‘Hikmah Allah Hadiahkan.’ Walaupun Tak Sempurna Macam Orang Lain, Rita Rudaini Syukur Dikurniakan Anak Yang Taat

Share

‘Hikmah Allah hadiahkan.’ Walaupun tak sempurna macam orang lain, Rita Rudaini syukur dikurniakan anak yang taat dan menyejukkan hati.

Video berdurasi 22 saat yang dikongsikan pelakon ini di akaun TikToknya mengundang sebak di kalangan pengikutnya. Bayangkan di saat dirinya memperjuangkan segala-galanya demi anak tercinta, kini Allah balas satu demi satu nikmat buatnya.

Artikel Berkaitan

Mula-Mula 1 Muka Surat Pun Susah Nak Habis, Hikmah MCO Bulan Ramadan, Nora Danish Berjaya Khatam Quran

Hikmah Allah Hadiahkan

Langit tak selamanya kelam, kadang-kadang selepas ribut Allah hadiahkan pelangi yang cukup indah seperti mana yang dilalui Rita Rudaini dan anak-anaknya.

Membesarkan anak tanpa suami di sisi ternyata bukan satu yang mudah tapi selebriti ini membuktikan sebaliknya.

Walaupun Tak Sempurna

Anaknya, Ryan atau nama sebenarnya Airit Rayyan Rizqin kita sedang menuntut di MRSM Ulul Albab. Jadi bila berkesempatan pulang bercuti di rumah, dia akan memperdengarkan bacaan surah yang dihafal di sekolahnya.

Ternyata anak yang bijak dan terang hati, dari video tersebut kedengaran lancar bacaannya.

@ritrud727Setiap kali cuti ,time maghrib dia akan mintak mommy n adik check balik hafazan dia dr juzuk 1…dia takut dia lupa..sebak hati sebenarnya tgk anak2 dah besar…dlm hati mommy ckp ‘mungkin ini hikmah ALLAH nk hadiahkan pd aku..walaupon kami xperfect mcm org lain tp aku ada anak2 yg taat dan membahagiakan hati aku 😔…ALHAMDULILLAH..’ …Mommy n adik xsabar nak tggu ryan balik 👩‍👦‍👦 🤍♬ original sound – Rita Rudaini

INFO
Program SPMRSM Ulul Albab merupakan program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran.

Matlamat utama program SPMRSM Ulul Albab ini untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al- Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Program ini adalah hasil cetusan idea mantan Pengerusi MARA iaitu Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh dalam usaha untuk mentrasformasi sistem pendidikan khususnya MARA.

Sehubungan dengan itu, pada tahun 2009 MRSM Kota Putra telah dipilih sebagai SPMRSM Ulul Albab yang pertama, diikuti MRSM Gemencheh pada tahun 2010 dan MRSM Kepala Batas pada tahun 2011.

Macam Orang Lain

Setiap kali cuti ,time maghrib dia akan minta mommy dan adik check balik hafazan dia dari juzuk pertama. Dia takut dia lupa, sebak hati sebenarnya tengok anak-anak sudah besar…

Baca Di Sini

Walaupun Dipijak & Kena Lenyek Dengan Jemaah, Rita Rudaini & Anak-Anak Syukur Dapat Cium Hajarul Aswad

Rita Rudaini Syukur DiKurniakan Anak Yang Taat

Dalam hati mommy cakap ‘mungkin ini hikmah Allah hendak hadiahkan pada aku… Walaupun kami tak perfect macam orang lain, tapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hati aku.

Alhamdulillah, Mommy dan adik tak sabar hendak tunggu Ryan balik

Komen Warganet

Perkongsian video ini juga membuatkan ramai mendoakan Rita terus kuat membesarkan dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Malah ramai yang kagum den gan keberhasilan anak-anak selebriti ini.

NIK NAJWA
Dapat didik anak kenal Allah dan Al-Quran adalah kejayaan sebenar.. dan kebahagiaan yang paling besar.

Aja Harris
Sama dengan anak saya. Alhamdulillah baru saja khatam 30 juzuk bulan lepas. Kelas online 2 tahun, tahun ini baru boleh buat hafazan betul di sekolah. All the best!

Lehafirdaus751
Subhanallah, sebak tengok. Anak yang hebat hasil dari didikan seseorang ibu yang hebat. Tahniah buat Rita.

Rose
Allhamdulillah, moga anak Rita akan menjadi anak yang soleh dapat membimbing tangan ibu ke syurga Allah. Sejuk perut ibu yang mengandung.

Kashoorga : Tahniah Rita Rudaini, ibu dan anak-anak yang hebat.

Sumber : TikTok ritrud727

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Published by
Syazwani Mehat