu lebih penting iaitu maqasid umrah.
Saya pergi dengan niat untuk mencari pengalaman dan pengertian ibadah dan alhamdulillah apa yang saya ingin fahamkan telah saya dapat. Jangan takut dengan cerita-cerita pelik bila buat umrah. InsyaAllah bila niat kita baik akan dipermudahkan semuanya.
Semoga kalian semua wanita-wanita bujang boleh la menyimpan wang untuk ke sana juga. Ada pakej murah ada yang mahal. Kalau berani boleh cuba secara backpackers.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
SOALAN: Bolehkah ustaz senaraikan perkara yang dibenarkan bagi wanita haid lakukan untuk tujuan ibadah?
JAWAPAN: Perkara yang dibenarkan untuk wanita yang haid dan nifas lakukan adalah mereka dibenarkan melakukan semua rukun serta kewajipan haji atau umrah kecuali tawaf mengelilingi Kaabah.
Mereka dibenarkan untuk berlalu (melintasi) kawasan dalam masjid dengan syarat memastikan kebersihan kawasan berkenaan terpelihara.
Mereka yang menghafal dan mengajar al-Quran adalah dibenarkan untuk memegang serta membaca al-Quran bagi memelihara hafalan daripada terlupa sementara yang lain boleh membaca serta memegang tafsir al-Quran.
Gambar sekadar hiasan.
Wanita haid juga digalakkan berzikir dengan ayat tertentu yang dipetik daripada sebahagian ayat al-Quran atau hadis. Mereka boleh mendengar bacaan ayat suci al-Quran yang dikumandangkan oleh orang lain sama ada di televisyen, radio dan sebagainya.
Mereka boleh melakukan semua perkara dengan suami kecuali jimak. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW: “Lakukan apa sahaja (dalam pergaulan rumah tangga) kecuali persetubuhan.”
Mereka yang biasa melakukan qiamullail di pertengahan malam boleh memperbanyakkan doa sebagai gantian kepada solat yang diharamkan ke atas wanita haid.
Adanya aplikasi al Quran di dalam telefon pintar ia memberi banyak kemudahan untuk umat Islam membacanya pada bila-bila masa dan di mana saja tanpa perlu membawa mushaf.
Namun timbul pula persoalan adalah pahala membaca al Quran melalui telefon bimbit ini sama dengan membaca menggunakan mushaf?
Menurut pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, sama ada kita baca al Quran itu pada telefon bimbit, pada skrin komputer atau pada mushaf, pahalanya adalah sama.
Namun membaca al-Quran menggunakan mushaf itu adalah lebih afdal.
“Fatwa ulamak mengatakan pahalanya adalah sama cuma hukumnya berbeza.
“Ulamak sepakat dalam empat mazhab kita tidak boleh menyentuh mushaf sekiranya berhadas. Bagaimanapun jika menggunakan aplikasi al Quran dalam telefon bimbit terdapat khilaf ulamak. Sesetengah ulamak mengatakan boleh menyentuh ayat Quran di dalam aplikasi dan sesetengah ulamak menyatakan tidak boleh.
“Namun begitu jika ada mushaf dan ada handphone, dan kita membaca al-Quran dengan handhphone hukumnya harus. Jika kita memilih membaca mushaf sedangkan ada handphone hukumnya lebih afdal,” demikian penerangan beliau satu sesi kuliah.
Dalam pada itu menurut Datuk Dr Zulkifli Muhammad Al Bakri, mantan Menteri Hal Ehwal Agama dalam membaca al-Quran yang lebih utama adalah dengan melakukannya dengan kekhusyukan dan tadabbur.
“Jika seseorang itu boleh menambah kekhusukan dengan membaca al Quran melalui hafazan, maka inilah yang lebih utama. Jika seseorang itu boleh menambah kekhusukannya adalah dengan membaca al-Quran melalui mushaf atau dengan smartphone maka itulah yang lebih utama,” jelasnya
Sebagai kesimpulan katanya jika membaca al-Qur’an melalui smartphone lebih mendatangkan kekhusyukan dan tadabbur, maka ia tidak akan mengurangi pahala seseorang itu daripada membaca dengan melihat mushaf. Yang paling utama adalah dengan menghadirkan hati dan merasakan manfaatnya daripada al-Qur’an.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...