Hikmah COVID-19, Lepas 500 Tahun Azan Mula Berkumandang Di Sepanyol. Allahuakbar Syahdu Alunannya!

Share

Baru-baru ini ramai yang berkongsi di laman sosial Facebook di mana azan telah berkumandang di Sepanyol selepas 500 tahun.

Peristiwa ini juga turut dikaitkan dengan penularan wabak COVID-19 di Sepanyol yang telah mengorbankan ramai orang.

Menurut perkongsian itu, penulis dikatakan pernah berkunjung ke Kota Cordoba ini beberapa tahun lalu dan melihat di dinding ternampak satu lukisan upacara menyerah kunci.

Pemandangan indah di Kota Cordoba.

Dia diberitahu bahawa itulah gambaran peristiwa hari tumbangnya kerajaan Islam di Sepanyol di mana kunci diserahan kepada pihak Kristian.

Tanpa sebak mengalir air mata dan dia turut berdoa agar satu hari nanti Pemerintahan Islam akan kembali ke sana satu hari nanti.

Ramai tahu kalau mengikut sejarahnya, Islam telah muncul lama di Sepanyol dan antara negara berpengaruh antara tahun 711 M hingga 1492M.

Lepas 500 tahun azan berkumandang di sini.

Selepas 500 tahun azan mula berkumandang di Spain ( Sepanyol) gara2 covid 19?

Allahuakbar..! Sungguh sayu mendayu dan syahdu alunan azan nya..

Saya pernah berkunjung ke Kota Cordoba beberapa tahun yg lalu , apabila melihat di dinding ternampak satu lukisan yg besar upacara menyerah kunci , saya diberitahu bahawa itulah gambaran peristiwa hari tumbangnya Kerajaan Islam di Sepanyol dimana kunci diserahkan kepada pihak kristian , sebak tanpa disedari mengalir air mata saya , mudah2an Pemerintahan Islam akan kembali ke sana satu hari nanti , In shaa Allah , Aamiin

Allahu Akbar !

Kebesaran Allah yang tiada tandingannya.

Perkongsian ini mendapat respon daripada warganet. Masing-masing sayu mendengar alunan azan berkenaan.

Faridah Hamidon Hikmah disebalik musibah..Allah Ya Rahman Ya Rahhim pentadbir sekalian alam.. semoga yg belum islam diberikn hidayah dn islam agamanya…Aamiin
Siti Noratekah Ibrah di sebalik musibah…Sesungguhnya Allah, Pemilik alam ini memberi peluang bertaubat utk kembali kepadaNya seperti bayi yg baru dilahirkan…sambutlah peluang yang ada, selagi nyawa dikandung badan.
ShimaAlhamdullilah sungguh merdu…dn rasa sayu…..dihati NIE…..Moga Allah permudahkan dn mengangkat semua virus di dunia ini…
..
Halimaton KhalidMasyaAllah..alhamdulillah Ade hikmah disebalik nye…semuga kita redho dengan ujian ini..aamiin..
SUMBER: FACEBOOK MAJLIS ILMU
Published by
Siti Zurina Mat Saman